Jun 30, 2012

Kerana kawasan sunyi

Ya.
Sudah 1 pagi lebih tapi mata taknak tidur lagi. Padahal badan penat.
Bila penat sangat, memang payah nak tidur. Satu lagi, bila penat
memang tak lalu nak makan.
Oh, biarlah penat hari-hari pun takpe. Huhuhu.

Ni tengah layan 'lawak ke der' dengan adik bujang aku, faeez.
Sakit perot aku gelak.

Sunyi je kawasan perumahan aku ni. Dulu-dulu, memang happening. Ada je
bebudak lepak-lepak, main gitar, main badminton memalam. Memang tak
sunyilah. Kita pun jadi tak takot. Sebab kedai makan ada 4 biji depan
rumah aku. So sentiasa bising. Sekarang alahai, kedai makan pun
kadang-kadang buka kadang-kadang tutop.

Dulu, bebudak rempit siap cabar polis lagi. Dorang bawa moto
laju-laju, then polis kejar. Dah jadi adegan kejar mengejar. Aku
tengok je dari dalam pagar rumah. Haih bebudak lelaki ni. Memang saja
cari nahas.

Dahlah dorang ramai. Polis pula 2 biji waja. Kejar lah korang.
Nasiblah siapa yang kalah,memang ke balailah jawabnya.

Itu kira mencabar polis la kan?

Oklah.
Nak tidur dah.
Selamat malam.

Jun 29, 2012

Kerana aku pura-pura busy

Ya tuhan.
sangat busy aku ok.
minggu ni memang minggu busy. ecewah. kalah bos besar. 
tapi yelah, kuli je kan. buat jelah seperti yang disuruh. jangan banyak bunyik.
start dari isnin tu memang tak reti duk diam dah kat opis. ke sana ke mari.
tapi takdelah macam kelibut sangat. boleh lagi get slowly.


malam tadi keluar dengan sayangs aku, Kak Dhiya dan Sha.
gambar memang takde sebab tak kosserlah nak ambil gambar.
hala tuju adalah ke Wangsa Maju.
saja nak lari dari angin Putrajaya.
bosan ok Putrajaya ni bila lelama duduk sini. macam takde apa sangat.


kira kami gamble je pergi Wangsa Maju dengan perasaan kurang pasti arah jalan.
but Alhamdulillah, berkat aku jadi pengukur jalan dulu dengan Roy maka dapat juga kami sampai dengan selamat. kalau tak kerja ukur jalan dulu memang aku tak tau jalan dalam KL ni.
huhuhu.
eh bila aku sebut kerja ukur jalan, bukan maknanya aku kerja JKR tau.
itu perumpaan pada orang yang tak reti duduk diam, ada saja perkara yang boleh jadi alasan untuk berjalan.
sebab dah memang kaki jalan.


aku memang pesen suka jalan waktu malam sebab aku adalah penggemar lampu.
entan kenapa entah suka sangat dengan lampu.
rasa kagum je. bila tengok sinaran lampu yang unik tu.


pergi lepak NZ curry house.
ingat dah habis dah zaman lepak NZ ni.
rupa-rupanya sejarah berulang lagi. haih, menggamit memori betul.


then Choi mesej.


choi : awak kat mana tu?
aku : kat luar, choi.
choi : pergi mana?
aku : wangsa maju, choi.
choi ; buat apa kat sana? dengan siapa?
aku : jenjalan cari pasal je choi. huhuhu
choi : dengan siapa?
aku : dengan ehem ehem.
choi : dengan siapa, choi?
aku : dengan boyfren saya lah.
choi : Ooo.
aku : amboi, comel je Ooo dia
choi : dengan siapa?
aku : *tak puas hati lagi menanya choi ni* dengan geng opis saya, choi. awak ni macam ayah lah soal jawab saya macam ni.
choi : hahaha. saya caring daaa.


huhuhu.
bengang je aku. jawab sekali mesti tanya berkali-kali.
bila cakap dengan pakwe, bukan nak percaya.
korang jangan ingat dia cemburu. takde maknanya.
dia bukan tau erti cemburu. lagipun kami kawan brutal, kejadahnya nak cemburu.
tapi sebab dia tak percaya aku ni dah ada boyfren baru. huh!
siaplah, nanti aku cari boyfren baru betul-betul. 
hahaha.


then lepak NZ.
borak-borak pasal hal semasa.
topik opis paling utama.
sebab satu opis kan so banyak lah kontroversi.
yelah, banyak orang banyak ragam. segala luahan sakit hati, 
tak puas hati semua diluahkan malam tadi.
emo lebih. wah matiklah semua orang kat situ sakit telinga dengar.


tapi macam tak puas je nak borak.
sebab macam tak cukup masa.
kami bertiga.
sorang bercerita pun dah sejam.
kalau bertiga, 3 jam.
mana cukup. huhuhu.


then pergi Seri Gombak nak jumpa kawan kak dhiya.
kak dhiya jumpa sekejap je.
then balik.
balik tu pergi pulak lepak jambatan wawasan sebab nampak orang tengah 
siapkan pesta bunga tu kan.
lawa je lampu-lampu tu semua. serius cantik.
gerrrrrammm aku.
sesiapa ada masa, datanglah putrajaya esok sebab ada pesta bunga.
datang malam syok. boleh tengok bot berhias apa entah dalam tasik.
memang kagum lah.


aku tak tahulah kenapa kan.
lately aku rasa tenang. pelik aku.
ya. bila aku tenang, aku pelik ok.
sebab aku payah nak bertenang. huhuhu.
walaupun kepala sarat dengan macam perkara, tapi aku jenis kurang panik lately.


tapi penat tu tetap lah. penat otak.
banyak perkara tertangguh dalam kepala aku ni.
kadang kadang rasa macam ohmygod, aku nak lari jauh sekali.
tapi kemana je lah aku boleh pergi, kan?
packing bag pergi pulau sensorang pun cara jugak kan?
hahaha.
dah semua cari aku *bajet semua orang sayang*


oklah. kejap lagi aku merapu lagi.
nak pergi toilet jap.
bye

Kerana damailah engkau disana


bagaimana harus aku mulakan?

masa hidup dia sangat comel terasa nak cium-cium pipi dia.
bila nyawa diambil dan dikafankan, masih lagi aku terasa untuk menciumnya :(

Jun 27, 2012

Kerana Kata #4

Kerana ber-blog stail Uncle Gedek- a must blog to read.


dalam sehari dari pukul 8-5 pergi tandas lebih dari 10 kali.
sebab sejuk terasa nak membuang saja.
ok tipu. pergi tandas sebab nak bela tudung tapi tetap tudung senget benget.

p/s : kahkahkah. menjadi tak cubaan aku nak tiru stail blog UNCLE GEDEK ni.
blog yang aku suka nak baca hari-hari sebab blognya yang unik dan kadang-kadang buat aku "sakit hati" dek kerana tertipu dengan tulisannya yang kadang-kadang sinikal dan kelakar. huhuhuhu. cubalah korang terjah. gerenti gian lepas tu.

Kerana Oasis kesukaanku

i always love Oasis.
bukan astro Oasis tu ya.
ini Oasis grup dari Britain yang vokalisnya kalau nyanyi macam nak masukkan mic dalam mulut.
memang stail dia.
then vokalis, dia Liam Gallagher punya suara yang sangat best bagi aku.


aku mula minat Oasis semasa aku berada di darjah 6 tahun 1997 kalau tak silap.
that was when lagu d'you know what i mean popular.
memang terus aku jatuh cinta dengan grup ni.
sampai sekarang!






cool kan?


another song yang aku suka




then




bestkan?


serta lagu ini




walaupun Liam ni macam lalok je bila bagi kenyataan dalam media.
hahaha.
tapi lagu tetap best.


LIAM GALLAGHER

"I'M LIAM GALLAGHER AND I'M IN OASIS. THE WHOLE WORLD IS JEALOUS OF ME. IT SHOULD BE."


Jun 26, 2012

Kerana aku bini pertama. kau bini kedua. jangan rampas hak aku.

ecewah tajuk. macam nak kena tendang ke longkang je kan.
last friday yang aku balik karak tu, dalam bas aku duduk sebelah seorang kakak tu.
ekceli aku ni sebenarnya taklah rajin sangat nak melayan stranger ni tapi dia macam tak bagi peluang untuk aku tutup mulut, maka terpaksalah aku melayan.
serius aku penat on that day.
dia pula tak henti-henti ajak aku berbual.
layankan je.
walaupun.....huhuhuhu.

then halfway highway tu dia bagitau satu menda kat aku yang buat aku terkedu.

"sebenarnya akak ni hidup bermadu. akak bini pertama"

aku macam, oh ok. terbeliak jugalah mata aku.
bukan terbeliak sebab dia hidup bermadu tu.
terbeliak sebab kau tak kenal aku, kita baru kenal tak sampai 30 minit, nama kau pun aku tak tahu, 
tiba-tiba bagitau kehidupan peribadi kau.
itu yang aku terkejut.

"ohya?" itu je reaksi aku.
dah tu takkan nak jawab
"oh yeke kak? ya Allah, kenapa jadi begini kak? kenapa suami akak menduakan akak? apa perasaan akak? akak tak menangis ke kali pertama tau?" *sambil goncangkan bahu dia*

lepas tu, bermula episod luahan perasaan dia.
macamana suami dia start curang.
macamana dia dapat tahu.
macamana dia boleh terima madu dia tu.
dan giliran dia dengan suami dia pun dia bagitau.

aku cuma menyampuk apa yang patut jelah.
takdelah aku memandai nak respon lelebih.
tiba saat klimaks bila dia cerita

akak : bila suami akak kawen lain ni, akak rasa sunyi sangat-sangat. sepi. tu yang akak start kawan dengan lelaki lain

aku : yeke kak? *senyum*

akak : ye dik. akak kenal-kenal lelaki dari fb, chatting then jumpa.

aku : oh. dah tu suami akak tak tahu ke? *aku mula nak ambil tau. hehehe*

akak : suami akak mestilah tak tahu dik oii. kalau tau, naya akak. akak jumpa senyap-senyap. lagipun dia tak duduk dengan akak. dia duduk dengan bini kedua dia.

aku : ohhhh.

akak : tapi dia ada cakap, jangan sampai dia jumpa bukti. masa tu kalau dia jumpa, menangis airmata darah sekalipun, dia takkan maafkan akak.

then bla bla bla banyak lagilah dia cerita.
aku dengar jelah padahal fikiran aku melayang dah sebab aku penat kot.
banyak lagi aku nak fikir.
setakat dengar tu oklah.
sebab aku tak selesalah nak dengar masalah orang luar yang aku langsung tak kenal.

tapi mungkinlah kakak tu memang dah lama pendam apa yang dia lalui.
atau mungkin dia memang mudah terbuka dengan sesiapa saja.
dan dia ada juga bagi nasihat memacam tentang perkahwinan kat aku which is aku take note apa dia cakap.
yelah, dia dah berpengalaman, lagi tua dari aku, aku kenalah alert dengan apa dia cakap.
apa yang dia nasihat tu benda yang betul.

aku ni ada muka macam muka pendengar setia ke eh? hahaha.
setahu aku, muka bosan adalah.

aku tak pandailah nak komen pasal bermadu, pasal masalah rumahtangga ni semua.
sebab aku takde pengalaman.
cuma aku harap kalau satu hari nanti aku ditakdirkan bermadu, aku mohon Tuhan kuatkan hati aku.
sebab aku ni bukan manusia yang boleh terjebak dengan hal hati dan perasaan.
aku mudah kalah.
dan aku adalah sangat cemburu.
walaupun aku tak reti nak tunjuk aku cemburu.
tapi dalam hati grrrrrrrrrrrrr. huhuhuhu.

tentang kakak tu ada berkawan dengan lelaki lain tu aku rasa hmmm macamana eh.
dia dah besar panjang dah 41 tahun *dia bagitau* so dia boleh fikir sebenarnya apa yang dia buat tu adalah berdosa as a Muslim.
memanglah suami dia menduakan dia.
tapi suami dia tak buat maksiat.
suami dia cuma ada hubungan yang halal dengan perempuan lain.
kesalahan suami dia cuma mengkhianati cinta yang pernah dia lafazkan *ecececewah*
tapi kesalahan dia lagi besar-ada hubungan dengan lelaki lain dan membenarkan lelaki lain menyimpan perasaan terhadap dia.
serta keluar tanpa keizinan suami.

dia kata dia tak kesah apa orang cakap.
dia kata dia tak kesah apa pandangan aku terhadap dia.
mungkin dia tau aku pandang dia semacam kot. huhuhu.
aku tak pandang dia semacam pun.
sebab menda ni dah biasa aku dengar.
tapi sebab apa dia kata aku pandang dia semacam?
sebab dia tau apa yang dia buat tu salah.
dan dia sedar hakikat tu cuma dia yelah, manusia kan, ego tu ada.

oklah.
aku pun dah penat nak memikir jalan ceritanya.
tadi aku jaga gerai kerepek untuk hari jualan kelab sukan dan rekreasi dan puspanita.

kbye.

Jun 25, 2012

Kerana inilah kisah saya selama dua hari di Karak

sabtu dan ahad aku di karak.
jadual memang padat. sangat sangat.
penat gilos oh.
sabtu 23 jun gerak ke Gambang Kuantan pukul 6am untuk hantar adik aku, Farah exam penolong akauntan W27. sekarang ni memang dah prosedur baru kot gred 27 je ada exam.
lulus kalu, baru interview.
aku bab bangun awal ni taklah masalah sangat.
sebab pi kerja pun bangun awal kan.
cuma nak gerak naik kereta awal-awal tu yang bercinta sikit.
dahlah sejuk. gelap pula tu.
dalam kereta, aku dan farah asyik menyanyi jelah.
tukang request lagu, farah.
bagi hilang ngantuk dan nervous si minah tulah.


tepat pukul 8.15 sampai UMP, tempat exam diadakan.
tak jauh dari susur keluar Tol Gambang tu.







budak ni kan, asal ada perkara yang melibatkan dia, mesti kasut dia buat masalah.
masa konvo, tumit patah.
ni masa nak ambil exam, tapak wedges tercabut.
nasib ada kakak dia yang gojes lagi baik hati ni jadi penyelamat.
aku kalau pergi memana pun, mesti bawa sandal/wedges spare.
takut jadi macam ni lah.
aku berleter juga kat dia.
aku tunggu dalam toilet, dia pakai sandal aku, pergi ambil kasut aku dalam kereta.








budak nebes nak ambil exam.
aku pun nebes sama.
dah lama tak lalui semua ni.
eh tetapi awal julai ni pun aku ada exam 3 hari.
baca apa pun tak lagi. matilah. terasa akan repeat je tahun depan. lololololo.
sementara tunggu dia exam 9-11 pagi, aku, ibu dan abah lepak tangga.
dah macam apa entah.
atenye, takde kerusi kan.
ibubapa lain pun duk lepak tepi-tepi kakilima.
aku tengok, abah dah dapat member. haih, cepat je abah ni dapat geng.
aku borak dengan ibu jelah.


dah setel semua, abah nak pergi rumah kawan baik dia kat felda lepar hilir.
nak jadikan cerita, kami dah lupa rumahnya kat mana.
puaslah duk pusing je.
ajaibnya, abah tak merungut pun.
sebab yang nak dituju adalah rumah kawan dia.
cer kalau rumah kawan aku ke, ibu ke, farah ke, maunya dia bising dalam kereta.
huhuhu.


lepak-lepak.
pukul 3 gerak balik.
aku memang dah penat gila babs dah.
aku kan tak boleh kena panas. huhu.
terasa nak menangis kot cuaca panas.
sampai ke dalam kereta rasanya terkena panas.


dalam pukul 5 sampai rumah.
setel hari tu. malam pula main badminton.
oh sangat penat.
aku tak main, cuma tengok orang main.
aku duk tepi berborak.


esoknya 24 jun, ke Felda Jenderak, Temerloh.
sebab nak hantar adik angkat ibu dan abah bertunang.
sebenarnya, ada kontroversi sikit aku, adik-adik aku dengan adik angkat ibu abah ni.
dulu-dulu, entah dari mana datangnya lelaki ni dalam family aku.
tetiba je hadir dalam hidup kami.
sebagai adik angkat ibu dan abah.
masa tu kami adik beradik tak suka. sebab yelah, tetiba je ada orang luar yang tak kenal menumpang kasih ibu abah kami.
walaupun tak duduk sekali, tapi macam pelik kot.
aku lah yang paling tak suka.
adik-adik lebih mengikut kot.


aku siap hantar mesej kat ibu bagitau yang aku tak suka lelaki tu,
tak suka ibu abah berbaik dengan dia,
tak suka dia menyusahkan hidup ibu dan abah.
pendek kata, aku kata, aku tak suka orang luar masuk dalam family aku
dan ambil kasih sayang ibu dan abah. poyokan?
kesian ibu. mesti dia sedih kan? jahatnya aku :(
memang ada kontroversi lah.


Roy la tempat aku mengadu.
sebab pada aku, tak relevan kot ibu abah nak ada adik angkat sebab lelaki tu muda 3,4 tahun dari aku.
kalau nak anak angkat pun aku tak suka.
dah ada 5 anak, lagi nak berangkat-angkat.


kemudian lelama cerita tu hilang sebab lelaki tu kerja KL dan dah tak datang rumah.
lately ni muncul semula.
dan muncul semula kontroversi.
huhuhu.
sebab dia nak ibu abah jadi wakil dia untuk meminang awek dia.
aku macam, kenapa nak menyusahkan ibu abah aku? 
ohya, lelaki ni dah takde mak ayah ok.
mak sedara ke apak sedara ke pun takde. ada pun entah mana.
so dari situ, hati aku boleh lembut sikit. bila aku fikir, sebenarnya ibu dan abah suka menolong.
jadi kenapalah aku ni tak faham-faham.
lagi pula ibu takde adik beradik. ibu sorang.
mungkinlah dari situ dia jadi sayang dengan adik jadian dia ni.
so aku pun rela hati mengikut.
sebab atas dasar, kesian dengan ibu.
asyik aku bangkang je. mesti sedih dia kan.







mak ayah nanti janganlah letak nama anak susah-susah. panjang-panjang.
kesian orang tua yang melangsungkan pertunangan tu nak sebut nama anak kita.
pak imam tu dahlah tua.
nak menyebut nama pepanjang dan bombastik tu terkial-kial dia.
hahaha.
kan dah kena tulis.
Abi sedang tulis nama bakal tunang dia. eh tersebut pula nama dia. huhuhu.








itulah dia lelaki kontroversi itu.
yang duk dua dari kanan tu. kira pakcik angkat aku la kan. kahkahkahkah.
lama dah dia hadir dalam hidup kami.
dah 5 tahun kot. 
masa dia belasan tahun lagi.
sekarang ni, i mean semalam lah baru aku boleh bercakap dengan dia dan gelak-gelak.
baru semalam aku boleh terima dia dalam hidup kami walaupun tak 100%. huhuhu.


dah semua orang pun kesian dengan dia.
makcik aku kesiankan dia sebab takde sedara mara.
pak itam aku *dua dari kiri* pun kesian siap tidur rumah pak itam aku lagi.
jadinya aku nak kata apa lagi?
so aku beralah :)


betullah kata abah.
kita ni sesama Islam. sedara seagama.
kenapa mesti nak berdengki.
aku bukan berdengki cuma aku tak dapat terima dia dulu as a part of my family.
huhuhu.
sekarang???
bolehlah...........








abah *baju kuning* jadi jurucakap bagi pihak lelaki.
masa ni aku sebak.
sebab yelah.
abah yang takde kena mengena dengan Abi boleh ke depan.
kenapa aku harus tak suka? hahaha. tak habis lagi luahan perasaan.
ni kalau Abi buat hal dalam family aku memang aku meroyan tahap dewa punyalah.
mess with me, fine. mess with my family, kau tau lah apa perempuan ni akan buat :)


majlisnya simple.
sangat simple.
hantaran simple.
dan layanan juga simple.
jiran-jiran tuan rumah makan kat meja.
tetamu *aku lah tu dengan adik-adik* makan bawah pokok tepi longkang.
nasib baik ibu dan abah dapat kerusi meja.
kalau tak, tak retilah aku.
patutnya utamakanlah tetamu.
bukan nak suruh kau hidangkan pun.
ni tak.
sekecik-kecik anak dia suruh duduk makan kat meja.
kang aku makan dalam rumah kang.


ibu tanya Abi
"bakal mak mertua awak ni tak suka kat awak ke? nak taknak je layan awak dan kitorang ni?"
hahahhaha. ibu, soklan pedas oh.
seriuslah. memang hancur layanan.
sampai time kami nak balik pun, mak dia boleh lagi berborak dengan jiran-jiran dia.
kami ni ha duk jelah macam tunggul.


"kang ada juga aku terbalik kan khemah ni kang"
aku dan adik aku Farah dah stat panas.


"sabarlah sikit"
abah jawab.
hmmm itu jelah yang abah tau.
sabar je taunya.
anak-anak panas baran. hahahaha.


sampai karak around 3pm.
aku dah bajet nak rehat je.
sebab lately aku memang tak cukup tidor.
aku nak balik putrajaya lagi pukul 5.
so ada dalam 2 jam tu aku nak rehat.
tapi tak boleh bila ibu kata, sepupu dia dah nak sampai.
huhuhu.
dah kena pergi kedai beli apa-apa yang patut.
yela tetamu datang takkan nak bagi minum air je.
kami baru je balik, tak sempat nak sedia apa-apa pun.
so aku beli kek pisang dengan pisang goreng.
hahahah. memang pisanglah tetamu semalam.


dalam sejam macam tu maklong lepak.
then diorang balik.
aku tarik nafas lega.
tetiba ada kereta stop depan rumah.
rupa-rupanya rakan sekerja ibu.
omaigod. hahaha.
tak payah buat air. guna air yang sama sebab tak habis lagi. kuajor tak? haha.
cuma aku tambah sikit je.
diorang datang nak lawat ibu sebab ibu dah seminggu tak pergi kerja.
kaki dia sakit.


sambil ibu borak, aku bersiap.
sampai putrajaya dalam pukul 10 malam.
memang penat gila lah.
sebab aku ni jenis kalau balik karak, aku jarang nak rehat.
aku suka habiskan masa dengan Mieya.
dengan adik-adik.
sebab itu je masa yang aku ada.
aku taknak bazirkan even satu jam pun dengan tidur lelama waktu petang.
kalau nak setakat tidur balik karak, baik aku duduk je kat putrajaya.
tidurlah pepuas. takde siapa kacau. huhuhu.


malam tadi aku tidur pukul 11.
memang tak sedar apa pun. konon nak tengok england italy.
tapi hampeh. england pun kalah. sedih.
takpe. italy je harapan aku sekarang.


ewah panjangnya entri.
k lah.
bye

Jun 24, 2012

Kerana penat plus geram plus sakit hati

Nak rasa geram, dia kita hormat.
Bukan geram apa, geram sebab dia baik sangat dengan orang luar,
akhirnya diambil kesempatan.

Sudahnya, aku dan dia bertegang leher.
Aku dahlah penat. Nak melayan kerenah macam anak raya orang luar, lagi
buat aku penat. Dan sakit hati.

Yang diambil kesempatan mak ayah kita. Nak tegur nanti, terasa hati.
Dah tak tau cara macamana lagi bagitau, jangan terlalu baik.

Haihh.
Penat.
Tapi yelah, orang tua. Hati mereke kita tak tau.
Kita yang muda, hati mudah panas. Tapi yang tua, fikir rasional.

Yelah.
Menolong amalan mulia.
Tak gitu?

Jun 22, 2012

Kerana kesentapan

Lately, aku dan choi macam renggang. Siapa choi? Malas aku nak
terangkan, entri-entri lepas ada sebot pasal dia.

Renggang bukan sebab gaduh ke apa. Cuma choi tu busy sekarang. Dia
aktif dalam dragon boat la itulah inilah.

Tapi, aku taklaH merajuk ke apa. Sebab yelah, aku tak peduli pun dia
nak buat apa. Cukup aku tau dia, selamat, hati aku dah lega.

Then malam tadi dia texted aku. Dia say sorry sebab tak mesej aku, tak
call aku sebab dia busy dan penat. Aku terus macam, alolololo suwit
lah awak ni tau. Tapi takdelah aku reply gitu.
Aku reply "yela".
Kahkahkah.
Kata tak peduli tapi reply yela je.
Tak. Aku tak sentap pun. Cuma aku balas pukul 2 pagi waktu bangun nak
ke toilet. Huhuhu.

Aku pun kejis juga. Kadang-kadang aku macam takde mood aku malas nak
jawab phone. Huhu.

Saja je nak buat entry ni nak bagitau choi tu aku sentap sikit tapi aku ok.
Kbye.

Jun 21, 2012

Kerana aku jatuh cinta

aku dah jatuh cinta !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


dengan menda ni





envelope clutch nama diberi,
sungguh cantik tidak terperi,
oh aku nak sangat-sangat beli,
tapi dimana dimana mau ku cari?

Jun 20, 2012

Kerana England!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! Goal!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Yayyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyy.


England 1
Ukraine 0.


England layak ke quarter final.


buat baik-baik eh semua *macam player england jiran belakang rumah je*






ewah.
nak juga letak gambar abang becks ni.
padahal dia dah tak main dah.
abang dah tua kan?
duduk rumah jaga anak dan bini je.
takpe, sayang jadi kekasih gelap abang pun takpe duk menyorok dari paparazi.
nanti dorang ambil pic sayang dengan abang, mengamuk pulak kaklong victoria.


kahkahkahkah.
berangan.


England, do the best!

Jun 19, 2012

Kerana aku ternampak hantu sedang jadi hantu

Hamaigad!
Ini kejadian benar-benar terjadi pada aku dalam sejam yang lalu.

Tadi, dalam pukul 10.40 malam, aku ke stesen minyak petronas yang
jaraknya mungkin 500 meter dari flat aku.
Aku berjalan kaki.
Ya. Walaupun aku penahkot, tapi kerana aku nak bank in duit, maka aku
terpaksa jua melangkah.
Di petronas itu ada cash deposit machine.

Ok.
Cerita bermula masa perjalanan pulang sambil menyedot latte nescafe
hasil rembatan di petronas, aku berjalan laju.
Takot woh!

Tiba-tiba, tak sampai 3 langkah di kanan aku, aku terpandangkan satu
lembaga hitam sedang duduk di akar kayu.
Hantu?
Ya. Hantu.
Tapi hantu ada kaki tangan lengkap semuanya.
Hantu itu sedang bercakap di telefon.

Mula-mula aku buat tak peduli saja. Hantu? Apedehal der? Ewah.
Berlagak. Hantu manusia memanglah kau tak takot, reena! Cuba kalau
betol, aku rasa histeria juga aku di situ.
Mata aku terbeliak bila aku menyedari apa yang hantu itu sedang buat
selain bercakap di telefon. Kerana ia sangat jelas!

Aku terus nak muntah!
Kembang tekak.
Sumpah seranah dalam hati.
Hantu terkejot tengok aku.
Lantas dia stopkan tangan dia dari buat apa yang aku nampak.

Terasa nak muntah time tu.
Kenapa harus aku yang menyaksikan perkara durjana itu.
Sumpah aku tak lalu nak sedot latte lagi.
Aku geli. Geli geleman. Benci. Sakit hati.
Terasa nak samak biji mata aku kerana tertengok perkara durjana itu.

Ok.
Tarik nafas.
Cuba lupakan apa yang aku nampak.
Tapi, ianya datang kembali.
Istighfar.

Ohya.
Terasa nak tengok england vs. Ukraine kejap lagi.
Tapi tak tahu mampu ke tak.

Aku harap sangat-sangat england ke suku akhir. Favret team dari world
cup 98 tau. Hehehe.

P/s : korang dah cukup dewasa kan? Dah boleh fikirkan? Ohya, hantu itu
dikenalpasti dari dialeknya adalah warga-you-know who garuda.

Kerana Kata #3



Kerana semuanya sudah nyawa-nyawa ikan

pagi tadi masa bersiap untuk ke tempat mencari rezeki membanting tulang empat kerat 
menabur bakti kepada tanah ok ok aku tipu saja nak buat bayangan seolah olah aku kerja sebagai petani takpun penoreh getah. 


ulang semula.


pagi tadi masa bersiap untuk ke ofiz, menenyeh muka dengan mekap yang sangat basic, baru aku sedari.........
lantas terus aku tergamam!!!!!!


Lipstick dah pendek. sangat pendek malah bila ditonyoh ke bibirku terasa bekas keliling itu menyentuh bibirku. 


Eyeliner dan kontot. sangat kontot. sakit mata aku terkena plastik. nampak hujung hujung je. macam segan-segan dia nak tunjuk muka dia.


BB Cream dah ala-ala titisan darah terakhir. bila aku picit, kena picit kuat-kuat gosok-gosok macam kita buat bila ubat gigi habis tu. terpancut kuat, terkena baju aku tadi. hampeh je. jadi, tak boleh membazir, maka yang di baju tu aku ambil dah sapu ke muka T____T


Compact Powder pun tak memberi kerjasama. alahai.


baru aku teringat, semua di atas sudah 3 bulan usianya. lama lah aku tak membeli.
yelah, dah tak habis lagi, malas lah aku nak membeli.


cepatlah gaji!!!!!!!!

Jun 18, 2012

Kerana layan lawak laka-laka JOZAN di malam buta

Memalam buta buka youtube tengok semua lawak JOZAN. Aku memang peminat
JOZAN. Terhibur hati tengok lawak-lawak bengong dorang.

Saiko ok aku. Gelak sensorang, tepuk-tepuk lantai. Ni kalau orang luar
dengar sah kena caj sawan.

Paling suka lawak dorang dalam "lawak ke der". Sangat laka-laka
(kelakar versi johan) ok. Apa yang keluar dari mulot dorang, pada aku,
sangat kelaka.

Aku lagi suka Johan. Zizan kurang sikit, sebab lately, dia banyak buat
lawak agak lucah. Sangat tak sehsuhwai ok.

Johan aku layan bila dengar era.fm. Mak jemah ok.

"hey u ols. Euro ni u ols sokong mana? Jangan sokong england kay,
sebab mak jemah dah sokong england"

Hahaha. Gelak sungguh aku pagi tadi bila dengar mak jemah kata gitu.

Bila aku bosan takde menda nak buat jiwa kesepian ececeh aku akan buka
youtube tengok lawak dorang. Tak dorang, SEPAH. Dua-dua aku suka.

Ada aku bagitau aku suka lelaki kelakar dan lelaki kelakar sangat
macho di hati aku?
Okbye.

Kerana gadis itu bernama Adik. Farahanim Kamarudin

jumaat lepas 15 jun birthday adik aku.
banyak betul adik aku ni kan.
hahahha.
ok ok. aku ada 3 adik.
selepas aku, namanya farah.
dia ada blog jugak.
ni blog dia KLIK SINI AKU KATA!


so jumaat tu terjadilah hari jadi dia yang ke 23.
sabtu aku balik dia merempan kat aku kata aku tak buat entri khas untuk dia sempena birthday dia.
eh perlu ke? kahkahkah.


oklah.
dia ni walaupun adik, tapi sebenarnya lebih kepada kawan.
kami berdua pun menjadi.
nak buat nakal, enjoy kesana kemari, semuanya jadi.
kalau aku tulang belakang ibu, dia pulak tulang belakang aku.
takde dia dalam satu-satu perkara macam kaki sebelah aku takde.


tak taulah macamana bila dia dah kawen tahun depan.
mau mati kejung aku takde geng. aku bila nak kawen? ha, itu yang kita tak tahu.
kena kupas isu ni lebih mendalam. kahhhhhhh
syera *selepas fara* ada, tapi syera ni pikiran dia bebudak lagi.
nak buat lawak bodoh dengan syera bolehlah.
tapi dengan farah, ada masanya, kami berbincang tentang masalah-masalah.
masalah dunia pun kami bincangkan.


dia ni kira aku juga, tapi dalam body yang lain.
ada dia, ok semua, set, jalan.
ada duit, jum jalan.
takde duit? jum baring baring atas katil bergosip, dengar lagu.


ada masalah?
dia akan mesej aku.
dulu masa aku berbadan *batuk* batuk* kecik, semua ingat dia kakak, aku adik.
sebab yelah, muka dia nampak matang.
aku ni muka babyface. kahkahkah. nah pipi, tolong lempang.
tapi sekarang ni dah back to normal, aku kakak, dia adik.


tahun depan bulan satu majlis pernikahannya. InsyaAllah.
aku sangat happy dan tak sabar nak tengok dia naik pelamin.
sebab aku dah tak tahan tengok dia asyik bergaduh manja dengan Amit tunangnya.
kahkahkahkah. ok tipu je.
sebab aku tak sabar nak tengok dia pakai baju pengantin, dan aku tak sabar nak jadi kakak pengantin.
wink wink.
tapi walaupun lambat lagi kendurinya, aku dah rasa kepenatan tu.
aku tau, kenduri mesti double penat kan.
takpe, demi adik, aku sanggup kepenatan kelelahan dan kemengantukkan.


to farah.
sila baca elok elok kay.
aku sayang kau. seribu tahun pun takkan mungkin padam sayang aku ini.
terima kasih jadi adik yang baik pada aku.
yang sentiasa ada disisi aku. 
jadi adik yang kadang-kadang annoying.
kadang-kadang gila.
kadang-kadang mencuit hati.


selamat hari lahir, farah yang ke 23 tahun.
semoga kau bahagia dengan apa jua yang kau lakukan.
dan semoga segala urusan kau dipermudahkan olehNya.


and good luck untuk exam penolong akauntan W27 sabtu ni.
you can do it bebeh!
muahmuahmuah. much love for you!!!


Kerana Karak bukan ada hantu pun. KRU menipu sangat.

aku memang duduk kampung.
siapa yang duduk karak tu tau lah kan karak tu apa je yang ada betul tak?
walaupun aku tak lahir dan tak dibesarkan di karak, tapi sebab aku duduk karak dan abah orang karak, maka karak lah aku kan. eh macam kelaka pula sebut karak banyak kali.
tapi ianya tetap syurga buat aku.
tapi nak kata aku ni menjalani hidup sebagai budak kampung tu taklah juga.
takdenye aku duk berkubang dalam paya ke hutan ke apa ke.
masa kecik tu pernah lah.
duduk kampung tapi tak main semua tu memang tak feel la kan.
masa kecik aku bukan ada kawan perempuan sangat.


kat karak ada bukit nama dia Bukit Dinding.
jangan ditanya kenapa namanya dinding kenapa tak pintu ke tingkap ke.
tak. aku tak tahu. 
bukit ni landmark untuk tempat tinggal aku.
kalau sesiapa duduk Kampung Teroh *kampung abah* dan Taman Makmur Jaya *perumahan aku*
mesti dikelilingi oleh bukit ni.




itu bukitnya.
tapi itu salah satu bukit.
ada banyak lagi bukit bersambung sambung.
macam huruf "m" tapi bersambung-sambung.
yang aku mark tu sebab aku nak cerita aku dan adik aku 3,4 kali juga daki bukit tu.
masa tahun 2008.
masa tu gigih weh.
nak joging malas.
maka panjat bukit jelah.
tinggi sebenarnya.
dan laluan dia besar untuk traktor lalu.
sebab bukit tu ada kelapa sawit.


ambil masa 30 min juga untuk sampai ke puncak.
dah sampai, nampak satu karak.
memang cantik.
nanti aku bawa korang daki sini eh.


kitorang dulu siap daki beramai-ramai dengan bebudak satu taman aku ni.
sambil daki sambil menyanyi.
peluh meleleh leleh keluar.
seronok.
lepas tu aku dah tak daki sebab Roy kata 
"kamu tau tak, ular selalunya banyak kat pokok kelapa sawit"


terus aku rasa ngeri. eiii masa daki tu langsung tak fikir.
bila dia kata gitu terus aku ngeri.
manalah aku tau kan. yang aku tau nak seronok je.


lepas tu kalau korang datang karak, aku bawa korang pi mandi air terjun yang best.
air terjun ni tak ramai yang tau.
family aku je yang selalu datang sini.
dulu aku, Roy dan adik-adik asal petang je hilang.
pergi mana? pergi berendam macam badak lah kan.
sekarang aku dan family pula. siap bawa bekal sekali.
lepas tu abah bawa jala ikan untuk menjala.
abah tu kan, pantang nampak sungai, asyik ingat ikan je.
lepas tu sebelum nak sampai sungai kan, kena lalu perkampungan orang asli.
bila lalu je aku mesti lambai-lambai tangan kat dorang. bajet artis sangat.


pic ni aku gugel je. ambil kat sini
cantik kan?
best oh. tak nyesal korang pergi.
tapi jangan lupa ajak aku.
aku kan suka mandi sungai :)


apa lagi eh yang best.
ha, ada lagi. air terjun juga.
aku ni zaman remaja suka explore.
nak kata nakal tu nakal la kot.
masa tu aku ada skuter ego.
aku dan adik aku, farah, semuanya menjadi berdua.
masa tu kami geng dengan bebudak kolej.
pergi mandi kat satu air terjun ni.
tapi jauh ke dalam. kena redah kebun getah semua.
tapi tempat dia memang cantik tau.
yang ni aku takkan bawa korang lah.
sebab jauh.
zaman nakal hati kental kan.
sekarang dah tak nakal, so dah tak kental dah. huhuhu.


karak tu kecik je.
tapi banyak kampung.
banyak perumahan.
sedang pesat membangun.
karak juga ada banyak site terowong ala, yang salurkan air untuk negeri selangor tu.
so orang selangor, sila berterima kasih pada karak. heheh.
aku pernah tengok site tu.
gilalah dia punya terowong lori pun lepas. huhuhu.
hebat lah. macamana lah dorang letupkan bukit untuk buat terowong tu kan.
macamana aku dapat tengok?
kan aku kata aku ni suka explore :)
ada je menda yang aku nak tahu.
ecewah. padahal tunang adik aku yang bawakan.
tapi setakat tengok dari jauh je.
mana boleh pi dekat-dekat.


tapi karak ada satu lagi keistimewaan.
memang tempat lain takde.
karak je ada.
limited edition.
nak tahu?
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-




kahkahkah.
marah tak? marah tak?
eleh nak manja-manja pun tak boleh.


okbye

Kerana sejuk mata aku memandang wajahmu

sabtu aku balik karak tu sebenarnya tahap kemalasan aku nak menapak adalah sangat tinggi.
masa nak tunggu bas ke bentong, aku duduk sebelah sorang adik ni.
stail aku, aku suka dengar lagu.
pakai earphone dan malas nak pikir menda lain.


then adik tu cuit aku.
oh, nak tanya aku balik mana.
terasa hell je nak jawab balik bentong.
bapak punya dekat.
kan best kalau aku jawab nak balik kelantan ke ganu ke, jauh lah sikit.
tak thrill la. kenapalah aku duduk dekat sangat dengan KL eh?
ewah. duduk jauh meroyan pula rindu family.
dah dapat tempat kerja dekat dengan kampung, bersyukur lah, reena.
aku tampar kang, sesia membesar.


bila aku bangun untuk meluruskan urat saraf aku tengok je adik tu.
bertudung labuh, baju kurung, berstoking kaki dan tangan.
hmmm, sejuk mata aku memandang.
nak dibandingkan dengan aku, hmmm, memang jauh panggang dari api.
bukan setakat jauh, nak rasa bahang api tu pun tak rasa mana pun.


tetiba adik tu..............




nampak?
tak nampak?
tak lama dah tu, dua kali jumaat je tu.
ok ok.
ni aku ambil zoom in.




terasa nak tarik earphone aku. dan bakar. kahkahkah.
sejuk mata memandang kan?
ni lah first time aku jumpa budak macam ni.
sambil tunggu bas, baca Quran.
mungkin korang dah biasa tengok.
tapi aku baru first time tau.
aku ni ha dok melayan perasaan dengar lagu.
terasa malu aku di sitewww.

okbye

Jun 17, 2012

Kerana entri sekali jalan je.

Aku di karak. Petang tadi sampai. Mula-mula taknak balik, tapi entah
kenapa, tergerak hati nak balik.

Rupa-rupanya, petang tadi, ada musibah menimpa. Kaki ibu macam
tersalah urat ke apa entah. Bawa pergi klinik, cucuk. Esok kalau tak
ok lagi, pergi xray. Semoga ibu cepat sembuh :(

Dan sepatotnya ibu masak untuk jamuan harijadi adik mucuk mucuk aku
farah. Tapi dah ibu tak sehat, makanya maka maka aku yang kena masak.
Ha engkau, aku masak untuk 20 orang makan. Nanti-nanti aku story apa
aku masak.

Farah kata, besday ibu, abah dan faez aku buat entry khas. Dia takde
pun entry khas. Nanti aku buat. Memang nak buat, tapi aku busy sikit.

Aku dah penat sangat-sangat.
Tidur dulu.
Selamat malam.

Jun 15, 2012

Kerana cinta monyet aku dan dia

tadi terbaca satu blog adik ni pasal cinta monyet. tersenyum aku sendirian bila baca entri dia.
terus papppp keluar dalam kepala otak aku pasal cinta monyet aku dedolu.
ewah. nak juga.
tipulah kan kalau aku tak pernah merasa cinta monyet ni semua.
awww..


ekceli masa zaman sekolah kan, aku kan, taklah skema sangat.
kalau kat sekolah menengah, nampak je baik. nampak je alim, tapi kalau kat rumah,
ha engkau, akulah orangnya.
tapi takdelah jahat melampau. setakat nakal-nakal biasa tu adalah.
setakat main-main mata dengan jejantans tu mestilah kan.
macamkan lawa sangat ye tak.
tapi aku peduli apa. dah kata nakal kan.


masa aku darjah 6 kan, ada budak cina bagi aku surat.
ekceli bukanlah surat sangat. ianya cuma biodata dia je. hell betul.
masa tu kakak sedara aku satu kelas dengan budak cina ni.
aku darjah 6 budak cina tu tingkatan 2.
ewah.
tapi masa tu manalah aku ada hormon gatal lagi. setakat suka je.
so setakat baca then balas dengan biodata aku.
tapi serius weh, budak cina tu cute la juga.
kecik je badan dia.
rumah dia pun tak jauh dari rumah aku sekarang.
kemain balik sekolah, main-main mata, senyum senyum lepas tu hati dup dap dup dap rasa nak bagitau satu dunia "i'm in loveeeeeeee" puiii. hahaha
tapi sebab dia cina kan, so takdelah kami ni nak pergi jauh dengan hubungan ni. kahkahkah.
pergi jauh apanya, UPSR pun tak ambil lagi masa tu. lempang karang, nak? sesia je hidup.


then lama-lama senyap macam tu je.
tapi serius lah, disebabkan dialah, tetiap petang aku jadi semangat nak pergi latihan hoki.
tetiap petang lalu depan rumah dia sebab nak usha dia. dia pula mesti tunggu aku depan rumah ceyyy perasan padahal memang time dia melepak depan rumah kot.
aku kalau nampak dia, dah pandai kontrol ayu tau.
bela-bela rambut, selit-selit rambut celah telinga my god gatal sebenarnya aku ni.
nak dijadikan cerita, dia ada bela anjing.
anjing dia ni garang nak mamps.
satu hari tu aku lalu depan rumah dia, anjing dia tak bertambat. apa lagi anjing tu kejar aku.
menjerit aku tau, lintang pukang aku lari. memang cibs betul. hilang keayuan aku.
nasib baik anjing tu kejar tak jauh.
eiii sakit pulak hati kita nih!!


lepas habis SPM pun aku ada juga cinta monyet.
aku panggil cinta monyet sebab yelah, kalau cinta tak monyet, sah-sah aku dah kawen dengan boifren aku tu kan. yang aku tak boleh ingat, masa umur aku 21 aku kapel dengan budak tingkatan 4.
tapi serius lah, dia punya matang, mengalahkan budak sebaya aku.
matang sangat. eh ke dengan aku je dia berlagak matang? tapi muka dia matang.
badan dia pun sedap dipeluk ok tak kelakar matang juga. pendek kata  *pendek je kata, panjang tak kata apa-apa*, serba serbilah matang.


dia yang ngorat aku dulu ceyyy taknak ngaku kalau aku yang mengorat dulu. memang taklah kan.
aku bukan jenis terhegeh-hegeh. eh ada juga aku pernah terhegeh hegeh tapi memang dapat lah kan. dapat maki. kahkahkah. ok tipu. takde yang pernah maki aku. berani dia nak maki awek Chan Ho Nam ni?


ok ok. budak tu mengorat aku dulu kan.
dia datang lepak depan rumah aku.
asyik je lah dia pandang aku, aku pandang dia.
dalam hati kata "cute lah dia ni. siapakah gerangannya"
then tak lama lepas tu dia mesej aku. eii siapa pula yang mesej gua ni. ni kalau Chan Ho Nam sayang aku tau matik aku.
so balas membalas la kan. jual mahal mula-mula.
stail aku, kalau aku tak kenal orang tu, memang aku malas nak layan. memang aku takkan layan lah kan.
then dia kata dia budak yang lepak tembok depan rumah aku. memang muka tembok la kan. huhuhu.


dah tu dia kata umur dia muda setahun dari aku. aku percaya lah kan, takkan nak minta ic.
lagipun rumah dia dekat je dengan rumah aku. tapi kenapa aku tak pernah kenal dia sebelum ni eh?
sebulan dua juga kami berkawan sebelum declare.
kahkahkah. jejaman dulu mesti guna declare kan.
"aku dah declare dah dengan dia"
huhuhu. macam hell.


then bila dah kapel, agak-agak sebulan baru dia bagitau umur dia baru 16.
nak termuntah aku. eiii apa ni kapel dengan budak sekolah? apa ni?
oh dimana kewarasan aku?
tapi sebab dah sayang *pui* maka teruskan juga lah.
nasib baik dia matang. tapi bila aku dah tau dia budak sekolah, memang tetiap hari mesej aku akan ingatkan pasal kerja sekolah, pasal baca buku dan berleter kalau dia ponteng sekolah.
nasib kau lah kan, siapa suruh kapel dengan pompuan tua macam aku.


tapi serius lah, dia memang pandai bercinta.
kahkahkah. mak suruh pergi sekolah, tapi kau bantai bercinta dengan aku ye.
pepagi buta, sampai sekolah, dia akan call aku dulu guna public phone.
waktu rehat pun telefon aku guna public phone sekolah.
petang time balik pun call aku guna public phone jugak. 
pendek kata, hari-hari dia call aku.


then bulan puasa, berjanji nak solat terawih sesama.
nampak muka dia bila kat surau, senyum tak sudah-sudah.
lepas tu dia hantar mesej, sejuk mata tengok awak pakai telekong. kahkahkah.


then dalam kelas, dia akan text aku.
aku marah la juga pergilah belajar tu, tapi dia kata cikgu takde.
baiklah, suka hati kau lah. yang fail nya kau, bukan aku.


lama juga aku bercinta dengan dia dalam setahun lebih sampai dia habis SPM.
kelakar kan?
sekarang dia dah 22 tahun dah. dah besar panjang pun.
rumah dia dekat je dengan rumah aku.
cuma dah lama tak jumpa sebab katanya dia tak kerja kat karak.
tapi kat mana entah.
ada juga contact dalam fb dulu-dulu.
sekarang ni je dah tak contact.


kami putus sebab aku rasa, dia ni muda lagi.
hahaha. masa memula kapel tak pula fikir dia muda lagi kan?
tapi ya, kesedaran tu lambat datang.
aku rasa aku taknak dia buang masa dengan aku, dan aku buang masa dengan dia.
sebab aku tahu, mak dia tak suka aku, sebab aku lagi tua dari anak dia.
dan abah pun tak suka dia sebab dia lagi muda dari aku.
fair la kan?
so berakhir disitu.


pengalaman? mestilah banyak.
antaranya, dia bawa aku main meriam time bulan puasa.
gila. satu kampung meletup dengar meriam kami.
itulah first dan last aku tengok orang main meriam.
bukan apa, bila meletup, rasa nak pecah dada aku.
kenal dia satu kenangan manis? mestilah ya.
tapi setakat kenangan jelah. nak rindu-rindu tu memang takde.
sumpah takde.
bila jumpa memang takde perasaan.
sebab kata cinta monyet kan.


bila dah putus, dia belajar di kolej.
then kenal dengan pompuan lain. 
aku pula dengan "si dia"
aku dating naik kereta.
dia naik motor sebab belajar kolej lagi kan.
tetiba aku rasa, kenapalah aku boleh bercinta dengan dia ni ye.
huhuhu.


tapi semua tu kenangan la kan.
dapat dijadikan ingatan bila dah tua nanti.


dia tetap cute aku tengok.
aku ni je yang terlebih cute sekarang.
ada juga kami terserempak setahun lepas.
wah, dia punya terkejut macam nampak kingkong.
mesti dia kata dalam hati "amboi mesti senang hati reena ni kan".


kbye

Jun 14, 2012

Kerana entri bodoh

aku balik karak sampai semalam.
sebab tak berapa sihat.
duduk lama kat kampung sangat heaven hokay.
terasa berat bontot hati nak balik putrajaya.
rasa macam nak panggil doraemon suruh hilangkan putrajaya tu dalam peta malaysia.


seronok kat karak.
walaupun you know, hanya karak, bukan pulau tioman ke pulau redang ke tapi sebab situlah
tempat aku membesar menggemukkan badan maka ianya jadi sangat seronok dan membahagiakan.


1. main badminton memalam. walaupun bukan aku yang main sangat, tapi bila tengok abah, tengok adik-adik, tengok ibu dan bebudak kampung main, aku jadi sangat eksaited. terer hokay mereka main. main betul-betul siap kira markah lagi. taraf aku cuma main dengan anak sedara aku, Willy, darjah 3. terer juga Willy main. tapi aku buli dia je. kalau bulu tangkis jatuh, dia jelah yang kutip. huhuhuhu. kutip willy, makngah malas. lepas tu, abah tak bagi aku pakai bulu tangkis yang baru. taraf aku pakai bulu tangkis sisa-sisa orang yang dah kurang elok tu. kahkahkah. sampai hati abah. sentap juga hati kecil aku tapi aku tak kesah. hahahaha.


2. aku dah pandai kupas durian. yeeehaaa. walaupun aku kupas tu hampir hancur durian tu, jadilah, janji lepas aku nak makan. lepas tu adik aku bengang sebab dengan biji-biji durian tu terbelah. oklah tu. nasib aku nak kupaskan. kalau tak, memang berkulat durian tu kan. nak suruh ibu, ibu buat-buat tak nampak anak dia nak makan. malas letewww nak layan aku. fine.


3. ok. aku ada twitter. dah lama juga lah. tapi aku tak pandai guna. follow lah aku ye kalau terasa nak follow. kahkahkah. bajet artis. @ReenaKamarudin. aku baru je nak belajar guna. padahal dah lama ada. heh!


kbye.


p/s : fine, entri bodoh namanya.

Jun 8, 2012

Kerana mat rempit di plaza pekeliling

Hari ni aku balik karak.
Naik LRT untuk ke titiwangsa station sebab naik bas di plaza pekeliling.

Sampai je di stesen chan sow lin, LRT stop lama dalam 15 min then
dengar pengumuman kata, sistem LRT tamat di sini kerana terdapat
masalah teknikal. Harap maklum.

Aku dah cuak ok. Dari chan sow lin, celah mana pula aku nak ke
titiwangsa. Aku ni dah lah blur. Lepas tu dia suruh redeem token.
Aku tarik nafas, cuba bertenang walau dalam hati gelabah gila babas wa cakap lu.

Aku pun pergi ke kaunter untuk redeem token. Rupa-rupanya, ada LRT
lain yang rosak di depan so menghalang perjalanan LRT lain. Cis!

Aku tanya cik kaunter tu dari situ nak ke stesen hang tuah untuk ambil
monorel berapa jauh. Wah, ada hati nak jalan kaki. Padahal sangat jauh
hokay. Aku pun turun untuk naik bas. Tetiba ada bas pengantara untuk
penumpang LRT yang terkandas. Dia akan hantar ke stesen yang kita nak
pergi. Fuh, rasa nak peluk semua staf rapid kl. Termasuk uncle india
yang jadi kelendan masuk dalam lagi, masuk dalam lagi, tak payah
bayar, tadi you all dah beli token LRT guna yang dah di redeem saja.
Masuk, masuk, jalan, jalan.

Ha, lebih kurang lah ayatnya. Sangat berdedikasi. Sayang uncle! Tetiba.

Merasalah aku meround kl sesenja buta.

Sampai pekeliling, ohmygod, aku jumpa lagi mat rempit yang kacau aku
last two weeks. Kejadahlah dia buat kat sini.

Macam ni, hari tu kan aku balik karak, tunggu bas kat pekeliling.
Tiba-tiba datang lelaki pegang helmet sebelah aku sambil merokok asap
kepul-kepul depan muka aku. Memang macam hell. Aku buat tak tau jelah.
Ingatkan nak buat apa. Rupanya nak tanya number telefon. Bro, zaman
bila ngorat mintak number telefon? Minta fesbuk/twitter ok zaman
sekarang. Aku diam jelah, tak layan. Memang aku tak bercakap.

Lepas tu, lepas tu dia kata "macamlah lawa sangat muka tu, sombong
gila, bawak masuk kubur lah!"
Cakap kuat pula tu. Gila malu aku.
Menyirap darah gua, lu tau.
"yeke? Terima kaseh"

Lepas cakap tu, aku terus blah. Lagi mau stay? Memang tak lah kan.
Malas aku nak layan spesis shallow minded macam tu.

No, bukan tak suka sebab dia mat rempit. Aku ni ha, ramai je kawan
baik dengan mat rempit dulu-dulu tapi dah bersara lah sekarang. Takde
pula kawan-kawan aku maki hamun macam tu.

Ni aku jumpa lagi dia. Kurus tinggi pakai cap pegang helmet. Lalu tepi
aku kata 'minah sombong, mati bawa masuk kubur'
Ei, sabar jelah.
Dia tak tau ke aku ni awek ho nam young n dangerous?
Kang aku panggil ho nam kerat kau kang.

Malas aku nak layan.
Dan malas nak tunjuk muka nyampah sangat, karang dia berdendam dengan aku pula.

Kalau sekali lagi dia kutok aku, aku nak azan kat telinga dia, takpun
baca talkin.
Biar menggelupur sikit.

Kerana lalalalalalalala

pen-driver baru, Kak Dhiya, baru dapat kereta. 
"kak, kereta u bau kedai lagi oh"
"hahahaha"


happy dapat kebenaran keluar waktu pejabat. lalalala.
isi borang kebenaran, bos sain dan lalalalalala lah kita.


kami kesini.
untuk apa?
adalah.......



Jun 7, 2012

Kerana itu #2


hanya kerana airmata tidak mengalir di pipi
tak bermakna tiada tangisan dalam hati


sumber : sini

Kerana aku juga layan lagu rock jiwang/kapak

hari ini serba tak kena.
takpe, abaikan.


hari ini aku asyik layan lagu rock jiwang.
orang panggil rock kapak eh?


ekceli dulu-dulu kan aku mana layan lagu ni semua.
aku kan boyband. pfttt.
tapi bila ku kenal apakah erti cinta, mulalah aku rasa eh syok juga lagu ni eh.
bercinta tanpa lagu umpama makan nasi tanpa kicap bagiku. tak ummphhh.
kahhhhhh.


tapi takdelah semua lagu aku boleh dengar.
ada sikit-sikit je aku suka.
tapi aku memang suka kumpulan May.
kalau karoke, memang lagu May aku tibai. bajet rock la kan.
ingat Mus May ke apa. okay okay okay.


tapi abah selalu cerita kat aku.
masa umur aku 5,6 tahun, aku suka nyanyi lagu Fantasia Bulan Madu by Search.
ha, kau mampu?
tak silap umur 5, 6 tahun la kot sebab abah kata aku pelat time tu.


antara lagu favret aku yang aku selalu dengar






MENITI SURATAN-MAY. ha, yang ni memang lagu wajib aku karok.
tak kira dalam kereta ke, kat tempat karoke ke. wajib.
memang favret aku.






GADIS BERTUDUNG PUTIH.
pergggh lagu ni pun aku suka karoke.
tapi aku suka yang rancak. tak suka yang slow.
bajet rock la sangat kan.






1000 TAHUN TAKKAN MUNGKIN-BPR.
kahkahkahkah. ni pun sama. sampai terkeluar anak tekak.
lagu ni memang aku selalu dengar.






SUDAH SAMPAI SINI-BPR
lagu ni kalau aku nyanyi karok memang aku rasa suara aku sedap sangat *pitam*
nanti kita pergi karok sama-sama nak? hahahah






KEMBANG TERHALANG-GAMMA
yang ni pun aku suka. antara must-sing bila pergi karok.

dan sekarang aku suka lagu ni.
sampaikan callerringtone aku pun, aku guna ni.
gigih pi cari kat website hotlink.
nanti sesiapa call aku, merasa lah disambut dengan lagu ni ditelinga.
memalam pasang lagu ni lepas tu nyanyi syok sendiri. 
matilah siapa yang dengar.
nak tahu lagu apa?
scroll down please














































Berpecah antara mereka 
Musnah di hembus pawana
Begitulah kisah hidup
Dari zaman ke zaman
Pawana menghembus akan hati insan







feeeeeewwwwwwitttttttttttttttttttttttttttttttttttt


banyak lagi yang aku suka.
korang pulak?

Jun 6, 2012

Kerana sayasukapink-lah sudah setahun!


happy birthday to you.
happy birthday to you.
happy birthday, happy birthday.
happy birthday to you.


hahaha.
gila saiko minah ni menyanyi lagu birthday pepagi buta.
sebenarnya hari ini genap 1 tahun blog sayasukapink-lah.
phewww baru setahun jagung kan?
muda sangat lagi.
kalau baby ni, baru nak bertatih tatih.

Kenapa nama url blog sayasukapink-lah?

sebab aku suka pink lah! masa aku nak create blog ni, aku tak fikir panjang pun. aku kan tak suka memikir sangat. suka spontan. tiba-tiba papppp keluar ayat ni. in fact, aku dah memang sinonim dengan warna pink. kengkawan yang kenal rapat dengan aku tahulah kot aku suka pink.

Kau fikir blog kau ni glamer tak?

jujur la eh, aku bukan nak glamer. aku menaip sebab aku suka. aku suka merapu. suka merepek bercerita pasal life aku, which is tak semua yang aku expose dalam ni. aku tak kisah pun ada yang baca ke tak. tak kisah. tak kisah kau nak follow ke tak. aku bukan ketua pun untuk ada pengikut. apa yang aku coretkan dalam ni adalah aku. tak hipokrit. so aku tak rasa blog aku glamer. 

Apakah kegembiraan kau dalam blogging?

semua blogger pun akan gembira bila setiap coretan lemak berkrimnya disukai ramai. samalah macam aku. aku gembira bila ada yang chat dengan aku kata suka dengan entri aku sebab ayat aku manja-manja poyo. ada eh ayat manja-manja poyo? aku macam, thanks sebab membaca walaupun yes, sebenarnya ini blog merepek. dan aku gembira bila kawan-kawan ofis baca blog aku then bila jumpa aku mesti kata "sayasukapink-lah" *sebenarnya malu sebab mereka tahu life aku serba sedikit dan tahu perasaan aku pada hari-hari tersebut*. but that's the price that i have to pay bila ada blog. sedikit sebanyak kehidupan simple aku ni akan ter-expose. wah ayat.

suka tulis tentang apa? *aku suka guna tulis instead of taip*

aku suka tulis macam-macam. hahaha. perasaan aku, kejadian seharian aku, perkara yang berlaku disekeliling aku, apa yang aku buat etc. ada jugak aku share yang berilmu sikit. sikit jelah. selebihnya hal-hal yang simple je.

Kenapa berblog?

aku sebenarnya manusia yang suka bercerita. suka berborak. walaupun sebenarnya aku pendiam. nampak je aku macam kecoh kan tapi sebenarnya aku adalah susah nak buka mulut. hehehe. tapi, aku suka bercerita pasal apa yang terjadi dalam kehidupan seharian aku. kalau setahun yang lepas sebelum ada blog, aku boleh cerita apa saja dengan seseorang. tapi bila aku dah takde dia, aku jadi sunyi. nak cerita kat siapa pun tak tahu. huhuhu. boleh je nak cerita kat kengkawan tapi kengkawan pun ada cerita yang nak diceritakan. so siapa yang nak dengar siapa ni? hahaha. so medium yang boleh bagi aku merapu satu hala adalah blog. 

aku akan terus blogging selagi aku ada minat. nanti kalau dah takde minat, aku stop lah. aku ni bukan betul sangat pun. mudah jemu.

terima kasih korang sebab sudi singgah blog aku. sudi baca repekkan aku ni dan gigih bacanya sampai habis.
walaupun secoet je yang baca tapi yeah, aku happy.
*peluk korang ketat-ketat. tak bernafas? sorry. hehehe*