Jun 15, 2012

Kerana cinta monyet aku dan dia

tadi terbaca satu blog adik ni pasal cinta monyet. tersenyum aku sendirian bila baca entri dia.
terus papppp keluar dalam kepala otak aku pasal cinta monyet aku dedolu.
ewah. nak juga.
tipulah kan kalau aku tak pernah merasa cinta monyet ni semua.
awww..


ekceli masa zaman sekolah kan, aku kan, taklah skema sangat.
kalau kat sekolah menengah, nampak je baik. nampak je alim, tapi kalau kat rumah,
ha engkau, akulah orangnya.
tapi takdelah jahat melampau. setakat nakal-nakal biasa tu adalah.
setakat main-main mata dengan jejantans tu mestilah kan.
macamkan lawa sangat ye tak.
tapi aku peduli apa. dah kata nakal kan.


masa aku darjah 6 kan, ada budak cina bagi aku surat.
ekceli bukanlah surat sangat. ianya cuma biodata dia je. hell betul.
masa tu kakak sedara aku satu kelas dengan budak cina ni.
aku darjah 6 budak cina tu tingkatan 2.
ewah.
tapi masa tu manalah aku ada hormon gatal lagi. setakat suka je.
so setakat baca then balas dengan biodata aku.
tapi serius weh, budak cina tu cute la juga.
kecik je badan dia.
rumah dia pun tak jauh dari rumah aku sekarang.
kemain balik sekolah, main-main mata, senyum senyum lepas tu hati dup dap dup dap rasa nak bagitau satu dunia "i'm in loveeeeeeee" puiii. hahaha
tapi sebab dia cina kan, so takdelah kami ni nak pergi jauh dengan hubungan ni. kahkahkah.
pergi jauh apanya, UPSR pun tak ambil lagi masa tu. lempang karang, nak? sesia je hidup.


then lama-lama senyap macam tu je.
tapi serius lah, disebabkan dialah, tetiap petang aku jadi semangat nak pergi latihan hoki.
tetiap petang lalu depan rumah dia sebab nak usha dia. dia pula mesti tunggu aku depan rumah ceyyy perasan padahal memang time dia melepak depan rumah kot.
aku kalau nampak dia, dah pandai kontrol ayu tau.
bela-bela rambut, selit-selit rambut celah telinga my god gatal sebenarnya aku ni.
nak dijadikan cerita, dia ada bela anjing.
anjing dia ni garang nak mamps.
satu hari tu aku lalu depan rumah dia, anjing dia tak bertambat. apa lagi anjing tu kejar aku.
menjerit aku tau, lintang pukang aku lari. memang cibs betul. hilang keayuan aku.
nasib baik anjing tu kejar tak jauh.
eiii sakit pulak hati kita nih!!


lepas habis SPM pun aku ada juga cinta monyet.
aku panggil cinta monyet sebab yelah, kalau cinta tak monyet, sah-sah aku dah kawen dengan boifren aku tu kan. yang aku tak boleh ingat, masa umur aku 21 aku kapel dengan budak tingkatan 4.
tapi serius lah, dia punya matang, mengalahkan budak sebaya aku.
matang sangat. eh ke dengan aku je dia berlagak matang? tapi muka dia matang.
badan dia pun sedap dipeluk ok tak kelakar matang juga. pendek kata  *pendek je kata, panjang tak kata apa-apa*, serba serbilah matang.


dia yang ngorat aku dulu ceyyy taknak ngaku kalau aku yang mengorat dulu. memang taklah kan.
aku bukan jenis terhegeh-hegeh. eh ada juga aku pernah terhegeh hegeh tapi memang dapat lah kan. dapat maki. kahkahkah. ok tipu. takde yang pernah maki aku. berani dia nak maki awek Chan Ho Nam ni?


ok ok. budak tu mengorat aku dulu kan.
dia datang lepak depan rumah aku.
asyik je lah dia pandang aku, aku pandang dia.
dalam hati kata "cute lah dia ni. siapakah gerangannya"
then tak lama lepas tu dia mesej aku. eii siapa pula yang mesej gua ni. ni kalau Chan Ho Nam sayang aku tau matik aku.
so balas membalas la kan. jual mahal mula-mula.
stail aku, kalau aku tak kenal orang tu, memang aku malas nak layan. memang aku takkan layan lah kan.
then dia kata dia budak yang lepak tembok depan rumah aku. memang muka tembok la kan. huhuhu.


dah tu dia kata umur dia muda setahun dari aku. aku percaya lah kan, takkan nak minta ic.
lagipun rumah dia dekat je dengan rumah aku. tapi kenapa aku tak pernah kenal dia sebelum ni eh?
sebulan dua juga kami berkawan sebelum declare.
kahkahkah. jejaman dulu mesti guna declare kan.
"aku dah declare dah dengan dia"
huhuhu. macam hell.


then bila dah kapel, agak-agak sebulan baru dia bagitau umur dia baru 16.
nak termuntah aku. eiii apa ni kapel dengan budak sekolah? apa ni?
oh dimana kewarasan aku?
tapi sebab dah sayang *pui* maka teruskan juga lah.
nasib baik dia matang. tapi bila aku dah tau dia budak sekolah, memang tetiap hari mesej aku akan ingatkan pasal kerja sekolah, pasal baca buku dan berleter kalau dia ponteng sekolah.
nasib kau lah kan, siapa suruh kapel dengan pompuan tua macam aku.


tapi serius lah, dia memang pandai bercinta.
kahkahkah. mak suruh pergi sekolah, tapi kau bantai bercinta dengan aku ye.
pepagi buta, sampai sekolah, dia akan call aku dulu guna public phone.
waktu rehat pun telefon aku guna public phone sekolah.
petang time balik pun call aku guna public phone jugak. 
pendek kata, hari-hari dia call aku.


then bulan puasa, berjanji nak solat terawih sesama.
nampak muka dia bila kat surau, senyum tak sudah-sudah.
lepas tu dia hantar mesej, sejuk mata tengok awak pakai telekong. kahkahkah.


then dalam kelas, dia akan text aku.
aku marah la juga pergilah belajar tu, tapi dia kata cikgu takde.
baiklah, suka hati kau lah. yang fail nya kau, bukan aku.


lama juga aku bercinta dengan dia dalam setahun lebih sampai dia habis SPM.
kelakar kan?
sekarang dia dah 22 tahun dah. dah besar panjang pun.
rumah dia dekat je dengan rumah aku.
cuma dah lama tak jumpa sebab katanya dia tak kerja kat karak.
tapi kat mana entah.
ada juga contact dalam fb dulu-dulu.
sekarang ni je dah tak contact.


kami putus sebab aku rasa, dia ni muda lagi.
hahaha. masa memula kapel tak pula fikir dia muda lagi kan?
tapi ya, kesedaran tu lambat datang.
aku rasa aku taknak dia buang masa dengan aku, dan aku buang masa dengan dia.
sebab aku tahu, mak dia tak suka aku, sebab aku lagi tua dari anak dia.
dan abah pun tak suka dia sebab dia lagi muda dari aku.
fair la kan?
so berakhir disitu.


pengalaman? mestilah banyak.
antaranya, dia bawa aku main meriam time bulan puasa.
gila. satu kampung meletup dengar meriam kami.
itulah first dan last aku tengok orang main meriam.
bukan apa, bila meletup, rasa nak pecah dada aku.
kenal dia satu kenangan manis? mestilah ya.
tapi setakat kenangan jelah. nak rindu-rindu tu memang takde.
sumpah takde.
bila jumpa memang takde perasaan.
sebab kata cinta monyet kan.


bila dah putus, dia belajar di kolej.
then kenal dengan pompuan lain. 
aku pula dengan "si dia"
aku dating naik kereta.
dia naik motor sebab belajar kolej lagi kan.
tetiba aku rasa, kenapalah aku boleh bercinta dengan dia ni ye.
huhuhu.


tapi semua tu kenangan la kan.
dapat dijadikan ingatan bila dah tua nanti.


dia tetap cute aku tengok.
aku ni je yang terlebih cute sekarang.
ada juga kami terserempak setahun lepas.
wah, dia punya terkejut macam nampak kingkong.
mesti dia kata dalam hati "amboi mesti senang hati reena ni kan".


kbye

No comments: