Jun 8, 2012

Kerana mat rempit di plaza pekeliling

Hari ni aku balik karak.
Naik LRT untuk ke titiwangsa station sebab naik bas di plaza pekeliling.

Sampai je di stesen chan sow lin, LRT stop lama dalam 15 min then
dengar pengumuman kata, sistem LRT tamat di sini kerana terdapat
masalah teknikal. Harap maklum.

Aku dah cuak ok. Dari chan sow lin, celah mana pula aku nak ke
titiwangsa. Aku ni dah lah blur. Lepas tu dia suruh redeem token.
Aku tarik nafas, cuba bertenang walau dalam hati gelabah gila babas wa cakap lu.

Aku pun pergi ke kaunter untuk redeem token. Rupa-rupanya, ada LRT
lain yang rosak di depan so menghalang perjalanan LRT lain. Cis!

Aku tanya cik kaunter tu dari situ nak ke stesen hang tuah untuk ambil
monorel berapa jauh. Wah, ada hati nak jalan kaki. Padahal sangat jauh
hokay. Aku pun turun untuk naik bas. Tetiba ada bas pengantara untuk
penumpang LRT yang terkandas. Dia akan hantar ke stesen yang kita nak
pergi. Fuh, rasa nak peluk semua staf rapid kl. Termasuk uncle india
yang jadi kelendan masuk dalam lagi, masuk dalam lagi, tak payah
bayar, tadi you all dah beli token LRT guna yang dah di redeem saja.
Masuk, masuk, jalan, jalan.

Ha, lebih kurang lah ayatnya. Sangat berdedikasi. Sayang uncle! Tetiba.

Merasalah aku meround kl sesenja buta.

Sampai pekeliling, ohmygod, aku jumpa lagi mat rempit yang kacau aku
last two weeks. Kejadahlah dia buat kat sini.

Macam ni, hari tu kan aku balik karak, tunggu bas kat pekeliling.
Tiba-tiba datang lelaki pegang helmet sebelah aku sambil merokok asap
kepul-kepul depan muka aku. Memang macam hell. Aku buat tak tau jelah.
Ingatkan nak buat apa. Rupanya nak tanya number telefon. Bro, zaman
bila ngorat mintak number telefon? Minta fesbuk/twitter ok zaman
sekarang. Aku diam jelah, tak layan. Memang aku tak bercakap.

Lepas tu, lepas tu dia kata "macamlah lawa sangat muka tu, sombong
gila, bawak masuk kubur lah!"
Cakap kuat pula tu. Gila malu aku.
Menyirap darah gua, lu tau.
"yeke? Terima kaseh"

Lepas cakap tu, aku terus blah. Lagi mau stay? Memang tak lah kan.
Malas aku nak layan spesis shallow minded macam tu.

No, bukan tak suka sebab dia mat rempit. Aku ni ha, ramai je kawan
baik dengan mat rempit dulu-dulu tapi dah bersara lah sekarang. Takde
pula kawan-kawan aku maki hamun macam tu.

Ni aku jumpa lagi dia. Kurus tinggi pakai cap pegang helmet. Lalu tepi
aku kata 'minah sombong, mati bawa masuk kubur'
Ei, sabar jelah.
Dia tak tau ke aku ni awek ho nam young n dangerous?
Kang aku panggil ho nam kerat kau kang.

Malas aku nak layan.
Dan malas nak tunjuk muka nyampah sangat, karang dia berdendam dengan aku pula.

Kalau sekali lagi dia kutok aku, aku nak azan kat telinga dia, takpun
baca talkin.
Biar menggelupur sikit.

No comments: