Jun 18, 2012

Kerana gadis itu bernama Adik. Farahanim Kamarudin

jumaat lepas 15 jun birthday adik aku.
banyak betul adik aku ni kan.
hahahha.
ok ok. aku ada 3 adik.
selepas aku, namanya farah.
dia ada blog jugak.
ni blog dia KLIK SINI AKU KATA!


so jumaat tu terjadilah hari jadi dia yang ke 23.
sabtu aku balik dia merempan kat aku kata aku tak buat entri khas untuk dia sempena birthday dia.
eh perlu ke? kahkahkah.


oklah.
dia ni walaupun adik, tapi sebenarnya lebih kepada kawan.
kami berdua pun menjadi.
nak buat nakal, enjoy kesana kemari, semuanya jadi.
kalau aku tulang belakang ibu, dia pulak tulang belakang aku.
takde dia dalam satu-satu perkara macam kaki sebelah aku takde.


tak taulah macamana bila dia dah kawen tahun depan.
mau mati kejung aku takde geng. aku bila nak kawen? ha, itu yang kita tak tahu.
kena kupas isu ni lebih mendalam. kahhhhhhh
syera *selepas fara* ada, tapi syera ni pikiran dia bebudak lagi.
nak buat lawak bodoh dengan syera bolehlah.
tapi dengan farah, ada masanya, kami berbincang tentang masalah-masalah.
masalah dunia pun kami bincangkan.


dia ni kira aku juga, tapi dalam body yang lain.
ada dia, ok semua, set, jalan.
ada duit, jum jalan.
takde duit? jum baring baring atas katil bergosip, dengar lagu.


ada masalah?
dia akan mesej aku.
dulu masa aku berbadan *batuk* batuk* kecik, semua ingat dia kakak, aku adik.
sebab yelah, muka dia nampak matang.
aku ni muka babyface. kahkahkah. nah pipi, tolong lempang.
tapi sekarang ni dah back to normal, aku kakak, dia adik.


tahun depan bulan satu majlis pernikahannya. InsyaAllah.
aku sangat happy dan tak sabar nak tengok dia naik pelamin.
sebab aku dah tak tahan tengok dia asyik bergaduh manja dengan Amit tunangnya.
kahkahkahkah. ok tipu je.
sebab aku tak sabar nak tengok dia pakai baju pengantin, dan aku tak sabar nak jadi kakak pengantin.
wink wink.
tapi walaupun lambat lagi kendurinya, aku dah rasa kepenatan tu.
aku tau, kenduri mesti double penat kan.
takpe, demi adik, aku sanggup kepenatan kelelahan dan kemengantukkan.


to farah.
sila baca elok elok kay.
aku sayang kau. seribu tahun pun takkan mungkin padam sayang aku ini.
terima kasih jadi adik yang baik pada aku.
yang sentiasa ada disisi aku. 
jadi adik yang kadang-kadang annoying.
kadang-kadang gila.
kadang-kadang mencuit hati.


selamat hari lahir, farah yang ke 23 tahun.
semoga kau bahagia dengan apa jua yang kau lakukan.
dan semoga segala urusan kau dipermudahkan olehNya.


and good luck untuk exam penolong akauntan W27 sabtu ni.
you can do it bebeh!
muahmuahmuah. much love for you!!!


5 comments:

Farah Kamarudin said...

Sesungguhnye sy terharu. Sob sob *lap air mate pakai tshirt alam flora Lebak sebelah rumah*
Maceh..............

ayut said...

Slmt hari lahir utk adik..slmt pgnatin baru in advance!hahaha..nak menjengah blog adik la gini :)

Reena Kamarudin said...

Farah :

gila kau pakai tshirt lebak? kang dia menjeling sekali baru kau tawwww

Reena Kamarudin said...

ayut:

hehehhe. pi la terjah

Mariyam Nabella Ishak said...

giler adik xsyg kau mak ngah!!!