Jun 19, 2012

Kerana semuanya sudah nyawa-nyawa ikan

pagi tadi masa bersiap untuk ke tempat mencari rezeki membanting tulang empat kerat 
menabur bakti kepada tanah ok ok aku tipu saja nak buat bayangan seolah olah aku kerja sebagai petani takpun penoreh getah. 


ulang semula.


pagi tadi masa bersiap untuk ke ofiz, menenyeh muka dengan mekap yang sangat basic, baru aku sedari.........
lantas terus aku tergamam!!!!!!


Lipstick dah pendek. sangat pendek malah bila ditonyoh ke bibirku terasa bekas keliling itu menyentuh bibirku. 


Eyeliner dan kontot. sangat kontot. sakit mata aku terkena plastik. nampak hujung hujung je. macam segan-segan dia nak tunjuk muka dia.


BB Cream dah ala-ala titisan darah terakhir. bila aku picit, kena picit kuat-kuat gosok-gosok macam kita buat bila ubat gigi habis tu. terpancut kuat, terkena baju aku tadi. hampeh je. jadi, tak boleh membazir, maka yang di baju tu aku ambil dah sapu ke muka T____T


Compact Powder pun tak memberi kerjasama. alahai.


baru aku teringat, semua di atas sudah 3 bulan usianya. lama lah aku tak membeli.
yelah, dah tak habis lagi, malas lah aku nak membeli.


cepatlah gaji!!!!!!!!

3 comments:

Mariyam Nabella Ishak said...

gaji mak ngah di sekat..hahahahha

Reena Kamarudin said...

Hehehe. Janganlah kate mcm tu

Mariyam Nabella Ishak said...

kene sekat sbb mak ngah kna prepare wit raye utk yaya..hehehehe