Jun 29, 2012

Kerana aku pura-pura busy

Ya tuhan.
sangat busy aku ok.
minggu ni memang minggu busy. ecewah. kalah bos besar. 
tapi yelah, kuli je kan. buat jelah seperti yang disuruh. jangan banyak bunyik.
start dari isnin tu memang tak reti duk diam dah kat opis. ke sana ke mari.
tapi takdelah macam kelibut sangat. boleh lagi get slowly.


malam tadi keluar dengan sayangs aku, Kak Dhiya dan Sha.
gambar memang takde sebab tak kosserlah nak ambil gambar.
hala tuju adalah ke Wangsa Maju.
saja nak lari dari angin Putrajaya.
bosan ok Putrajaya ni bila lelama duduk sini. macam takde apa sangat.


kira kami gamble je pergi Wangsa Maju dengan perasaan kurang pasti arah jalan.
but Alhamdulillah, berkat aku jadi pengukur jalan dulu dengan Roy maka dapat juga kami sampai dengan selamat. kalau tak kerja ukur jalan dulu memang aku tak tau jalan dalam KL ni.
huhuhu.
eh bila aku sebut kerja ukur jalan, bukan maknanya aku kerja JKR tau.
itu perumpaan pada orang yang tak reti duduk diam, ada saja perkara yang boleh jadi alasan untuk berjalan.
sebab dah memang kaki jalan.


aku memang pesen suka jalan waktu malam sebab aku adalah penggemar lampu.
entan kenapa entah suka sangat dengan lampu.
rasa kagum je. bila tengok sinaran lampu yang unik tu.


pergi lepak NZ curry house.
ingat dah habis dah zaman lepak NZ ni.
rupa-rupanya sejarah berulang lagi. haih, menggamit memori betul.


then Choi mesej.


choi : awak kat mana tu?
aku : kat luar, choi.
choi : pergi mana?
aku : wangsa maju, choi.
choi ; buat apa kat sana? dengan siapa?
aku : jenjalan cari pasal je choi. huhuhu
choi : dengan siapa?
aku : dengan ehem ehem.
choi : dengan siapa, choi?
aku : dengan boyfren saya lah.
choi : Ooo.
aku : amboi, comel je Ooo dia
choi : dengan siapa?
aku : *tak puas hati lagi menanya choi ni* dengan geng opis saya, choi. awak ni macam ayah lah soal jawab saya macam ni.
choi : hahaha. saya caring daaa.


huhuhu.
bengang je aku. jawab sekali mesti tanya berkali-kali.
bila cakap dengan pakwe, bukan nak percaya.
korang jangan ingat dia cemburu. takde maknanya.
dia bukan tau erti cemburu. lagipun kami kawan brutal, kejadahnya nak cemburu.
tapi sebab dia tak percaya aku ni dah ada boyfren baru. huh!
siaplah, nanti aku cari boyfren baru betul-betul. 
hahaha.


then lepak NZ.
borak-borak pasal hal semasa.
topik opis paling utama.
sebab satu opis kan so banyak lah kontroversi.
yelah, banyak orang banyak ragam. segala luahan sakit hati, 
tak puas hati semua diluahkan malam tadi.
emo lebih. wah matiklah semua orang kat situ sakit telinga dengar.


tapi macam tak puas je nak borak.
sebab macam tak cukup masa.
kami bertiga.
sorang bercerita pun dah sejam.
kalau bertiga, 3 jam.
mana cukup. huhuhu.


then pergi Seri Gombak nak jumpa kawan kak dhiya.
kak dhiya jumpa sekejap je.
then balik.
balik tu pergi pulak lepak jambatan wawasan sebab nampak orang tengah 
siapkan pesta bunga tu kan.
lawa je lampu-lampu tu semua. serius cantik.
gerrrrrammm aku.
sesiapa ada masa, datanglah putrajaya esok sebab ada pesta bunga.
datang malam syok. boleh tengok bot berhias apa entah dalam tasik.
memang kagum lah.


aku tak tahulah kenapa kan.
lately aku rasa tenang. pelik aku.
ya. bila aku tenang, aku pelik ok.
sebab aku payah nak bertenang. huhuhu.
walaupun kepala sarat dengan macam perkara, tapi aku jenis kurang panik lately.


tapi penat tu tetap lah. penat otak.
banyak perkara tertangguh dalam kepala aku ni.
kadang kadang rasa macam ohmygod, aku nak lari jauh sekali.
tapi kemana je lah aku boleh pergi, kan?
packing bag pergi pulau sensorang pun cara jugak kan?
hahaha.
dah semua cari aku *bajet semua orang sayang*


oklah. kejap lagi aku merapu lagi.
nak pergi toilet jap.
bye

4 comments:

Unknown said...

x gi karok kt wangsa walk ke???

Reena Kamarudin said...

tak sempat lah.

kakcik said...

Seronok tak kerja ukur jalan tu? :)

Reena Kamarudin said...

Kakcik :
Hehehe. Seronok la jugak