Jun 22, 2012

Kerana kesentapan

Lately, aku dan choi macam renggang. Siapa choi? Malas aku nak
terangkan, entri-entri lepas ada sebot pasal dia.

Renggang bukan sebab gaduh ke apa. Cuma choi tu busy sekarang. Dia
aktif dalam dragon boat la itulah inilah.

Tapi, aku taklaH merajuk ke apa. Sebab yelah, aku tak peduli pun dia
nak buat apa. Cukup aku tau dia, selamat, hati aku dah lega.

Then malam tadi dia texted aku. Dia say sorry sebab tak mesej aku, tak
call aku sebab dia busy dan penat. Aku terus macam, alolololo suwit
lah awak ni tau. Tapi takdelah aku reply gitu.
Aku reply "yela".
Kahkahkah.
Kata tak peduli tapi reply yela je.
Tak. Aku tak sentap pun. Cuma aku balas pukul 2 pagi waktu bangun nak
ke toilet. Huhuhu.

Aku pun kejis juga. Kadang-kadang aku macam takde mood aku malas nak
jawab phone. Huhu.

Saja je nak buat entry ni nak bagitau choi tu aku sentap sikit tapi aku ok.
Kbye.

No comments: