Jun 25, 2012

Kerana inilah kisah saya selama dua hari di Karak

sabtu dan ahad aku di karak.
jadual memang padat. sangat sangat.
penat gilos oh.
sabtu 23 jun gerak ke Gambang Kuantan pukul 6am untuk hantar adik aku, Farah exam penolong akauntan W27. sekarang ni memang dah prosedur baru kot gred 27 je ada exam.
lulus kalu, baru interview.
aku bab bangun awal ni taklah masalah sangat.
sebab pi kerja pun bangun awal kan.
cuma nak gerak naik kereta awal-awal tu yang bercinta sikit.
dahlah sejuk. gelap pula tu.
dalam kereta, aku dan farah asyik menyanyi jelah.
tukang request lagu, farah.
bagi hilang ngantuk dan nervous si minah tulah.


tepat pukul 8.15 sampai UMP, tempat exam diadakan.
tak jauh dari susur keluar Tol Gambang tu.







budak ni kan, asal ada perkara yang melibatkan dia, mesti kasut dia buat masalah.
masa konvo, tumit patah.
ni masa nak ambil exam, tapak wedges tercabut.
nasib ada kakak dia yang gojes lagi baik hati ni jadi penyelamat.
aku kalau pergi memana pun, mesti bawa sandal/wedges spare.
takut jadi macam ni lah.
aku berleter juga kat dia.
aku tunggu dalam toilet, dia pakai sandal aku, pergi ambil kasut aku dalam kereta.








budak nebes nak ambil exam.
aku pun nebes sama.
dah lama tak lalui semua ni.
eh tetapi awal julai ni pun aku ada exam 3 hari.
baca apa pun tak lagi. matilah. terasa akan repeat je tahun depan. lololololo.
sementara tunggu dia exam 9-11 pagi, aku, ibu dan abah lepak tangga.
dah macam apa entah.
atenye, takde kerusi kan.
ibubapa lain pun duk lepak tepi-tepi kakilima.
aku tengok, abah dah dapat member. haih, cepat je abah ni dapat geng.
aku borak dengan ibu jelah.


dah setel semua, abah nak pergi rumah kawan baik dia kat felda lepar hilir.
nak jadikan cerita, kami dah lupa rumahnya kat mana.
puaslah duk pusing je.
ajaibnya, abah tak merungut pun.
sebab yang nak dituju adalah rumah kawan dia.
cer kalau rumah kawan aku ke, ibu ke, farah ke, maunya dia bising dalam kereta.
huhuhu.


lepak-lepak.
pukul 3 gerak balik.
aku memang dah penat gila babs dah.
aku kan tak boleh kena panas. huhu.
terasa nak menangis kot cuaca panas.
sampai ke dalam kereta rasanya terkena panas.


dalam pukul 5 sampai rumah.
setel hari tu. malam pula main badminton.
oh sangat penat.
aku tak main, cuma tengok orang main.
aku duk tepi berborak.


esoknya 24 jun, ke Felda Jenderak, Temerloh.
sebab nak hantar adik angkat ibu dan abah bertunang.
sebenarnya, ada kontroversi sikit aku, adik-adik aku dengan adik angkat ibu abah ni.
dulu-dulu, entah dari mana datangnya lelaki ni dalam family aku.
tetiba je hadir dalam hidup kami.
sebagai adik angkat ibu dan abah.
masa tu kami adik beradik tak suka. sebab yelah, tetiba je ada orang luar yang tak kenal menumpang kasih ibu abah kami.
walaupun tak duduk sekali, tapi macam pelik kot.
aku lah yang paling tak suka.
adik-adik lebih mengikut kot.


aku siap hantar mesej kat ibu bagitau yang aku tak suka lelaki tu,
tak suka ibu abah berbaik dengan dia,
tak suka dia menyusahkan hidup ibu dan abah.
pendek kata, aku kata, aku tak suka orang luar masuk dalam family aku
dan ambil kasih sayang ibu dan abah. poyokan?
kesian ibu. mesti dia sedih kan? jahatnya aku :(
memang ada kontroversi lah.


Roy la tempat aku mengadu.
sebab pada aku, tak relevan kot ibu abah nak ada adik angkat sebab lelaki tu muda 3,4 tahun dari aku.
kalau nak anak angkat pun aku tak suka.
dah ada 5 anak, lagi nak berangkat-angkat.


kemudian lelama cerita tu hilang sebab lelaki tu kerja KL dan dah tak datang rumah.
lately ni muncul semula.
dan muncul semula kontroversi.
huhuhu.
sebab dia nak ibu abah jadi wakil dia untuk meminang awek dia.
aku macam, kenapa nak menyusahkan ibu abah aku? 
ohya, lelaki ni dah takde mak ayah ok.
mak sedara ke apak sedara ke pun takde. ada pun entah mana.
so dari situ, hati aku boleh lembut sikit. bila aku fikir, sebenarnya ibu dan abah suka menolong.
jadi kenapalah aku ni tak faham-faham.
lagi pula ibu takde adik beradik. ibu sorang.
mungkinlah dari situ dia jadi sayang dengan adik jadian dia ni.
so aku pun rela hati mengikut.
sebab atas dasar, kesian dengan ibu.
asyik aku bangkang je. mesti sedih dia kan.







mak ayah nanti janganlah letak nama anak susah-susah. panjang-panjang.
kesian orang tua yang melangsungkan pertunangan tu nak sebut nama anak kita.
pak imam tu dahlah tua.
nak menyebut nama pepanjang dan bombastik tu terkial-kial dia.
hahaha.
kan dah kena tulis.
Abi sedang tulis nama bakal tunang dia. eh tersebut pula nama dia. huhuhu.








itulah dia lelaki kontroversi itu.
yang duk dua dari kanan tu. kira pakcik angkat aku la kan. kahkahkahkah.
lama dah dia hadir dalam hidup kami.
dah 5 tahun kot. 
masa dia belasan tahun lagi.
sekarang ni, i mean semalam lah baru aku boleh bercakap dengan dia dan gelak-gelak.
baru semalam aku boleh terima dia dalam hidup kami walaupun tak 100%. huhuhu.


dah semua orang pun kesian dengan dia.
makcik aku kesiankan dia sebab takde sedara mara.
pak itam aku *dua dari kiri* pun kesian siap tidur rumah pak itam aku lagi.
jadinya aku nak kata apa lagi?
so aku beralah :)


betullah kata abah.
kita ni sesama Islam. sedara seagama.
kenapa mesti nak berdengki.
aku bukan berdengki cuma aku tak dapat terima dia dulu as a part of my family.
huhuhu.
sekarang???
bolehlah...........








abah *baju kuning* jadi jurucakap bagi pihak lelaki.
masa ni aku sebak.
sebab yelah.
abah yang takde kena mengena dengan Abi boleh ke depan.
kenapa aku harus tak suka? hahaha. tak habis lagi luahan perasaan.
ni kalau Abi buat hal dalam family aku memang aku meroyan tahap dewa punyalah.
mess with me, fine. mess with my family, kau tau lah apa perempuan ni akan buat :)


majlisnya simple.
sangat simple.
hantaran simple.
dan layanan juga simple.
jiran-jiran tuan rumah makan kat meja.
tetamu *aku lah tu dengan adik-adik* makan bawah pokok tepi longkang.
nasib baik ibu dan abah dapat kerusi meja.
kalau tak, tak retilah aku.
patutnya utamakanlah tetamu.
bukan nak suruh kau hidangkan pun.
ni tak.
sekecik-kecik anak dia suruh duduk makan kat meja.
kang aku makan dalam rumah kang.


ibu tanya Abi
"bakal mak mertua awak ni tak suka kat awak ke? nak taknak je layan awak dan kitorang ni?"
hahahhaha. ibu, soklan pedas oh.
seriuslah. memang hancur layanan.
sampai time kami nak balik pun, mak dia boleh lagi berborak dengan jiran-jiran dia.
kami ni ha duk jelah macam tunggul.


"kang ada juga aku terbalik kan khemah ni kang"
aku dan adik aku Farah dah stat panas.


"sabarlah sikit"
abah jawab.
hmmm itu jelah yang abah tau.
sabar je taunya.
anak-anak panas baran. hahahaha.


sampai karak around 3pm.
aku dah bajet nak rehat je.
sebab lately aku memang tak cukup tidor.
aku nak balik putrajaya lagi pukul 5.
so ada dalam 2 jam tu aku nak rehat.
tapi tak boleh bila ibu kata, sepupu dia dah nak sampai.
huhuhu.
dah kena pergi kedai beli apa-apa yang patut.
yela tetamu datang takkan nak bagi minum air je.
kami baru je balik, tak sempat nak sedia apa-apa pun.
so aku beli kek pisang dengan pisang goreng.
hahahah. memang pisanglah tetamu semalam.


dalam sejam macam tu maklong lepak.
then diorang balik.
aku tarik nafas lega.
tetiba ada kereta stop depan rumah.
rupa-rupanya rakan sekerja ibu.
omaigod. hahaha.
tak payah buat air. guna air yang sama sebab tak habis lagi. kuajor tak? haha.
cuma aku tambah sikit je.
diorang datang nak lawat ibu sebab ibu dah seminggu tak pergi kerja.
kaki dia sakit.


sambil ibu borak, aku bersiap.
sampai putrajaya dalam pukul 10 malam.
memang penat gila lah.
sebab aku ni jenis kalau balik karak, aku jarang nak rehat.
aku suka habiskan masa dengan Mieya.
dengan adik-adik.
sebab itu je masa yang aku ada.
aku taknak bazirkan even satu jam pun dengan tidur lelama waktu petang.
kalau nak setakat tidur balik karak, baik aku duduk je kat putrajaya.
tidurlah pepuas. takde siapa kacau. huhuhu.


malam tadi aku tidur pukul 11.
memang tak sedar apa pun. konon nak tengok england italy.
tapi hampeh. england pun kalah. sedih.
takpe. italy je harapan aku sekarang.


ewah panjangnya entri.
k lah.
bye

No comments: