Jan 1, 2019

Kisah cinta tak kesampaian. Pertama dan terakhir aku ceritakan.

Benarlah kata pujangga, benda paling misteri di dunia ini adalah cinta.
Dan kau takkan pernah terfikir dan takkan pernah tersangkakan apa yang cinta mampu lakukan terhadap hidup kau.

Aku pernah melalui fasa fasa kekecewaan yang teramat sangat.
Kenapa aku kata teramat sangat?
Sebab aku bodoh.
Dan aku terlalu mengikut perasaan.
Aku bukan tak percaya pada takdir dan jalan yang ditentukan Allah, tapi aku ego.
Pada aku, kehilangan lelaki yang aku cintai itu akan membuatkan aku hilang kebahagian.
Tapi ternyata memanglah aku silap.
Akhirnya aku percaya, kita takkan boleh dan jangan sesekali meletakkan harapan terlalu tinggi terhadap manusia kerana, manusia tidak akan mampu memberikan apa yang kita nak.

Dan malam ini, aku ingin bercerita buat kali terakhir tentang apa yang aku rasa semasa aku bodoh dahulu.

Aku seperti korang juga. Mengharapkan lelaki yang kau cintai, yang berjanji sehidup semati dengan kau, untuk kekal dan terus menjadi yang terpaling kau cinta----selama-lamanya.

Kata manis, perhatian dia, ambil berat dia, membuatkan aku yakin, dialah lelaki yang Allah ciptakan untuk aku walaupun time tu sebenarnya sudah ada halangan. Tapi aku bodoh.

Dia terlalu ambil berat pasal aku ya.
Ibaratnya nyamuk pun dia tak bagi gigit aku.
Nak pergi kedai sekangkang kera pun dia tak bagi, suruh tunggu dia habis kerja.
Yes. Lelaki sweet itu wujud.

Namun, semua itu rupanya hanya sekadar pengalaman.
Untuk mendewasakan aku.
Untuk aku sedar, hidup tak seindah mimpi.
Untuk aku merasai, apa itu pahit dalam cinta.

Di mana bodohnya aku?
Ok adik-adik,mari aku cerita.
Ini pertama dan terakhir aku cerita.
Aku takkan cerita dah lepas ni.

Bodohnya aku adalah, aku depress. sikit. Mild je tapi kesan dia sehingga kini.
Aku buat apa?
Aku cederakan diri aku sendiri.
Aku ambil pisau, hujung dia yang tajam tu aku toreh toreh kat tangan aku.
Tapi bukan toreh untuk bunuh diri ya. Sebab bukan kat nadi.
Aku toreh sebab aku nak bagi sakit.
Aku nak tengok darah.
Bila sakit, aku rasa puas.
Sakit tu buat aku hilang rasa sakit di dalam hati.
Lantas setelah sakitkan diri aku buat apa?
Aku snap picture dan sent pada dia.

Tapi adakah itu mengubah keputusan dia?
TIDAK.

So di sini, ternyata aku lah yang BODOH.
Parutnya kekal hingga kini.

Selain itu aku buat apa?
Aku menangis 24 jam.
Bagi hilangkan rasa sedih, aku mesti kena tidur.
Tapi boleh ke aku tidur?
Tidak.
So aku buat apa?
Aku telan pil alergik aku sebab pil tu kalau makan sebijik memang kau akan khayal dan mengantuk. So aku telan 2 bijik terus.
Dan aku tidur 2 hari terus.

Ya, BODOH.

Itulah fasa-fasa bodoh aku.
Aku ambil masa terlalu lama untuk move on dan aku rasa kenapa aku sangat bodoh mengharapkan sesuatu yang takkan mungkin akan jadi milik aku dah.

Jadinya aku bangkit.
Aku lagi kuat mengaji, buat solat sunat, bangun malam tahajud.
Bukan aku nak tunjuk aku baik, tapi aku buat untuk diri aku.
Aku nak hilangkan rasa sakit itu.
Aku nak lupakan dia.
Aku taknak dah ingat dia.

Aku kuatkan hati untuk bangun solat malam.
Aku menangis mengadu pada Allah.
Aku kata, aku nak move on, Ya Allah.
Aku nak lupakan dia.
Aku dah taknak ada kaitan dengan dia lagi.

Dan ianya bukan sekelip mata ya adik-adik.
Bukan sekelip mata aku boleh lupakan dia.
Bukan sekelip mata lepas solat malam aku terus padam dia dari kotak ingatan aku ini.
Tidak boleh.

Cumanya aku jadi sangat tenang.
Lebih relevan dan semakin happy.

Adakah aku menyesal melalui semua ini?
Jawapannya tidak.
Kerana semua itu adalah kenangan, pengalaman yang banyak bagi aku pengajaran.

Dan selepas fasa heartbroken itu, aku tidak mampu lagi untuk jatuh cinta.
Aku biarkan ianya datang secara semulajadi, tanpa aku mencari.
Aku kawan dengan semua orang.
Aku kenal beberapa lelaki.
Hampir untuk melangkah ke fasa pernikahan namun tiada jodoh.
Dan aku tidak sedih.
Sebab aku lega.
Aku tidak bersedia untuk ke arah itu.
Aku cuma nak enjoy sebagai single lady masa itu.
Aku bebas keluar dengan kawan-kawan aku kemana saja aku mahu, tanpa perlu peningkan kepala untuk kononnya taat dengan teman lelaki. Bullshit.

Dalam pada bagi ruang untuk menjadi single lady, aku tetap buka sedikit pintu hati untuk kenal lelaki.
Tapi aku seperti tiada mood.

Aku rasa lega hidup sendiri.
Sebab tak payah peningkan kepala.
Sampai satu tahap, aku jadi geli geleman bila ada lelaki nak sweet sweet dengan aku.
Aku macam eewwww kau dah kenapa?

Yes to that extent ya.

Dan, aku slowly membuang rasa sayang, rasa cinta aku pada lelaki itu.
Ya.
Pada lelaki yang kononnya berjanji untuk menjaga aku sepanjang hidup dia.
Lelaki yang setiap masa mengucapkan rasa cinta dia.
Lelaki yang buatkan aku rasa selamat bila dengannya.

Semua itu hanya janji. Janji sampah. Dan akulah yang bodoh itu.

Dan apabila ada mulut mulut yang menyampaikan pada aku, cerita tentang dia, lantas dengan laju aku berpesan, cukup, aku tak mau dengar, aku tak mau lagi ambil peduli pasal dia.
Aku tidak stalk dia di laman sosial.
Aku sedikit pun tidak mencari dia.

Kuasa Allah.
Tiada siapa boleh menidakkan.

Aku bersyukur, yang mana akhirnya aku menjadi Reena yang kuat.
Yang takkan lagi bodoh mencintai manusia sepenuh hati.
Yang takkan lagi bodoh berharap pada manusia.

Dan aku bersyukur, aku melalui semua ini, sekurang-kurangnya aku ada memori yang aku boleh ingat sendirian dan tersenyum sendiri.

Cukuplah.
Aku tutup kisah pedih aku dengan cinta tak menjadi aku.
Cukuplah 2018 ini menjadi penamat untuk semua.
Cukuplah 2018 ini menyaksikan hati aku yang dihancurkan itu bercantum semula pada 2019.

Kepada semua, ambillah sebagai pengajaran.
Jangan kerana cinta yang belum tentu akan sehidup semati dengan kita, kita menjadi bangang.
Jangan terlalu berharap dengan manusia kerana di akhirnya, dia tetap tidak mampu mencambahkan harapan itu.

Kembalilah kepada DIA--Yang Maha Esa.

Selamat tinggal kisah pahit.

Selamat tinggal 2018.



Nov 5, 2018

Momen indah (kot) Part 1

Bila duduk sorang-sorang, terlintas di fikiran, betapa banyaknya benda yang berubah dalam hidup aku.

Betullah orang kata, masa merubah segalanya. Eh ke tu lagu? Eh tak kisahlah.

Kalau nak dibandingkan dulu and sekarang memang tak fair lah. Dulu is dulu, sekarang is sekarang. Mana mungkin boleh sama.

Cumanya secara jujur, aku rindu aku yang dulu.
Dulu aku seorang yang hmmm ceria mungkin. Haha. Bukanlah nak kata sekarang tak ceria. Cuma dulu, ceria aku lebih ikhlas.

Aku nak bawa korang ke momen 2013/2014 di Putrajaya.
2013/2014 were my hectic years. Chaos.
Tahap liar tu merata. Liar bukan maksud aku pergi clubbing, smoking, drinking, lelaki semua tu. Tidak.
Liar aku adalah pada kebebasan aku.
Balik kerja terus keluar merambu. Pukul 2-3 pagi baru sampai rumah.
Kemudian tidur 2-3 jam, bangun pukul 6.30 pagi pergi kerja.
Mata panda. Badan susut. Makan suka hati.
Masa tu happy sangat. Berdua je dengan dhiya.
Tak kisah dunia lain.
Hari-hari pergi  Petaling Jaya. Hari hari pergi KL.
Hari hari pergi Bangi, Kajang.
Duit habis isi minyak kereta je.
Tapi tetap happy.
Tetap rasa puas.
Puas dengan dunia bujang aku.

Putus cinta, kecewa, rejek lelaki, lelaki rejek aku masa tu was normal.
Aku kawan dengan semua orang.
Aku cuba juga untuk serius kawen tapi tak sampai.
Tak sampai tu sama ada sebab aku yang taknak or lelaki tu yang taknak.
Tapi aku persetankan semua tu.
Aku tetap happy.
Sebab---aku ada bff aku yang ada untuk aku.
Aku cinta kerja aku.
Aku suka life aku. Well, at that time.

Adalah a few things yang buat aku down well actually banyak. Tapi entah. Aku lalui dengan jayanya.
Aku boleh lalui dengan satu rasa yang puas walaupun aku di serang panik.
Tapi, selepas ribut, aku kembali happy.

Aku masih ingat, aku dan dhiya buat kerja gila, kerja sehari di sebuah pasaraya di Kajang.
Mega pasaraya. Nama rahsia.
Balik kerja opis terus ke sana.
Salin baju dalam toilet.
Kerja kami, cashier.
Ya Allah.
Penat gila 4 jam tak duduk.
Sebab kena isi barang dalam plastik.
Kena belajar dengan senior camna scan barang yang mana aku sangat bodoh nak faham.
Aku gabra kalau kalau aku tersalah scan then kena reset sistem damn i was so dumb at that time.
Tapi yang best, dapat cuci mata.
Ramai bro hensem wooo.

Tepat pukul 11 off.
Tapiiii. Tapi tak boleh berambos balik lagi. Sebabnya kena kutip semula barang yang manusia bangang yang tak reti simpan semula bila tak jadi ambil.
Ada gula di rak sabun. Stupid.
Ada teh di rak kasut. Double stupid.
Akhirnya 4-5 troli kami kaut.

So yes. Bila tengok cashier masam muka scan barang aku nowadays aku faham.
Penat tu tuhan saja yang tau.
Tapi itulah. Kalau senyum lagi hilang penat kan.

Pukul 1215 siap semua, baru boleh balik.
Esok, tak datang dah. Hahaha.
Kerja sehari yang sia-sia.
Masa interview kemain kata nak menambahkan sumber pendapatan. Adoi.

Jenis manja dua dua. Habis satu badan sakit sakit. Tobat tak mau dah. Mungkin lah sebab siang kami dah kerja di opis. Kalau tak, maybe ok je kot.
Kot lah.

Atau maybe memang dah jenis suka merambu bila malam.
So bila kerja, rasa tak fun.
Dhiya kaunter sana. Aku kaunter sini.
Guna gerakan mulut ajak berambos hahah.
Tapi sebab takut dengan akak cashier garang tu.
Dia asyik merengus je bila aku salah masuk barang.
Manalah aku tau barang apa tak boleh join dengan barang apa. Kalau sabun tu aku taulah tak boleh campor. Haish.
Nasib baik dia lebih tua je.

Ada satu momen.
Aku dan dhiya memang suka pergi uptown jalan reko. Sebab happening kot kat situ.
Kami suka beli ayam bob kat situ. Pedas dan crunchy.
Ada satu malam kami pergi sedangkan roadtax kereta dhiya dah seminggu mati.
Minah tu pulak jenis berani mati punya.
Masa nak balik, ada roadblock engkau.
Dari jalan 2 lane, jadi 1 lane.
Sebelum tau ada roadblock, bukan main karaoke dalam kereta lagu BPR Seribu Tahun Takkan Mungkin sampai nak terkeluar anak tekak.
Sambil makan ayam uncle bob.
Bila nampak je roadblock automatik dua dua diam. Off radio. Stop mengunyah.
Nafas masing masing terhenti. Huhu.

Memang berdoa semoga keajaiban berlaku. Damn. Polis tu siap suluh sebijik sebijik kereta. Tengok cermin depan bagai.
Tiba giliran kami, polis tu suruh jalan je wei.
Lepas pada roadblock tu masing masing tarik nafas lega, ketawa macam orang gila dan sambung karaoke. Hahaha.

Cari nahas kan.

Ok nanti sambung.

Jun 14, 2018

Kenangan masa raya dulu-dulu. Esok dah raya!

Pejam celik, dah masuk bulan 6 untuk tahun 2018.
Pejam celik, dah last ramadan hari ini.
Dan tiba-tiba esok dah raya.

ALLAHU.

Cepatnya masa berlalu. Meninggalkan setiap kenangan di celahan memori.
Yang takkan terganti.
Tapi sentiasa diingati.

Aku bila dah masuk akhir-akhir ramadan ni, hati mulalah emosi semacam.
Sayu.
Kenangkan insan-insan yang dah pergi meninggalkan aku.
Abang aku, terutamanya.
Hari itu, borak dengan ibu, aku cakap kat ibu, dah 10 kali Ramadan abang pergi kan bu.
Allah, rindunya.

Ini nak raya. Bila ambil gambar adik-beradik, rasa tak cukup korum. Tahun depan bulan 9 genaplah 10 tahun dia pergi. Jika dia masih ada, umur dia dah 36 sekarang.
Maybe dah berkahwin dan ada anak.

Teringat arwah nenek (mak ibu). Nenek dulu suka buat bahulu. Tukang bancuh, arwah atok. Hehe. Bancuh dalam pasu besar. Lepas tu bakar guna sabut kelapa.
Memang tradisional sangat. Tapi itu yang sedap melampau.
Terbau-bau lagi bahulu nenek.
 Bila raya, atok akan ke pekan rabu di Dong, Raub. Ingat lagi atok beli kain pasang untuk aku dan abang aku. Kaler kuning menyala bunga-bunga merah biru hijau.
Nenek jahitkan aku baju kurung, abang aku of course lah baju melayu telok belanga takkan baju kurung jugak kau ingat dia sajat? eh terbawang pulak.
Atok beli banyak meter. Lepas tu nenek jahit buat langsir.

Makanya, di pagi syawal yang mulia, sedondon la aku, abang dan langsir nenek. HAHA.
Tapi peduli apa. Janji baju baru, kan? Seronoknya bila ingat.

Arwah pakngah pula, pembekal mercun dan bunga api wei.
So malam raya, raban lah kami adik beradik main bunga api dan mercun berlawan dengan anak jiran atas bukit. 
Kiranya dorang anti lah dengan kami adik beradik HAHA sebab kami macam berlagak lah duduk bandar. Budak bandar. Padahal Karak je wei HAHA.
Lawak betul bila ingat.
Padahal duduk kampung juga kat Karak. Tapi sibuk menyamar jadi budak bandar HAHA. Manalah budak kampung nenek tak menyampah. Eii entah apa perangai masa kecik. 

Eh, ni aku nak cerita satu cerita yang betul-betul terjadi masa di rumah nenek (Raub, Pahang)
Setelah kematian atok, adalah sorang pakcik ni suka nau berhenti kat tingkap dapur rumah nenek stalk nenek basuh pinggan. 
Nenek tak melayan okay. Tapi sebab dah kenal lama, nenek jawab jugalah kan pertanyaan.
Kami yang cucu-cucu ni macam "eiii dia suka nenek ya. Eiii atok S suka nenek eiii"
Cam gitulah lebih kurang kami ejek nenek kongajor sangat kan. HAHA.
Nenek pasrah je.

So, lepas 3-4 tahun. Kami pun dah pandai lenjan motor pakngah bawa pusing kampung nenek. 
Selagi tak habis minyak selagi itulah dok buat pusingan jual muka ke apa tidaklah aku tahu.
Masa tu dah nak senja dah. Kami bawa motor sampai lalu depan rumah atok S. Kami tengok atok S tengah sandar kat kerusi malas dia tak berbaju.
Kami tegur dia kot. Tak sure sangat siapa yang tegur, syera ke farah. Aku memang taklah nak tegur, sebab aku tak ringan mulut. Dah tegur tapi atok S tak layan.
Ya, kami naik bertiga motor tu macam orang asli nak pergi cari petai dalam hutan HAHA.
Aku, farah, syera.

So kami pun baliklah rumah nenek. Dah maghrib. Dalam hati kemain cakap, eh, nenek kita tak layan dia, dia pulak nak sombong dengan kita.

Sesampai je di rumah, kami pun cerita kat nenek.
"Nenek, nenek. Tadikan kitorang lalu depan rumah atok S. Lepas tu kami tegur, dia tak jawab pun Nek" Haa lebih kurang gitulah dialog dia aku mana ingat sebutir sebutir dah lama kot.

Nenek macam kaget. Lepas tu nenek jawab
"Eh orang tua tu dah seminggu meninggal dunia. Dah dah pergi mandi"

Perghhh. Dia punya penangan. Sampai lembik lutut.

Habis tu siapa kat rumah atok S tu? Atok S tinggal sorang lepas kematian isteri dia.
Anak-anak dia duduk tempat lain.

Eh Farah. Kau ingat kan? Ya, kau mesti ingat. Ini pengalaman yang tak mungkin kita lupa HAHAHA.
Lama juga kami tak lalu situ. Kami rempit pi tempat lain pulak HAHA.

Kenangan sangat kan?

Ok sambung cerita raya.
Kalau ibu dan abah pulak, lain pulak caranya dalam membeli kelengkapan raya kami.
Walaupun kami hidup sederhana, tapi ibu abah tak pernah missed beli baju raya kami adik beradik. Termasuk kasut sekali.
Tiap tahun dari aku kecik sehingga aku dah pandai memilih maybe umur 12 tahun kot, ibu abah akan pergi beli berdua je.
Lepas tu tak bagitahu kami pun dah siap beli. Selalunya dua tiga hari sebelum raya, barulah ibu keluarkan plastik besar yang ada semua baju kami 5 beradik.

Berebutlah memilih padahal ibu beli ikut saiz.
Ajaibnya, saiz baju dan kasut yang ibu abah pilih tak pernah salah. Mesti muat.
Macam itulah rutin harian kami bila raya.
Baju kurung pula, kalau tak nenek, ibu yang jahit.
Yang plastik besar ibu beli tu, baju omputih lah. Seluar, gaun, tshirt etc.

Kalau ada kuasa macam doremon tu, aku nak masuk laci dia tu, nak pergi ke zaman dulu.
Nak tengok aku yang happy masa kecil yang tak payah pikir apa benda.
Lepas tu nak peluk reena masa kecil tu dan kata "be strong, girl. Jangan jatuh cinta dan bercinta dengan si polan tu kerap kau akan dipatah hati kan". haa gitew masuk bab cinta pula. Haha.

Ok cukuplah dulu.

Selamat Hari Raya korang. Ampun maaf dipinta yang jika ada kata-kata aku yang menyakiti korang semua. Aku faham kadang-kadang mulut aku macam hanat sikit, kan?
Haha.

Bye korang.
.