Hamaigad!
Ini kejadian benar-benar terjadi pada aku dalam sejam yang lalu.
Tadi, dalam pukul 10.40 malam, aku ke stesen minyak petronas yang
jaraknya mungkin 500 meter dari flat aku.
Aku berjalan kaki.
Ya. Walaupun aku penahkot, tapi kerana aku nak bank in duit, maka aku
terpaksa jua melangkah.
Di petronas itu ada cash deposit machine.
Ok.
Cerita bermula masa perjalanan pulang sambil menyedot latte nescafe
hasil rembatan di petronas, aku berjalan laju.
Takot woh!
Tiba-tiba, tak sampai 3 langkah di kanan aku, aku terpandangkan satu
lembaga hitam sedang duduk di akar kayu.
Hantu?
Ya. Hantu.
Tapi hantu ada kaki tangan lengkap semuanya.
Hantu itu sedang bercakap di telefon.
Mula-mula aku buat tak peduli saja. Hantu? Apedehal der? Ewah.
Berlagak. Hantu manusia memanglah kau tak takot, reena! Cuba kalau
betol, aku rasa histeria juga aku di situ.
Mata aku terbeliak bila aku menyedari apa yang hantu itu sedang buat
selain bercakap di telefon. Kerana ia sangat jelas!
Aku terus nak muntah!
Kembang tekak.
Sumpah seranah dalam hati.
Hantu terkejot tengok aku.
Lantas dia stopkan tangan dia dari buat apa yang aku nampak.
Terasa nak muntah time tu.
Kenapa harus aku yang menyaksikan perkara durjana itu.
Sumpah aku tak lalu nak sedot latte lagi.
Aku geli. Geli geleman. Benci. Sakit hati.
Terasa nak samak biji mata aku kerana tertengok perkara durjana itu.
Ok.
Tarik nafas.
Cuba lupakan apa yang aku nampak.
Tapi, ianya datang kembali.
Istighfar.
Ohya.
Terasa nak tengok england vs. Ukraine kejap lagi.
Tapi tak tahu mampu ke tak.
Aku harap sangat-sangat england ke suku akhir. Favret team dari world
cup 98 tau. Hehehe.
P/s : korang dah cukup dewasa kan? Dah boleh fikirkan? Ohya, hantu itu
dikenalpasti dari dialeknya adalah warga-you-know who garuda.
No comments:
Post a Comment