Isnin hingga rabu aku adalah di Port Dickson untuk jadi urusetia kursus :) layan jela pic yang aku sempat snap ya.
pandangan dari balkoni apartment kami. satu apartment ada 3 bilik. bilik ok lah. bila petang duduk kat balkoni tengok laut sangat heaven. i justttt loveee laut so much. rasa tenang tapi dalam pada tenang tu takut jugak dengan tsunami :p
tak sangka dah berapa lama tak mandi laut tapi that day aku pi mandi. tapi dalam 2 jam je la. satu lagi aku takut sunburn kahkahkah.
the penceramahs.
menda atas ni adalah kayu blok.
kau kena susun kayu blok ni ikot gambarajah yang diberi.
memang menguji minda la kot.
penceramah ada bagi free kat aku dan watie (urusetia)
so malam tadi before tidur aku try la susun.
dapatlah dua dulu yang berjaya.
memang ralit la main menda ni.
menguji minda dan merangsang sel neuron kita ecewah.
peserta membuat persembahan. kelaka kot asyik gelak je aku.
the pool. pun aku mandi. tibai je la.
abang opis. yang belah kanan tu datang kat aku satu hari di opis mintak tolong donlod lagu. ingatkan lagu apa rupanya lagu "sayang apa kabar denganmu disini ku merindukan kamu" ala lagu yang Shae nyanyi tu. alolo muka ganas minat lagu gitu.
kami menuju ke pantai untuk mandiiiii
lalalalala mesti tqah akan kata whatevaaa bila aku up pic macam ni.
kami lagi.
hahah riangnya yang dua di belakang tu.
bosan menjadi urusetia maka beginilah aku :p
hahaha. suka hati akulah nak up banyak mana. ada lagi ni tapi tunggu nanti. bagi kau terseksa sikit sikit baru best.
Bersiaran secara langsung dari dewan Sri Menyala, The Regency Hotel
yang tak berapa nak best lah best pun sebab ada laut je. Huhuhu.
Menunggu peserta menyiapkan tugasan so aku yang urustaksetia ni
haruslah bosan kan.
Semalam petang pi jadi dugung eh duyung mandi laut tapi tak puaslah
kejap je dalam 2jam. Aku bukanlah suka sangat mandi laut tapi bila
dapat tu, macam bebudak jugalah kennn.
Hmmm.
Sedihkan bila orang yang pernah kita sayang, yang pernah sayang kita,
tiba-tiba jadi orang yang paling asing, paling jauh dari kita. Bila
dia yang dulu sering menyibuk hal kita walaupun kita rimas tapi
sekarang kau kau, aku aku. Bila dia yang dulu risaukan keselamatan
kita, tapi sekarang suka hati kau lah nak ikot jalan sunyi pun aku tak
kesah. Sedihkan.
*masukkan efek lagu bila cinta ini tak lagi bermakna* hahaha
Tapi itulah. Nama pun lumrah hidup.
Dan adalah sedih bukan bila kita tau mak ayah kita tengah sedih tapi
kita sebagai anak dah tak tau macamana cara nak bagi mereka happy
unless penyebab kesedihan mereka itu menggembirakan mereka semula
*masukkan efek lagu oh ayah oh ibu dengarlah rintihan dan luahan
hatiku...*
Apapun yang berlaku dalam hidup aku sekarang, aku harus positif kan.
Heh. Dahlah. Kbye.
hai selamat pagi semua. bagaimana dengan isnin anda? kecewa harimau dibaham singa? well what to say kan? nak komen lebih tidaklah ku tahu pasal bola. tapi kecewa itu ada sikitlah dalam saya punya hati. huhuhuhu. why harimau? why? Y U NO WIN? malam tadi selain bola ada semi final juara lagu. serius selama ini tidak aku kesah lagu mana masuk final semua tu. tapi sebab ada favret band aku-Drama Band so aku tengok malam tadi sebab ada pengumuman 12 lagu ke final. aku tunggu je dengan sabar pengumuman. sampai ke sudah takde. maknanya apa? maknanya lagu mereka tak layak la kan. kecewa lah jugak sebab aku nak sangat tengok mereka beraksi di pentas final ewah ada macam pengacara tak? lepas tu lagu anak kampung lepas? aku macam watdehel weh? lagu macam tu pun lepas ke? kesengalan apakah juri ini. aku perhati je tivitiga ni tau. kalau dalam tahun tu, lagu tu in sangat, trending sangat, mesti lepas masuk final. macam lagu mukabuku tu. tak masuk final pun takpe ok. phewww. mungkinlah lagu drama band tu macam simple sangat kan tapi kalau nak cerita pasal simple, lagu lain pun lagi simple. nasib baik lagu Ku Akui Hafiz masuk. itu favret jugak tu. hmm takpelah drama band, yang penting awak cute. eh. kejap lagi nak berambus dah ke PD sebab jadi urusetia kursus. sampai rabu. so sila rindu aku tau. kita kalau baru kenal orang, janganlah cepat percaya pada orang tu. selidik dulu betul-betul siapakah gerangannya. then baru decide nak berkawan rapat ke tak. tapi kalau dah tau pun pasal dia, jangan letak 100% kepercayaan pada dia. sebab bila dah terkena, hati merana jiwa terseksa.
ini tanda lelaki tu tak serius dengan kau. sila baca dan sila faham. janganlah asyik terpedaya je kerjanya. silalah jaga diri. jaga perasaan sendiri. jangan terlalu mengejar cinta yang entahapeape tu. sekian.
sekarang suka lagu ni sebab selalu dengar dalam radio so dah tersuka.
see. bila kita dah selalu dengan sesuatu, kita jadi tersuka. so bercintalah selepas nikah mesti best. eh.
lagu ni best kan. mula-mula dengar macam tak best then lelama best. lagi pulak vokalis dia cute. lepas tu nyanyi tak buka mulut tapi suara still sedap. lepas tu mulut comel je bila nyanyi lepas tu suara sedap eh dah puji tadi tapi takpe puji lagi. eh pendek kata aku suka la brader rock macam ni macam effortless je tapi tetap cute. takde ke penyanyi rock nak kat aku? hahahah. Alleycats tak termasuk senarai. kbye.
minggu ni minggu busy. then next week isnin sampai rabu ke PD jadi urusetia kursus.
hmmm. hujung-hujung tahun ni memang busy tu berganda la kan.
tapi takpe. lagi sebulan lebih nak masuk 2013. harapan 2013 adalah?
supaya jadi tahun yang the best untuk aku dan semua.
tapi every year pun berharapan macam tu.
but ofkos ada yang terbaik dan ada yang terbalik. it depends.
tak semua yang kita impikan akan dapat. am i right?
selalu apa yang kita nak tu mesti tak dapat and vice versa.
tapi kengkadang, bila kita dah terdapat apa yang kita taknak tu kan, ekceli, that's the best for us.
percayalahhhhhhh.
cuma kita lambat nak sedar diri T___T
kadang-kadang hidup ni banyak kebetulan kan.
selalu sangat banyak kebetulan tu.
contoh pertama.
pernah tak korang jenjalan memana tetiba terbau sesuatu like perfume ke kentut ke then bau tu macam buatkan korang teringat pada seseorang atau pada sesuatu kejadian?
tiba-tiba out of nowhere, pergi kedai then bammmm terbau perfume siapa entah then teringat pada kenangan lalu sebab perfume tu lah perfume pertama kita pakai masa dating dengan si dia.
huhuhu hover.
lebih kurang macam tu la.
contoh kedua.
perkataan "lama dah aku tak..." dan "tak pernah pun aku..".
contoh ayat "lama dah aku tak jumpa si polan ni"
then tetiba dua tiga hari tu terserempak si polan tu di suatu tempat.
"tak pernah pun aku ke situ"
tup tup member ajak lepak ke situ.
see all the kebetulans tu?
yeah ofkos itu plan Allah tapi biasalah manusia, still nak panggil kebetulan.
but i like that way.
bila merindui sesorang tu tetiba terdetik hmm lama tak jumpa dia.
then tetiba terjumpa. selalu.
ni adalah traffic blog aku.
means, bila ada orang buka blog aku dari mana-mana tempat, so tempat tu akan keluar di tepi ni.
tapi aku tak taulah menda ni boleh dipercayai atau tak.
tapi aku peduli apa kan, dah aku letak so haruslah aku percaya.
so heyyyy orang California *lambai-lambai manja*
ni mesti student Malaysia belajar sana mungkin dia search google then keyword yang dia nak cari tu terbawa dia ke blog aku.
apa pun terima kasih menjengah blog merepek aku ni.
yang Rompin tu mesti sedara mara aku sebab dia buka entry perhimpunan Mahira tu.
ada perkara random yang sering berlaku dalam hidup kita kan. seperti 1) bersetuju dengan pendapat / kata-kata seseorang so that dia tutup mulut dan berhenti bercakap. annoying maybe? 2) dua perkara yang perempuan idamkan a) berat badan turun b) makan. 3) segala kenangan yang tiba-tiba menerjah dalam fikiran dan akhirnya membuatkan kita tersenyum walaupun hidup sekarang penuh dugaan. 4) LOL bermaksud "laughing out loud" tapi makna tersiratnya adalah "i really have nothing to say". selalu buat macam ni. 5) saat itu di mana kita ketawa dengan galaknya dan cuba untuk berhenti ketawa but once terpandangkan muka orang yang buatkan kita ketawa, demmm, kita ketawa lagi dan tak boleh berhenti. 6) ucap "SAMA-SAMA" bila seseorang tak / terlupa mengucapkan terima kasih kepada kita. 7) sooooo (so tapi dengan nada panjang) dan hmmmmm bermaksud, saya tak tau nak borak apa lagi tapi saya taknak berhenti berborak dengan awak. 8) masa kecil, selalu ingat bulan ikot kita. 9) sebelum tidur, selalu berangan perkara yang best-best berlaku pada diri sendiri. seperti berangan menjadi awek beckham, mungkin. heh. 10) membiarkan telefon berbunyi dan tidak reject call sebab takut si pemanggil tau kita taknak cakap dengan dia. alasan selalu, pergi mandi. 11) suka bila ketawa seseorang lagi kelakar daripada lawaknya. Johan selalu buat ketawa yang ohsemm. 12) oh mickey! you're so fine, you're so fine you blow my mind. hey mickey. hey hey mickey. mengaku jelah yang korang menyanyikan ayat di atas tu kan. 13) saat itu di mana kita cuba bagitau perkara / cerita sebenar tapi kita terketawa dan danggg diorang ingat kita reka cerita. 14) berpura-pura main mesej sebab taknak di tegur oleh orang yang kita taknak jumpa. 15) tak kiralah berapa umur kita, bila "kehilangan" emak di supermarket, kita akan panik. 16) jawab "tak ada apalah" sebab malas nak ulang ayat yang sama. 17) padam keseluruhan password sebab tersalah satu huruf / number.
ceritanya begini haha belum apa-apa dah nak bergosip. macam ni, hari tu ada orang pinjam kalkulator aku *ekceli aku tau la siapa yang pinjam* tapi better off the record haha sebab reputasi dia kena jaga. then dia kata dia dah pulangkan tapi masalahnya takde. ok dah hanyutlah kan. takpe. then gunting aku pulak. memang pergi tak kembali dah. kemudian hari ni selotape aku pulak. haih. sabar je lah. ohya. pagi tadi semangat gila nak buat kerja sekali HRMIS macam cibs je lembap nak mamp. ecewah salahkan HRMIS pulak tapi memang betul kot. sabar jelah acik. dari rabu sampai semalam aku adalah di karak. menghabiskan baki cuti yang tak berapa nak ada tu. so on Thursday kan ma'al hijrah. bangun awal kot kata nak berhijrah. so buka tivi ada siaran langsung perhimpunan ma'al hijrah. takde lain, nak cari muka rakan sekerja yang dah sound awal-awal supaya tengok dalam tivi kot-kot muka diorang masuk. tiba-tiba kamera fokus pada seorang muka yang aku nampak 5 hari seminggu iaitu Kak Ani, rakan sekerja aku. hahaha. eksaited terus mesej dia.
aku : reena nampak muka akak dalam tivi. huhuhu
kak ani : yeke? cun tak?
*bunyik cengkerik dan aku terus mengabaikan mesej tersebut* lepas tu aku ajak abah ibu ke Deer Land di Lanchang, Pahang dalam 30 min dari Karak. ala saja je nak bawa Mieya jenjalan sebab dia suka tengok binatang.
me and mieya.
habis bedak compact aku dipecahkan sebab dia dah pandai nak melawa.
aku nak bagi binatang ni makan? memang tak lah. aku ni apa je yang tak takut.
badan je besar tapi my god, tak taulah kenapa apakah aku penakut sangat.
tapi aku tau, aku lebih kepada geli.
farah : try la bagi dia makan. dia bukan gigit pun.
aku : eiii taknaklah. taknak. aku takut
haha dia punya taknak tu macamkan kena paksa.
ini adalah rusa ya adik-adik. kot kot la tak kenal.
nak juga pomps ni. nak ambik lah ambik lah.
mieya lek je bagi rusa makan. lepas tu tangan dia penuh ailiyo rusa tu eeeuwwww.
ibu bagi anak-anak makan.
ni kasawari. tiba-tiba dia patuk tangan farah. ha rasakan kau.
errrr geli geleman aku.
kau tengok budak ni. lek je dia pegang-pegang siap cubit cubit lagi albino ni.
memanglah dia pasif tapi errr aku geli kot dengan kulit dia.
memang aku takkan pegang. farah kata kulit dia sedap dipegang.
eii tolonglah. time taip ni pun geli geleman aku.
dia siap tarik ekor ular tu. my god kenapa lah kau begini, mieya.
genetik siapa yang kau ikot ni.
masa kat sangkar apa nama ni ala lupa pulak. hmm jap nak tanya kak nora. ok kak nora kata iguana. masa kat sangkar ni aku tak nampak tau iguana ni. aku pun duduk jelah dekat jaring-jaring tu sebab nak cari binatang apakah dalamnya.
aku : kosong kot sangkar ni.
farah : yang dekat kau tu apa?
sekali zoommm mata aku terpandang menda hijau ni terus terkejut aku ke belakang. macamanalah aku tak nampak hoi kau di situ. ngeri aku bila teringat. kalaulah aku terpegang dia, mau seminggu aku mimpi ngeri. aku memang penggeli binatang kecuali kucing dan ikan. tapi ikan belut aku geli. binatang yang aku geli dan takut macam arnab, katak, lipas, cicak, ular dan banyak lagi lah. tak faham sungguh. ibu kata dulu ada beruang nama Muda tapi masa kami pergi tu dah takde. tak taulah kemana abang Muda ni pergi. ibu memang taulah kan dah katanya kerja Jabatan Perhutanan so menda ni biasa je pada dia. anak-anak je yang jaks semacam. Kuala Gandah tempat gajah abah tak mau pergi sebab 2 minggu lepas diorang dah pergi sebenarnya. kira kali ni nak puaskan hati aku je padahal aku nak sangat pergi melawat cik jah tu semua. eh tapi aku dah pernah pergi juga 3 tahun lepas tak silap. seram ok tengok gajah lalu sebelah kita kot-kot dia naik minyak mau nya dia pijak kita. that's why abah taknak pergi dah sebab bimbang gajah naik minyak walaupun ada penjaga terlatih. so sesiapa nak datang tengok gajah di Kuala Gandah meh la. bukan jauh pun dari KL tu. kenalkan anak-anak tu dengan alam sekitar. best wa cakap lu.
antara pic yang aku googled. so, marilah reramai datang ke Lanchang, Pahang. sebelum tu singgah dulu Karak ambil aku kita pergi sama-sama. hehehe.
dan
siapa nak lemak pipi aku eh bukan pipi saja tapi satu badan sila pm aku kay aku bagi free. kbyeeeee