Nov 26, 2012

Kerana bola oh bola dan lelaki kalau tak serius.......

hai selamat pagi semua.
bagaimana dengan isnin anda?
kecewa harimau dibaham singa?
well what to say kan? nak komen lebih tidaklah ku tahu pasal bola.
tapi kecewa itu ada sikitlah dalam saya punya hati.
huhuhuhu.
why harimau? why? Y U NO WIN?

malam tadi selain bola ada semi final juara lagu.
serius selama ini tidak aku kesah lagu mana masuk final semua tu.
tapi sebab ada favret band aku-Drama Band so aku tengok malam tadi sebab ada pengumuman 12 lagu ke final. aku tunggu je dengan sabar pengumuman.
sampai ke sudah takde.
maknanya apa? maknanya lagu mereka tak layak la kan.
kecewa lah jugak sebab aku nak sangat tengok mereka beraksi di pentas final ewah ada macam pengacara tak? lepas tu lagu anak kampung lepas? aku macam watdehel weh? lagu macam tu pun lepas ke? kesengalan apakah juri ini. aku perhati je tivitiga ni tau. kalau dalam tahun tu, lagu tu in sangat, trending sangat, mesti lepas masuk final. macam lagu mukabuku tu. tak masuk final pun takpe ok.
phewww.
mungkinlah lagu drama band tu macam simple sangat kan tapi kalau nak cerita pasal simple, lagu lain pun lagi simple. nasib baik lagu Ku Akui Hafiz masuk. itu favret jugak tu.
hmm takpelah drama band, yang penting awak cute. eh.

kejap lagi nak berambus dah ke PD sebab jadi urusetia kursus.
sampai rabu. so sila rindu aku tau.

kita kalau baru kenal orang, janganlah cepat percaya pada orang tu.
selidik dulu betul-betul siapakah gerangannya.
then baru decide nak berkawan rapat ke tak.
tapi kalau dah tau pun pasal dia, jangan letak 100% kepercayaan pada dia.
sebab bila dah terkena, hati merana jiwa terseksa.


ini tanda lelaki tu tak serius dengan kau.
sila baca dan sila faham.
janganlah asyik terpedaya je kerjanya.
silalah jaga diri. jaga perasaan sendiri.
jangan terlalu mengejar cinta yang entahapeape tu.

sekian.

1 comment:

Anonymous said...

jangan ditipu PERASAAN kerana anda nanti akan jadi PERASAN...Lelaki gemar memberi 1001 alasan sebab anda tempat meluahkan segala alasan...katakan kepada lelaki2 itu...saya dah ada yg lain habis cerita....padan muka dia