Nov 19, 2012

Kerana perkara random yang berlaku dalam hidup kita. mungkin.

ada perkara random yang sering berlaku dalam hidup kita kan.
seperti

1) bersetuju dengan pendapat / kata-kata seseorang so that dia tutup mulut dan berhenti bercakap. annoying maybe?

2) dua perkara yang perempuan idamkan a) berat badan turun b) makan.

3) segala kenangan yang tiba-tiba menerjah dalam fikiran dan akhirnya membuatkan kita tersenyum walaupun hidup sekarang penuh dugaan.

4) LOL bermaksud "laughing out loud" tapi makna tersiratnya adalah "i really have nothing to say". selalu buat macam ni.

5) saat itu di mana kita ketawa dengan galaknya dan cuba untuk berhenti ketawa but once terpandangkan muka orang yang buatkan kita ketawa, demmm, kita ketawa lagi dan tak boleh berhenti.

6) ucap "SAMA-SAMA" bila seseorang tak / terlupa mengucapkan terima kasih kepada kita.

7) sooooo (so tapi dengan nada panjang) dan hmmmmm bermaksud, saya tak tau nak borak apa lagi tapi saya taknak berhenti berborak dengan awak.

8) masa kecil, selalu ingat bulan ikot kita.

9) sebelum tidur, selalu berangan perkara yang best-best berlaku pada diri sendiri. seperti berangan menjadi awek beckham, mungkin. heh.

10) membiarkan telefon berbunyi dan tidak reject call sebab takut si pemanggil tau kita taknak cakap dengan dia. alasan selalu, pergi mandi.

11) suka bila ketawa seseorang lagi kelakar daripada lawaknya. Johan selalu buat ketawa yang ohsemm.

12) oh mickey! you're so fine, you're so fine you blow my mind. hey mickey. hey hey mickey.
mengaku jelah yang korang menyanyikan ayat di atas tu kan.

13) saat itu di mana kita cuba bagitau perkara / cerita sebenar tapi kita terketawa dan danggg diorang ingat kita reka cerita.

14) berpura-pura main mesej sebab taknak di tegur oleh orang yang kita taknak jumpa.

15) tak kiralah berapa umur kita, bila "kehilangan" emak di supermarket, kita akan panik.

16) jawab "tak ada apalah" sebab malas nak ulang ayat yang sama.

17) padam keseluruhan password sebab tersalah satu huruf / number.

No comments: