Makin dekat tarikh, makin aku takut.
Makin aku rasa gelisah.
Aku tak pasti kenapa. Tapi itulah yang aku rasa hari-hari.
Aku mohon Allah permudahkanlah segalanya.
Dalam meniti alam remaja dan dewasa ini, aku rasa cukup banyak pengalaman hidup dan pengajaran yang aku dapat.
Aku rasa sangat bertuah dapat merasai semua pengalaman itu.
Walaupun semasa nak hadap tu, aku rasa cemas, takut, rimas dan semak, tapi bila di ingat kini, rasa nak gelak pun ada. Rasa lucu.
Mana aku boleh lupa aku masuk bilik pengecaman di balai polis Putrajaya untuk cam orang jahat yang buat kawan aku. Gila ketar wei. Walaupun orang jahat tu tak nampak, but still aku rasa cuak. Mahunya tak cuak, kang buatkan bila dia keluar dia dendam dengan aku,mati aku wei. Hahaha tapi bila fikir aku nak tolong kawan, maka aku hadap je.
Tapi sebelum tu, kami upah dulu kaki pukul. Kami tu merujuk pada aku, Dhia dan Sha. Ya. Perempuan tiga orang ni gila. Upah kaki pukul sebab nak pergi pukul jantan tu lah. Tapiiiii hahaha kaki pukul pun penakut. Ikut undang-undang katanya. Hahahaha mengabihkan duit je, Lawak betul. Konon pergi siasat sampai ke depan rumah jantan tu tapi bila dah sampai depan pintu, dorang berdua (kaki pukul) takut nak ketuk katanya takut menceroboh.
Wei, kami upah tu sebab nak korang ceroboh dan takutkan jantan tu dah korang pun takut apehalllllll.
Bila ingat semula, eii bodoh sangat ni perangai dulu. Tahun 2013 kalau tak silap. Tua sesaja tapi bongok memasing.
Blind date adalah dua tiga kali.
Konon berkenalan thru fb/wechat (ya aku dak wecet dulu). Lepas tu ajak jumpa. Aku dan Dhia lah skodeng dulu dari jauh. Agak agak tak berapa kenan, tinggal terus. Ya Allah jahat betul. Sori lah. Masa tu tak rasa bersalah. Tapi bila ingat semula, hmmm tak baik permainkan orang.
Broken hearted girl.
Ya. Sepanjang aku hidup, cinta monyet tu banyak (lebih pada 2 kira banyak lah kan).
Tapi hanya dua kali aku rasa patah hati sangat sangat.
Iaitu bila aku ditinggalkan.
Kalau aku tinggalkan, tak rasa apa hahahaha.
Kalau ditinggalkan tu aduh pedih.
Cerita pasal patah hati pertama rasanya dah banyak aku ceritakan di sini. Malas dah aku nak cerita.
Tapi cerita patah hati kedua ni memang aku tak cerita sesiapa.
Hubungan aku dan dia, putus sebulan sebelum aku kenal tunang aku.
Kenapa? Sebab dia tak boleh terima anak anak buah yang aku jaga, Mieya dan Mika.
Kami serius setahun lebih, satu hari dia cakap "i nak anak sendiri dengan u, taknak lah campur dengan budak lain"
Budak yang kau cakap tu adalah amanah dari Allah untuk aku.
Masa dia cakap macam tu berdesup aku rasa nak jerit kuat kuat.
Tapi aku sabar. Aku cakap, kalau aku terangkan pun(seperti yang selalu aku buat) dia tetap takkan terima. Dia cakap buang masa lah macam tu serius dengan aku. Then dia kata, kalau hari-hari bergaduh pasal ni, baik berpisah.
Dan, kami pun berpisah jelah. Bulan 5 2018.
Berpisah pun masih tak buang nombor memasing at that time so aku dapat tau dia eksiden patah kaki. Takde motif kan aku bagitahu dia eksiden kan, cuma nak cakap je. Hahahaha.
Sedih memang sedih.
Tapi sebab dia lagi muda dari aku, 3 tahun so aku rasa, malas lah nak fikir.
Satu rahsia aku nak cerita.
Aku tak pernah bersungguh berdoa untuk jodoh sepanjang hidup aku.
Ya. Tak pernah. Tapi tak berdosa kan. Hehehe.
Aku tak pernah fikir jodoh tu sesuatu yang penting.
Kawen tu nak, tapi taknak terlalu berusaha taknak desperate.
So tiap kali solat, aku rasa aku tak pernah bersungguh berdoa mohon cepatkan jodoh.
Yes,never.
Maybe i was too tired to involve in a relationship.
So aku meredhai.
Sehinggalah aku putus dengan patah hati kedua tu, suatu malam, selepas solat isyak, aku berdoa sesungguh sungguhnya mohon Allah ketemukan jodoh aku dengan lelaki yang sederhana, yang baik, yang solat 5 waktu, yang menerima aku kerana Allah, yang penyabar, yang akan memahami keadaan keluarga aku.
Itulah rasanya, kali pertama aku berdoa sesungguh begitu.
Aku mengadu pada DIA, aku dah taknak terluka dan melukai.
Aku nak mulakan hidup baru.
Aku nak menjadi lebih baik, di tunjukkan jalan yang lurus dan aman.
Sampai menangislah aku berdoa time tu hehehe.
Dan pada birthday aku 2018, Julai, tunang aku hadir dengan smooth dan menyenangkan (walau pada mulanya aku rasa semakkkkk gila dengan dia, dengan orang yang kenalkan dengan semuanyalah) tapi dia tak memaksa. Dia cakap, niat dia ikhlas. Kalau sekadar berkawan, dia taknak teruskan persahabatan sebab banyak buruk dari baik.
Aku balik rumah, cerita pada ibu.
Ibu kata, solat, minta petunjuk, jika dia baik untuk Ngah, ibu restu.
Sebelum tidur kepala aku macam di ketuk.
WHAT IF, inilah doa aku yang ALLAH dengar dan perkenankan.
WHAT IF he is the one.
So aku buka hati.
Dan 28 Disember ini kami akan disatukan.
Semoga dipermudahkan.
Nak cerita pasal dia (tunang aku) masih terlalu awal.
Tak hidup bersama lagi so tak tau rentak.
Tapi sepanjang aku kenal dia, dia lah aku rasa lelaki terbaik untuk aku.
Kesabaran dia, sifat bertolak ansur dia, biarlah aku sorang je yang tau.
Dengan dia, aku tak terlalu awal develop rasa cinta.
Step by step. Sikit sikit aku jatuh cinta dengan dia.
Sehinggalah aku bersetuju untuk kawen dengan dia.
I hope and i pray he is the only one till my last breathe.
Malas dah nak kenal orang baru hahahah eiii penat nak mulakan perkenalan, nak start kenal seseorang tu bukan senang okay. MALAS.
That's all for today.
BYE KORANG.
No comments:
Post a Comment