Jun 2, 2019
Dia.
Sedang aku menaip entri ini, mata aku dah layu bahana telan panadol dua biji sebab sakit kepala teramat sangat.
Namun, teruskan juga menaip sebab, aku rasa nak merepek barang sekeping dua ayat.
Raya lagi 3 hari.
Iya, lagi 3 hari, tapi aku langsung tak ada feel.
Mungkin sebab aku dah semakin tua. Mungkin sebab aku rasa, kemeriahan hanya cukup dengan berkumpul satu keluarga. Itu sudah membahagiakan aku.
Dan,
Raya tahun ini mungkin (InsyaAllah) akan jadi raya terakhir aku sebagai wanita solo.
Tahun depan (InsyaAllah) dah berdua dengan suami tercinta cewah.
Tiada aral melintang, aku akan menamatkan zaman bujang end of this year :(
Hahaha. Ikon sedih.
No, bukan aku kena kawen paksa tau.
Ianya mungkin, aku sedih sikitlah nak tamatkan zaman solo, yelah zaman ikot kepala sendiri nak buat apa sahaja huhu.
Aku pernahlah bagitau dia yang aku macam tak sedia lagi nak kawen tahun ni. Dan aku rasa macam sedih nak akhiri zaman single. Dia macam "laaa kenapa? tak suka ke kawen dengan saya"
Haa gituh dia punya kesimpulan.
No. Bukan tak suka. Entah. Hanya aku dan Allah saja yang tahu apa yang ada dalamhati aku.
Tapi bila fikir semula, kalau ikotkan kepala aku, sampai tahun depan pun takkan jalan majlis.
So aku kena juga ambil kira perasaan dia dan impian abah nak tengok ada orang jaga aku sebelum abah tutup mata.
Dan sampai bila nak kehulu ke hilir tanpa ikatan halal. Gituh.
Sebelum kenal dia, aku tak pernah dah simpan hasrat nak kawen setelah heartbroken gila-gila sebelum ini.
Aku selalu kata, ahhh lantaklah, buat apa sesak kepala fikir pasal lelaki buat sakit kepala.
In fact, untuk menerima salam perkenalan dia tu pun aku ambil masa yang lama. Agak lama.
Hahaha.
Aku biarkan mesej dia terdampar sepi. Aku macam nooooo aku taknak berkenalan dah dengan lelaki, aku taknak memulakan lagi sekali semua ini. I dont want!
Lepas tu dia siap hantar jambangan bunga dan coklat ke opis aku sempena birthday. I was likeeeee eiiiiii tak reti bahasa ke?
Tapi itulah. Allah lorongkan juga aku balas mesej dia satu hari tu.
Dan aku rasa tenang bila aku borak dengan dia.
Dia bukan gelojoh. Dia tak memaksa. Dan dia tidak meletakkan aku dalam keadaan serba salah.
Semuanya berjalan dengan lancar sehingga kami bertunang dan sehingga kini.
Kalau buat perangai, aku jelah ponnnn hahaha siapa tak kenal aku yang penuh dengan drama dan air mata.
Aku pernah tanya "pening tak dengan kita?"
Dia serba salah nak jawap. Karang jawab ya, merajuk lagi. Jawab tak, nampak nau menipunya.
Tapi itulah, aku cubalah menjadi lebih matang. Aku cuba. Ya aku cuba. Kadang tewas. Tapi aku cuba hahahaha.
Kenapa aku suka dia?
Yang paling utama tu, biarlah aku simpan kemas dalam hati aku kenapa aku suka dia. Cewah. Tak payahlah kongsi.
Aku kongsi yang picisan je kay.
Pertama
Aku dari dulu, i mean dari zaman sekolah, dah meletakkan syarat nak kawen dengan anak yatim piatu. Sebab aku selfish. haha. Aku kalau boleh nak setiap kali raya, hanya di rumah ibu abah aku. Dan ya, dia anak yatim piatu. Adik beradik sama ayah tu ada, tapi tak rapat (?) dan ada family sendiri. Adik beradik satu mak, tiada. Dia anak tunggal.
Pernahlah dalam kereta kami bincang pasal raya ni. Aku cakap, setiap kali raya kena raya Karak lah kan sebab dia tak ada sesiapa. Dia kata ya semestinya. Yessss berjaya.
Tapi, aku tak bolehlah nak buat perangai buruk aku tu selfish tak bertempat. Dia masih ada pakcik makcik belah mak dia di Johor sana. So aku bagilah chance nanti beraya sana. Takkanlah aku nak jarakkan silaturrahim dorang semua. Aku bukan sejahat itu tawwww.
So perbincangan raya tamat di situ. Haha.
Kedua
Dia tak merokok. Itu satu bonus. Sebenarnya aku tak kisah pun dapat suami merokok ke tak janji bukan depan aku dan bukan dalam rumah. Adik aku pun merokok. Cuma kalau dapat yang tak merokok, itu adalah bonus. So dia dapat point di situ. Tak merokok. Bebas asap rokok. Wangi je kan?
Itu jelah dua sebab picisan aku tersuka kat dia.
Yang utama tu takyahlah cerita. Simpan sendiri sendiri je.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment