Apr 20, 2020

Hidup baru selepas jadi milik dia.

Pejam celik sudah tahun 2020 kan. 
Cepatnya masa berlalu.
Syukur Alhamdulillah masih dipinjamkan nyawa untuk merasa 4 bulan di tahun 2020.

Sekarang PKP. Jadinya memerap sajalah dalam rumah.

So apa yang baru setelah sekian lama meninggalkan blog ini?

1. Aku dah kahwin. Ya, saya dah bersuami hehe. Akad nikah pada 27hb Dis 2019 (sepatutnya 28hb tapi ada hal tak terduga nanti aku cerita) Aku tak pernah rasa pun nak mengakhiri zaman single sebab dah selesa hidup sorang-sorang. Tapi perancangan Allah siapalah aku untuk menidakkan.

2. Aku sedar, ramai yang berbunyi tak dijemput ke majlis aku. Aku nak mohon maaf sangat sangat jika ada yang terasa hati berjauh hati sebab aku tak jemput. Aku tak jemput ramai orang sebab langkah penjimatan. Aku serahkan pada Abah dan Ibu untuk menjemput saudara mara rakan taulan diorang. Aku mahu hari bahagia aku, biarlah Abah dan Ibu jumpa orang yang mereka dah lama tak jumpa. Ternyata, semua saudara mara Abah datang dan Abah cakap dia sangat happy dapat borak dapat bertanya khabar. Alhamdulillah. Jadinya aku mohon maaf ya jika ada yang terasa hati sebab tak di jemput. Harap semua faham. Huhuhu

3. Sekarang aku tinggal di  rumah suami aku, namanya Jas. Alhamdulillah rezeki aku dapat suami yang dah ada rumah sendiri. Bolehlah aku menumpang (satgi aku kena marah ni sebab cakap menumpang ni dia marah kalau aku cakap aku menumpang hahaha). Cuma itulah. Kalau dah sejenis sememeh kan, asyiklah menangis sebab rindu family di Karak. Hahaha. Mahu tak gelabah Jas. Asal nak senja je mulalah mengalir air mata sebab rindu anak anak buah Mieya dan Mika.

4. Mana taknya korang, aku dah biasa duduk rumah yang riuh dan petir. Sekali tinggal berdua dengan Jas, dia pandang aku, aku pandang dia. Nasib baik dapat suami yang boleh tahan kelakar. Bolehlah buat modal nak gelak-gelak. Setiap malam Jas akan ke masjid. Jadinya aku akan tinggal sensorang ya dalam rumah yang boleh tahan besar ni. So bila Jas dah gerak je, aku pun akan on semua lampu sampaikan lampu jamban pun aku on ya. Ohya rumah Jas di kawasan kampung. Aku yang dah biasa hidup di perumahan, sekali kena duduk kawasan kampung, dengan perangai penakut tak boleh bawa bincang ni, memang sesaklah dada aku. Ya Allah aku tak tahu lah sampai bila nak jadi penakut ni. Kalau terbangun tengah malam nak buang air, memang aku gerak Jas teman aku. Padan muka dapat bini penakut. Lepas tu dah nama rumah kampung kan. Memang akan ada bunyi bunyi tak di ingini. Kalau tengah malam ada bunyi contoh atas atap bunyi gedegang ke kan, cepat je aku tersedar buntang biji mata lepastu aku kejutkanlah Jas. Selagi Jas tak bangun ya, aku kejut. Hahah. Yang mata ni pulak, time ginilah senang bangun nya pun. 

5. Ada a few tanya, best tak kahwin, termasuklah si Farah Raihana bertanya hahaha. Bila orang tanya soalan tu aku blur nak jawab apa. Tak banyak beza pun single dan double ni. Cumanya now nak kemana mana kena tanya suami lah. Sebelum ni tanya Abah kan. Ingat lagi, malam selepas akad nikah, Jas balik rumah dia lah sebab esok majlis resepsi. So malam lepas akad nikah, aku bantai berjalan ke pasaraya dengan mieya beli barang. Balik je rumah, kena petir dengan makcik makcik aku sebab keluar tak minta izin suami. Manalah aku ingat hahahaha dah biasa sendiri kan. Lagipun baru berapa jam jadi isteri. 

6. Yang lain lain tu macam orang berkahwin yang lain lah. Menjalankan tanggungjawab sebagai isteri. Masak, buat kerja rumah etc. Tak boleh nak malas malas lah dah. Sebelum ni selalunya ibu yang lipat baju aku (tak pernah suruh ya, ibu yang rela buat mungkin dia sakit mata tengok baju dalam bakul hahah) so bila dah kawen ni, akulah kena lipat baju. Walaupun aku pemalas, kenalah kuatkan semangat jadi rajin hahaha. Berbahagilah tugas dengan Jas. Jas yang basuh baju dan sidai. Aku pula lipat dan susun. Pinggan mangkuk aku basuh, Jas basuh kuali sebab aku tak suka basuh kuali hehe. Aku masak, Jas buat air. Haaa gitewww lah ya selama hampir 4 bulan ni. 

7. Sambung entri musim PKP. Now that i stay at home ni, otak ligatlah nak try masak itu ini. Jas pun pening lah sebab dia kena habiskan. Ohya Jas ni tak berapa into food lah. Aku pulak suka makan haha. So aku masak, aku akan paksa dia makan. Now dah buncit padan muka.

8. Now that i am a wife, aku kena act like one lah. Tak boleh dah membawa perangai bujang tu. Tapi ada masa, perangai membuli tu ada. Tapi cepat cepat minta maaf huhuhu. Ibu, makteh, kakak sedara, kawan semua pesan, jangan buli Jas. Makteh tu ha, siap pesan kat Jas, kalau aku buli, bagitahu dia. Ibu pulak kalau dengar je, buntang ja mata dia jegil kat aku haha. Well, ianya bukan buli kot. Aku tak panggil buli. Berdosa kot. Aku panggil bermanja. Dah ada suami, manjalah kan. Takkan nak manja dengan laki kau. Manja dengan laki sendiri lah. Cuma mungkin cara aku manja tu, pada orang macam membuli AHHAHAHAHAH GELAK SAITON. Jas pula sejenis yang penyabar sangat. Haih. Sangat sangat ya. Tapi tak boleh la aku ambil kesempatan. Kadang kadang tu tak apa.

Jas pulak pun sama naik. Dia paling kuat mengusik lah. Aku sejenis cengeng. Kalau aku ada wudhu tu YaAllah lagi dia suka acah acah nak sentuh. Geram je aku. Dah tu menjerit lah aku. Jiran jiran agaknya dah naik menyampah agaknya dengar.

ADAKAH AKU BAHAGIA?

Semestinya. Selepas beberapa lama mendung dan hujan, Allah bagi pelangi. 
Selepas berkali bertemu dengan yang salah, Allah kurniakan yang benar.
Ikatan ini masih mentah, tapi setiap doa aku mohon biarlah ini yang terakhir.
Biarlah aku merasa bahagia.

Terima kasih sudi baca.

No comments: