Feb 12, 2016

Selamat Tinggal, Putrajaya (part 1)

Ok. Tarik nafas. Hembus.

Ya.
Aku akan bertukar ke Pahang bermula Mac ni.
22 Feb lapor diri di Kementerian sini dulu. Then tangguh seminggu. And early Mac baru Pahang.
Keputusan adalah muktamad, setelah mengambil masa yang agak lama untuk berfikir.
Dan setelah mengambil kira beberapa faktor.
Aku mohon balik Pahang ni dah lama. Dari tahun 2012. Mula-mula aku follow up juga dengan JPA.
Tapi asyik dapat jawapan belum ada kekosongan, maka aku pun rasa malas nak pikir dah.
Sehinggalah sebulan yang lalu, waktu aku tengah happy happy gelak gelak dengan Kak Nora cerita pasal latihan koir kami, aku dapat panggilan dari Encik Azmer JPA memberitahu bahawa permohonan aku dah diluluskan.
I was like what???? Nganga mulut luas luas dan hati meloncat loncat gembira.
Letak je telefon, the first person yang aku bagitau is Kak Nora. The best friend of mine.
5 tahun kot duduk sebelah menyebelah. Aku sangat selesa berkawan dengan dia. Lagi pulak kami banyak persamaan tang perangai dan sikap. Almaklumlah dua dua Kakngah. Hehehe.
So aku happy sangat masa mula mula dapat tahu.

But day by day, bila makin hampir tarikh tu, aku rasa makin sayu.
Tapi at the same time aku rasa tak sabar nak berambus dari Putrajaya ni.

20.10.2009

The first day aku jejak kaki ke Putrajaya untuk lapor diri. Aku zero. Takde pengalaman tinggal sensorang. Selama ni belajar kat Matrik UIA Petaling Jaya dan Main Camp Gombak UIA aku masih ada kawan yang dah lama aku kenal, Tqah. So memang banyak dengan Tqah jelah masa aku.

Tapi bila kena lapor diri as a penjawat awam di usia muda (hahaha mudalah sangat), of course aku rasa macam takut sikit. But seronok pun adalah juga. Sebab nak mulakan hidup baru kan.

So aku dapat SPP (Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran).

Aku masih ingat, dapat je surat penempatan aku tu, aku kena cari manalah celah bedahnya SPP ni. Tak pernah dengar pun ye jugak. Cari punya cari jumpa juga. So jumpa dengan pegawai yang ditugaskan untuk uruskan bebudak freshie ni, nama dia CC Hakimah. Siapa yang tak tau CC is stand for Chief Clerk (ketua pembantu tadbir).

Maka dengan itu bermulalah kehidupan aku sebatang kara di Putrajaya. MIHMIHMIH

Kenangan Pahit

BANYAK!! HAHAHA.
Nak tau ke? Adalah beberapa. Cuma aku tak berapa suka nak ingat. Pada aku, kenangan pahit kena buang terus dari ingatan. Tak perlu nak ingat-ingat. Nanti buat jiwa terluka. Berdarah. Dan takkan sembuh semula. So better lupakan.

Tapi kalau nak tau juga, aku pernah kena ganggu dengan mamat saiko. A really saiko one you know. Takde siapa yang tau. Sebab nak bagitau ibu abah aku takut diorang risau. Saiko dia sampai dia ikot aku naik bas. Mula-mula aku tak tau dia saiko. Aku ingat kiranya, dia tu naik bas sama masa dengan aku (naik bas ke opis bayar tambang 50sen). So mamat ni duduk belakang aku. Pertama kali dia duduk belakang aku. And you know what dia cuba cabul aku. Aku macam dapat rasa ada tangan kat tepi ketiak aku. Terus aku pandang dia dan jeling. Kebetulan dalam bas tak ramai orang. Aku bangun dan beralih tempat. Bila dah nak sampai destinasi mamat tu (aku tau opis dia kat mana sebab kan tadi aku dah cakap dah 3-4 kali mamat ni sama bas dengan aku), aku pun pergi depan, dan aku bagitau driver tu. Kau tau, mamat tu lari macam mentibang. Choi sangat!!

Driver tu marahlah juga aku sebab tak bagitau dia awal-awal. Dia kata kalau bagitau, dia nak hentak je mamat tu. Amboi, gawwang nya ia itu. Tapi itulah masalah aku. Aku jenis malu tak bertempat. Aku malu nak bagitau ada orang nak raba aku. Aku malu. Sepatutnya tak boleh. Aku kena jerit. Aku kena bagitau someone. Supaya penjahat tu malu dan serik. HUHUHU.

And after kejadian tersebut, aku dah tak jumpa mamat tu. Dan kerana kejadian itu juga aku DAH TAK BERANI nak duduk depan lelaki dalam bas. Duduk sebelah apatah lagi. Kalau ada lelaki naik dan duduk belakang aku, aku dengan pantasnya tukar tempat duduk. Fobia sangat. Dan kalau ada lelaki nak duduk sebelah aku, aku akan letak beg aku. Lantaklah kau kata aku kejam ke tak. HEHEHE.

Another kenangan pahit, bila rumah bujang aku kena serang dengan 3 lelaki. Masa tu aku tengah solat isyak, tiba-tiba aku dengar kecoh sangat kat luar. Aku pun dengan bertelekung persis wanita lindungan kaabah keluar. Aku tengok budak rumah aku just name her Mona, tengah bertegang urat dengan tiga lelaki tersebut. Nasib baik ada gril. Tapi hampir nak roboh jugalah gril tu aku tengok sebab lelaki tu dok main hogah hogah eii bengang pula aku. Rupa-rupanya dorang cari si Mona ni. Mona dah buat hal.

Lelaki lelaki tu ugut memacam wei. Siap tendang pintu tendang gril ketuk ketuk cermin. Aku dengan terketar ketar cakap pi la balik, jangan buat kacau macam ni.

Kau tau salah sorang tu cakap apa?

"eh kau diam, pi je semayang"

Aku pun tanpa berlengah call 999. Tau pulak dorang blah. Polis pun datang. Ambil keterangan. Esoknya si Mona tu tak bagi aku pergi kerja sensorang. Dia akan temankan aku. Sebab takut lelaki lelaki tu apa-apakan aku.
Eh, kau yang cari pasal, aku pulak kau nak saiko kan. I is not understand lah.

Kenangan Manis


BANYAK.
Terlalu banyak. Getting to know semua kawan kawan kat SPP ni merupakan kenangan yang takkan boleh aku lupa sampai bila-bila.
Kami ni dah macam adik-beradik. Rapat. Boleh bergurau kasar, gelak gelak, tak kisah apa pun.
Kalau ada pun tercacat cela tu, terasa cuma sekejap je. Sentap tu sekejap je. Esoknya datang macam takde apa-apa.
Bagaimanalah aku akan lupakan semua ni?
Semua pun baik-baik dengan aku.
Yang tak ok tu, aku telan jelah. Dah besor kan, malas nak fikir berpanjangan.
Paling tidak pun aku mengadu kat geng DiRaja aku. HAHA. Diorang setia mendengar.
Mana je ceruk kat Putrajaya ni aku tak pernah pergi.
Paling suka, jogging lah. Terasa nyaman je bila jogging around putrajaya ikot laluan pejalan kaki yang disediakan.

Eh, nanti aku sambung part 2 eh.
Banyak menda nak taip ni.
Bye.

.

1 comment:

Unknown said...

reena.. good luck kt tmpt baru.. jgn lupe kn akk n jgn stop tulis blog ye.. kim slm sume.. ibu, abh.. n yg lain.. pelukkan mya n sunan ye...