Feb 24, 2016

Selamat tinggal, Putrajaya (Part 2)

Ramai yang bertanya, kenapa pindah kenapa tukar? 

Because i want to. Aku orang yang nekad. Bila aku dah made up my mind, aku takkan berpatah semula.
Ada sesetengah orang, memomokkan aku dengan cerita "betapa tak bestnya balik kampung, nanti kau akan menyesal, kau akan menangis". Tapi kau tau tak, i dont give a damn at all.
Ini keputusan aku. Tanpa paksaan sesiapa.

Satu pagi, aku bangun, aku kata pada diri aku, this is it, Reena. You have to do it, Reena.
Kalau kau rasa ini yang terbaik, kau kena lakukan Reena.
And yes, until now, aku tak pernah kesal. In fact, aku tak sabar untuk masuk ke dunia baru aku.
Tak sabar nak kenal kawan baru, suasana baru.

Aku tak pernah puas habiskan masa dengan ibu abah. Orang tengok aku balik almost every weekend. Masih tak puas lagi ke?
Jawapan aku, ya.
Aku tak puas untuk jaga mereka. Aku tak puas nak lalui setiap detik setiap minit dengan mereka berdua.
Beberapa bulan yang lepas, ibu suruh aku gunting rambut dia.
Helaian rambut dia aku selak, aku terkejut sebab, uban semakin banyak.
Yang mana aku tak pernah perasan pun selama ni.
Bila balik, most of the time, aku tak tolong pun dia masak.
Celik mata aku tengok dah ada makanan atas meja. Tengah hari pun sama.
Bukan aku tak pernah masak ya.
Cuma kebanyakkannya, ibu yang masak.
And i feel bad about it *nangis*

Ada sorang tanya aku "kenapa nak jaga ibu? abah kan ada"
Kau rasa, aku nak jawab macamana dengan soalan macam tu?
Terluka? Adalah sikit.
Orang takkan rasa apa yang kita rasa selagi dia belum berada di tempat kita.
You can judge, but please keep it to yourself.
Aku tak mintak ya, tapi cuba fikir, abah semakin tua. Kalau aku masih menunggu di sini, belum tentu 4-5 tahun lagi ada peluang macam ni.
Aku kena fikir semua tu.

At least, apa apa yang berlaku, aku dekat. Aku ada depan mata.
Dan aku takkan menyesal.

Rasa bertanggungjawab. Rasa mahu mendekati. Rasa mahu sentiasa ada.
Buat aku ambil keputusan untuk berpindah.
Please stop buang air liur menakut nakut kan aku dengan semua yang tak masuk di akal.
Aku orang kampung.
Balik ke kampung bukan masalah bagi aku.
Kalau ada masalah pun, insyaAllah aku cuba overcome.
Even yang paling teruk pun aku dah pernah lalui.

Doalah yang baik-baik.

Reena tak sedih ke nak tinggalkan kawan-kawan?

Soalan ni pun aku pernah di tanya, dua kali oleh Si Usen.
Kau gila tak sedih? Aku ada hati dan perasaan kot.
Kalau tak sedih tu maknanya aku ni robot.

Sedih. Sedih yang maha hebat.
Tapi aku ni jenis cool dulu.
Tiba saat akhir, mungkin aku menangis kot.
Harap-harap taklah. HAHAHA
Penatlah menangis ni.

Bila aku merayau sekeliling Putrajaya, hati aku sayu.
Lalu tempat yang meninggalkan memori, hati aku sebak.

"eh situ tempat aku jatuh dulu gedebokkk" HAHAHA

Aku selalu jatuh wei. Jatuh tahap darah menitis pun ada.
Malu wei.
Ada sekali aku dok menggelongsor depan 7E.
Kau bayangkan, 7E kan ramai orang lalu lalang.
Tak pepasal, tanpa sebab yang kukuh, aku boleh buat slide kat situ.
Ada kakak dan abang tu, nak tolong aku bangun aku terjerit nooooo, saya boleh bangun.
Eh, kau dahlah jatuh, sombong pulak kau kan.
Punggung aku sakit gila lepas tu.
Rasa sakit tu tak dah. Rasa malu yang banyak. Huwaaaa.
Tak suka.

Satu lagi, jatuh melutut depan kedai makan, depan pakcik pakcik baru balik masjid.
Damn u kasut wedges!
Boleh pakcik tu kata "haaa dah jatuh dah dia"
Oh shot. Yelah, aku dah jatuh la ni pakcik. Takkan aku saja saja main karom depan pakcik kot.
Eiiii mencik! 
Rupanya darah menitis, wedges putus, kain koyak.
Ahhhhhhhhhhh malunyaaaaa.

Satu lagi, jatuh di taman permainan, after maghrib.
Tersadung kat akar uols.
Habis terabur biskut aku.
Bebudak perempuan yang main buai situ tolong kutip barang.
Aku pun sedekahkan biskut kat diorang. HUHUHU. Maluuuuu.
Ramai orang pandang.

Ok dah.

"waahhh, tempat aku pernah melepak"

"oh my, situ lah bla bla bla"

Dan ayat ayat macam tu keep repeating dalam kepala aku.
Too many memories la wei. Takkan boleh lupa macam tu saja kan.
Tapi alaahaiii Putrajaya je pun, bukan jauh mana pun. Karak-Putrajaya tak sampai 2 jam sangat.
Aku masih boleh datang selalu. Bezanya aku tak duduk sini je.

Kawan-kawan SPP yang sama sama susah senang selama 6 tahun 4 bulan (aku siap buat kira-kira sekejap kat atas kertas MUAHAHA nampak sangat bodoh matematik. eii tak suka matematik. hope kerja baru takdelah kira mengira ni. marilah berdoa dengan aku, ya)
Mestilah aku akan rindu nanti.
Nanti tak dapatlah aku jadi Akak kedai handphone HAHA.
Aku ni akak kedai handphone. Asal ada masalah dengan handphone ke apa ke, mesti datang kat aku. 
Aku happy je dapat godek godek tolong orang. Bila dapat selesaikan masalah handphone seseorang tu, aku rasa puas hati sangat. Senyum sampai ke telinga HAHA.
Nanti korang cari Ehsan pulak kay. Ehsan kata dia teror juga, tapi bawah sikit pada aku. HAHAH. Nak juga kata diri dia tu teror.
Yela Ehsan, kau teror. Nah ambil piala ni.
Nanti takdelah kau dengar aku membebel pasal kau lagi kan, Ehsan. Mesti kau rasa lega. 
Kau pasang radio jangan kuat sangat. Nanti satgi orang baru tensen. MIHMIH.

People come and go, bebeh.
Sekarang aku yang pergi.
Esok lusa siapalah pula.
Kot la korang nak setia kat SPP, lain ceritanya.

eh dah panjang sangat aku tulis.
Esok aku sambung.

bye.

.


No comments: