May 29, 2015

Untuk yang terluka hati tersiat jiwa

1.

Lately, selain masalah hati dan perasaan aku sendiri gosh geli pulak taip gitu hekhek. Ok back to the main topic. Selain masalah hati dan perasaan sendiri, aku juga dikelilingi mereka yang mengalami masalah serupa.
Putus cinta.
Putus tunang.
Berpisah tinggal berasingan suami isteri.
Bercerai.
Suami curang.
Isteri curang.
Topup ada GST eh yang tu masalah lain hehehe.
Maknanya aku tidak berseorangan.
Memang. Bila melibatkan hati dan perasaan, memang sakit sangat.
Sakit tu disebabkan sakit hati.
Sakit hati di kecewakan.
Sakit hati di selingkuhkan.
Sakit hati di talakkan.
Sakit dia tu macam menyimpan sebeban batu di dada.
Rasa macam ada empangan air di dada pun ye jugak tunggu masa nak pecah.
Sakit hati pendam air mata sampai ke tekak rasa perit sebab tahan nak nangis.
Pernah tak korang rasa gitu?
Rasa geram rasa sakit sangat jiwa tu nak nangis sangat sangat sampai perit tekak.
Haha. Itu aku.

Maka bersyukurlah mereka yang dipermudahkan jodohnya oleh Allah.
Jangan pandang rendah pada yang belum berjodoh.
Sesenang cakap tak laku takde lelaki nak demand sangat macam muka kau lawa je.
No.
Jangan pernah sesekali cakap begitu.
Sebaliknya bersyukurlah kerana anda dikurniakan jodoh cepat dan bahagia dengan jodoh tersebut.
Kata kata kita ni ibarat doa.
Doa lah yang baik baik.
As for me, ya. Memang raaaaamai yang nak sangat tengok aku naik pelamin.
Cei ko ingat ko retis?
Doalah. Doa aku dipermudahkan jodoh. Doa supaya lelaki ini nanti terima "anak-anak" aku---Mieya dan Mika.
Itu nyawa aku.
Walau bukan aku yang melahirkan tapi aku yang akan menjaganya (bersama ummi nya) sampai bila-bila.

Setahun aku berkawan dengan seseorang.
Bila dia tahu aku adalah penjaga kepada dua orang anak syurga itu, dia tarik diri.
Tak sanggup katanya jadi daddy segera.
Nak anak sendiri, katanya.
Aku cuma cakap, ya, pergilah kau, pergi mampus.
Kau nak menidakkan kasih sayang aku untuk anak berdua itu?
Takkan.
Aku rela hilang seluruh cinta lelaki dalam dunia ni demi pertahankan sayang dan cinta aku untuk Mieya dan Mika.
Orang akan tanya, sampai bila?
Sampai ada yang boleh terima family aku seadanya.

Kepada yang kecewa terluka tersiat derita, bersabarlah.
Hidup bukan semata mengejar secebis cinta sang arjuna.
Ingat---Allah ada.
Walau selemah manapun hati kita kerana diperkotak katikkan.
Sesiat manapun jiwa kita.
Selumat manapun kepercayaan kita ditumbuk-----Allah ada.

Bahagialah kita.
Bahagialah kita seadanya.
Bahagialah kita dengan cara kita dengan apa adanya.
Doalah yang baik-baik.
Tetapkanlah selalu dalam jiwa-----
ALLAH ADA.

1 comment:

Mun said...

InsyaAllah..satu hari nanti ada yg sudi menerima awak n anak2 yg dijaga seadanya..

btol tu..terkadang pelik dgn org yg dah bertemu jodoh lebih awal ni kan..suka ckp dan bg ayat yg menyakitkan hati kita.. mentang2 ler dorang kawen awal... semua ni kan ketentuan Allah.. ada baiknya doakan dan kita jaga hati org lain..supaya tak terasa hati...