May 13, 2015

bila kau rasa segalanya berkemungkinan

pagi ini aku kelewatan.
tak sedar.
pukul 7.30 pagi budak serumah kejutkan. nasib baik tidur tak kunci pintu bilik.
haish.
tak tau lah adakah aku lupa kunci jam atau pun aku ter-off kan jam.
tak sedar menda.
malam tadi ada dinner.
Makan Malam Persidangan Suruhanjaya Suruhanjaya Perkhidmatan Awam.
aku jadi urus setia.
jadi usherer.
welcoming the VIP. tunjuk meja. tunjuk jalan.
senyum.
selfie. haha.

pukul 10.50 malam sampai rumah.
bukan terus tidur.
basuh baju dulu.
kemas bilik.
kemas barang.
layan facebook.
edit picture untuk di upload di instagram.
melayan whatsapp group / jejaka itu.
sedar je, 7.30 pagi.

terlambat 3 minit thumbprint.
hmmm.


sampai je opis terus buat nescafe sebab rasa lemau.
bunga tu ambil dari majlis makan malam tadi. bos kata ambil, so ambil jelah bawa balik.
bunga hidup tu.
lagi 1-2 layulah dia.


bersiap di rumah watie.
simple je malas nak lelebih kang ada pulak tan sri dato sri yang mintak nombor telefon iols tak larat nak layan kahkahkah.


kasi chance please.
sambil tunggu VIPs, selfie jelah kerjanya.
snap 800 kali, satu je pun yang rasa ok.
yang satu ni pun sendu hahaha.
abang shahril kata warna pipi aku sama macam tudung dah.
eleh.
abang shahril lelaki bukan tau apa?
ni namanya penyamaran.

tetamu dikalangan VVIP, VIP.
ini majlis makan malam formal.
so agak bosan.
buat di restoran arab.
persembahan dari band arab.
daaa so not me okay.
kalau ada belly dancer ok sikit kan. hahaha.
tapi nanti terbeliak mata VVIP haha dah satu kerja asyik kena cubit dengan bini.

again.
memang memasing hantu bergambar.
gambar senget ke nampak mata sebelah ke nampak kening ke aku peduli apa.
janji muka aku ada haha.
konsep dia, biar mula orang lain tak nampak dalam gambar janji muka aku clear.


aku pun tak faham lah dengan lelaki kat belakang tu.
excited sangat dah kenapa?
masa ni majlis dah tamat.
tetamu semua dah balik yayyy.
lega.
dahlah aku pakai kasut 4 inci kot sesuatu yang jarang aku buat.
sakit kaki wooo.


ambil dari fb wan zaima.
pinjam sat.



ok dah itu saja pic yang aku boleh upload.

ok cerita lain.
hari ahad tu aku pergi times square.
saja jenjalan.
bukan beli apa pun.
saja nak tengok times square.
tengok gelagat orang.
tengok fesyen bebudak remaja.
fesyen hijabista.
rasa selekehnya aku bila bertembung dengan diorang haha.
kakak dah tua dik.
(tapi hati muda)

apa aku nak cerita ya. lupa pulak sebab stop lunch..
ohya.
aku nak cerita, masa dalam monorail yang ramai gila orang tu bersesak sesak tu.
aku berdiri sambil pandang luar.
tetiba aku dicuit.
terkejut aku.
aku pandang.
lelaki bangsa asing cuit aku.
rupanya nak tanya where is KL Sentral.
duh.
kenapa seramai manusia sekeliling tu, aku jugak yang ditanya.

aku ni betul-betul ada muka kaunter pertanyaan eh?

sekarang ni aku menggila dengar dan asyik ulang lagu baru grup Korea-BIGBANG.
tajuknya Bae Bae dan Loser.
pada aku bestlah lagu dia.
sangat layan.
aku taklah minat sangat artis korea ni. kecuali Running Man. yang tu aku gila suka.
tapi kalau artis Korea (i mean, kpop) memang aku suka Bigbang.
so diorang come out dengan dua single baru after 3 years (i guess) takde lagu baru.

sekarang ni banyak sangat perkara berlaku dalam hidup orang terapat dengan aku.
maksud aku, kawan kawan.
sampai aku terkedu.
Allah Maha Besar.
sebagai orang Islam, kita kena kembali semula kepada agama. walau apapun yang berlaku.
aku ni orang biasa je.
perempuan biasa.
yang takde kebolehan luar biasa ke apa ke.
jadi kalau nak tolong, aku hanya mampu jadi peneman, untuk bagi semangat.
itu saja.
nak ajak aku ke hulu ke hilir pun aku takde masalah.

lately, aku tak suka balik terus ke rumah after kerja.
aku suka merayau.
tak kisahlah kemana.
janji ada tempat untuk aku lepak minum sensorang.
sambil perhati perangai manusia.
seronok.
bermacam gelagat.
dan aku tak suka diganggu dengan text whatsapp wechat ke apa ke masa melepak haha.

ok tetiba aku blank.
ok bye.

.


No comments: