Apr 21, 2015

Cium banyak-banyak sayang banyak-banyak

pagi tadi belum pun letak henbeg dah kena buat air minum pagi.
sebab tu memang tugas aku. sebab diorang tau aku tak masak hahaha.
sebab ada makan-makan unit.
masak nasi lemak di opis.
beli rice cooker baru sebab pinjam rice cooker orang is too mainstream ahaks.
padahal Kak Rosalina yang belikan pakai duit dia.
tetiba dia kata tak payah bayar. hmm.
baik sangat Kak Rosalina ni.
tapi dia memang baik sangat tau.
cakap pun lembut je.
kitorang tak pernah rasa marah, tak puas hati, atau bengang dengan dia.
tak pernah berkasar dengan dia sebab dia terlalu baik terlalu lemah lembut.
kitorang je yang kasar (aku, watie, Kak Ina dan Kak Nora). hiks.
umur dia baru 36 tapi anak dia dah masuk U dah sebab dia kawen muda. motip sangat kan nak cerita.
staff baru, Fazli duduk sebelah Kak Rosalina.
lepas tu semalam dia macam marah Kak Rosalina tau.
apa lagi. kitorang berempat (aku, Watie, Kak Ina dan Kak Nora) pergi serang dia.
haha. bukanlah serang bertumbuk bawak pisau parang ke apa.
tak.
serang mulut.

"weiii, kitorang pun tak pernah marah Kak Rosalina tau" kata aku
"a'ah, sikit pun kami tak pernah tinggi suara kat dia tau" sambut Watie
"entahnya, agak-agaklah weiiii" balas Kak Ina
"berani kau ya marah Kak Rosalina" sedas dari Kak Nora.

bertubi-tubi dia kena serang.
hahah padan muka.
siapa suruh jadi satu-satunya staff lelaki dalam unit.

HAHA terdiam Fazli.
well. dia bukanlah marah bebetul.
just that, dia gurau tapi macam suara dia tinggi sikit.

eh. melalut kan.
padahal nak cerita pasal buat air je.

ok ok.
last saturday di Karak.
kat Karak tu, aku kawan dengan anak-anak buah je, Mieya dan Mika.
Mieya-3 tahun 7 bulan.
Mika - 2 tahun 1 bulan.

tapi oklah. huru hara jugak hidup aku.
fun sangat layan diorang.
tak boleh bangun lewat sikit.
pepagi dah naik bilik aku gerakkan aku sambil ketuk pintu bilik bertalu-talu.

"mummy, mummy" selagi aku tak menyahut selagi tu la diorang panggil.
awal pulak tu pukul 7 pagi T__________T

"mummy bangunlah, kakak lapar suap kakak"

huhuhu Mieya pleaseee mummy mengantuk.
selalu malam sabtu aku tidur lewat.

"kakak, bagi mummy dua minit ya. kakak baring sebelah mummy ni"

ok dia pun baring. 
tapi aku tipu. hahaha. dua minit tu sejam hahaha. kejamnyaaaa aku.

"mummy, belum dua minit lagi ya?"

"belum kakak. dua minit tu lama"

HAHAHA.

si Mika tak faham menda. yang dia tau melompat lompat atas katil.
lompatlah kau di sana. 

tapi yelah, walaupun aku tak beranakkan mereka, aku tak sampai hati.
gagahkanlah juga diri bangun.
mandikan diorang. pakai baju cecantik, wangi-wangi.
aku pun mandi sekali.
then suapkan diorang sarapan, tak kiralah nasi lemak ke, meehun ke apa-apa yang dibeli di gerai depan rumah.
tapi selalunya diorang mintak nasi.
pepagi dah nak makan nasi T______T
kampung sangat selera.

ok berbalik pada petang sabtu lepas aku bawak budak dua orang tu jogging kat rumah makteh.
pukul 5.30 pun panas terik lagi.
tapi rasa sedar diri makin membesar maka jom lah kita jogging.
Mieya dan Mika pukul 3 petang pun dah ready.
hoih.
mummy kata pukul 5 kan?
kenapa eksaited sangat ni?

so pukul 5, gerak terus rumah makteh.
ibu taknak ikot sebab nak masak.

ok ibu ni, aku nak cerita.
takde sesaat pun dia duduk diam.
ada je kerja dia nak buat.
kalau rehat pun dalam pukul 2 petang macam tu tidur untuk sejam.
lepas tu celik mata ada je kerja nak buat.
aku baru perasan minggu lepas.
kadang-kadang aku rasa, eh, aku ni tak buat kerja rumah ke?
opkos la aku buat tapi kerja aku tu macam tak setanding dengan sentuhan dia.
tak reti penat.

oklah jom jogging.

seni lah konon kan? 

malas Mieya nak layan aku bergambar ayat dia "mummy ni nak jogging ke nak ambil gambar" ish kau tau apa kau bebudak lagi hahaha.

T____________________T


terbenyek muka Mieya dek muka aku. kesayangan aku ni.

Mieya selalu tanya aku. dalam sehari tu adalah dalam 20 juta kali tanya

"mummy sayang kakak sikit sikit ke banyak banyak?"

"mestilah banyak banyak, kakak"

"hah? sikit?"

"banyaklah, kakak"

"sikit?" 

HAHAHA kekecik dah pandai menganjing. ikot betul perangai mummy.

kadang-kadangkan, bila kita buat / beli menda yang dia suka mesti dia cakap

"kakak cium mummy banyak-banyak"

"ya, mummy pun cium kakak banyak-banyak"

Mika dia suka mengikut apa kakak dia cakap / buat.
tapi kalau nak ambil gambar dia memang payah.
dia tak suka bergambar.

dua-dua aku sayang sangat.
sayang sangat.
sayang sepenuh jiwa.
walaupun bukan aku yang melahirkan, tapi aku anggap diorang macam anak kandung aku.
sakit diorang, sakitlah aku.
gembira diorang, gembiralah aku.

Sunan Andika pun aku sayang sangat-sangat.

aku tak boleh terima bila orang yang tak boleh terima anak-anak aku tapi kau nak hidup dengan aku.
kau nak hidup dengana aku, kau kena terima anak-anak aku.
diorang darah daging aku.
bukan orang luar.


aku kan, ada hobi tau.
entahlah, lama dah aku rasa. aku suka tangkap gambar sunset / sunrise / langit / awan.
macam satu kepuasan.
haih.
tangkap pakai henfon je pun.
tak lawa pun.
takdelah sampai tergerak hati nak beli kamera cantik cantik tu.
tapi tu lah, pernah juga terlintas nak beli.
but who knows kan? one day.

p/s ; Mieya dan Mika anak adik aku, Syera

1 comment:

mun said...

salam..

dik ada komen kat entry akak td kan..nak copy ayat kat entry "hati"boleh aje copy..tiada masalah.. :)

btw.. salam perkenalan yer..