Apr 8, 2015

Rindu.


malam tadi punya dinner.
order yang set untuk tiga orang tapi makan berdua je.
ada ikan kembung masak pedas.
daging masak merah.
tomyam campur.
sayur kailan ikan masin.
telur dadar.
sambal belacan plus timun.
nasi 3 pinggan.
kau rasa? 
nasib baik aku tak lunch tengah hari tu.
kalau tak memang tak habis pun lah walaupun perot besar tapi aku susah nak habis makan malam kalau tengah hari dah makan.
makan di Kampung Puah, Gombak.
sebenarnya ada hal di Setapak. so on the way balik perot lapar so lets singgah memana kedai yang nampak dulu.
maksudnya, mana kedai yang kami nampak dulu, kami akan singgah hahah sebab memang lapar tahap takde mood nak bercakap.
kalau salah sikit, boleh bergaduh hahaha.
nasib baik sedap.
hanya mampu ambil gambar selepas makan kerana dah tak sanggup nak tangkap gambar sebelum makan lagipun ramai kebenor orang.
ohya, aku selalu perasan, mana-mana kedai makan aku masuk, mula-mula mesti macam kosong.
by the time aku duduk je, mesti ramai yang datang. duduk meja berdekatan aku pulak tu walaupun bersepah lagi meja kosong kat sana.
haih.
sebab tu payah nak ambil pic makanan sebab malu hehehe.


dulu semalam aku selongkar kotak lama.
then terjumpa surat ni.
ditulis oleh kawan baik aku merangkap roommate masa Matrik UIA tahun 2003/2004.
surat bertarikh 16/10/2004.
so 11 years ago.
kertas pun dah kusam.
bila baca, hati sebak.
betapa Farhaini (yang menulis) sangat menghargai persahabatan kami dan sangat mengambil berat pasal aku.
kalau dalam kawan-kawan, aku suka dilayan seperti adik or budak.
aku suka dimanja oleh kawan-kawan termasuk kawan opis lah.
walaupun kadang-kadang among group tu ada yang muda dari aku tapi ada aku peduli?
hahaha.
aku suka bermanja.
so bila baca semula tulisan farhaini ni, ya, aku rasa aku ni memang attention seeker (sikit-sikitlah)
antara isi kandungan surat Farhaini meminta maaf di saat-saat akhir semester, dia dan dua orang lagi roommate (majidah dan Sumaiyyah) tak berapa banyak habiskan masa dengan aku.
satu bilik ada 4 orang.
hanya aku sorang je yang ambil course lain.
Farhaini, Majidah dan Sumaiyyah ambil course yang sama yang memerlukan mereka menghafaz bahasa Arab / ayat Quran etc.
so nak exam, kan. haruslah mereka gigih menghafaz.
so perempuan ni, akulah tu, rasa terpinggir.
maka bawalah diriku ini ke bilik sebelah, iaitu bilik member aku.
melepak di situ hahah sebab rasa sedih tak dilayan.
ohya.
menangis pun kuat. tak sangka Farhaini perasan aku selalu nangis.
masa ni aku bercinta dengan budak Karak.
bergaduh sikit nangis. rindu kat ibu abah nangis. stress study nangis.
nangis jelah kerja aku.
Farhaini juga kata aku seorang yang ceria dan gila gila. iye. walaupun kuat menangis. aku juga gila gila.
nampak tak krisis identiti di situ?
well.
aku rindu lah zaman dedolu.
rindu Farhaini, Majidah dan Sumaiyyah.
dorang ambil course agama.
so memang sopan bertudung labuh lagi suci dan murni.
aku pulak hahahah pepaham la ye.
time ni aku gilakan Ruffedge.
satu hari tak silap hari sabtu ada kelas agama.
masa yang sama Ruffedge ada buat show.
opkos lah aku pilih Ruffedge.
tapi malu nak bagitau roommate aku. takut kena panah petir pun ya jugak.
entah camne dorang ter-tahu jugak.
hehehe.
so dorang memula macam halanglah juga aku pergi show tu.
tapi dah kata degil kan?
gila.
sanggup ponteng kelas agama (usrah) semata-mata Ruffedge.


ini tadika aku.
first school aku.
last week aku naik motor keliling kampung dengan adik aku, Farah.
so bila sampai depan tadika ni aku berhentikan motor dan suruh farah snap.
rindu.
aku masih dapat rasa bau susu, crayon and all.
segala kenangan tadika masih ada dalam kepala aku.
so start bulan 5, anak buah aku, Mieya akan start school sini.
dia belum 4 tahun lagi, bulan 9 genap 4 tahun.
since dia dah pandai ke toilet sendiri so, aku sesaja je nak hantar.
sekarang Mieya dan Mika bawah jagaan aku sepenuhnya (walaupun sekarang dorang tinggal dengan ibu abah)
aku adalah penjaga rasmi dorang.
insyaAllah, akan aku jaga seeloknya amanah ini.
segala keputusan untuk masa depan Mieya dan Mika setakat ini, aku yang tentukan seperti sekolah tu semualah.
tapi Allah lagi Maha Berkuasa atas tiap-tiap sesuatu.

.

2 comments:

Unknown said...

eh eh sama lah pasal kedai kosong tu. hehe. bila masuk senyap sunyi cam takde org je. lepas 5 minit tengok kiri kanan, aik penuh? hehe

Reena Kamarudin said...

aisya A.

kan? pelik betul. baru nak feeling sunyi sepi sekali tengok penuh dah.