Mar 20, 2015

Imbas Semula : lelaki kurang waras

aku taip entri ni sambil mendengar lagu-lagu Ruffedge ohmy how time flies so fast dulu aku memang gila dengan grup ni.
sekarang Azan, Amer pun dah ada grup baru ----- Al-Mawlid.
tahap gila tu tak taulah macamana nak terangkan hahaha.
sanggup naik KTM ke Sungai Buluh dari KL Sentral semata mata nak pergi show diorang.
masa ni aku kat Matrik UIA ( i guess) lupa dah.
tahun 2003-2004 rasanya.
naik teksi from UIA Gombak untuk ke MMU untuk rumah terbuka raya diorang.
see lah betapa aku suka dengan diorang.




eh tapi entri ni bukan nak cerita pasal kegilaan aku kat diorang.
cuma nak cakap, cepatnya masa berlalu.

time flies.
banyak perkara yang dah berubah.
dulu ada, sekarang takde.
dulu takde, sekarang ada.
gitu.

bila fikir, sayu pula hati ni.
apa perkara yang aku buat, contohnya dengan bff aku, aku dah tak buat sekarang.
aku rasa sedihlah jugak.
memang rindu.
rindu apanya kami dulu.
rindu nak pergi kemana saja berdua tanpa rasa jemu.
pergi PJ, USJ, lepak Daiso belek satu satu barang barang yang comel kat Daiso gosh sampai hari dah gelap pun tak sedar lagi.
rindu nak menggila berdua.
tapi yelah, Allah sebaik-baik perancang.
but that's okay.
takde benda yang kekal dalam dunia ni, kan.

pernah tak korang rasa rindu untuk satu perkara yang dulu korang selalu buat, then sekarang korang dah tak buat?

haa macam tu lah yang aku rasa sekarang.

okay.
tarik nafas.

aku cuma mampu berdoa yang terbaik untuk dia. untuk aku. untuk kau. untuk kita semua.
siapa taknak lalui hari-hari yang terbaik kan?
orang gila pun agaknya mahu yang terbaik untuk sehari-harian dia ok tipu aku tak tau sebab aku tak pernah selami perasaan orang gila nantilah aku tanya lelaki india kurang waras kat karak tu nama dia "Apama"

ok sebenarnya nama dia bukan Apama.
nama dia Muniandy.
tapi dia selalu tanya kita "apa mau apa mau"
so geng melayu panggil lah dia Apama amboi orang melayu kalau pasal bagi nama gelaran memang nombor satu lah.

dia lelaki india kurus tinggi.
aku banyak kenangan dengan si Apama ni.

salah satunya----
aku dan geng-geng kampung pergi mengaji well actually kami tak mengaji sebab kami nakal so pergi surau lepak luar surau then bila tamat waktu mengaji kami pun balik.
sehinggalah guru mengaji tu, Allahyarham Aki Sudin merajuk dengan kami alololo sweet je taknak pandang taknak cakap dengan kami bertiga.
kami bertiga tu----aku, farahwahida dan faizah.
haih.
pandai sangat dah ke mengaji tu sampai menipu mengaji.

so lepas tamat kelas mengaji kat surau, kami ambil keputusan nak pergi curi jambu kat kebun cina.
iyaaa.
dahlah kau menipu mengaji lepas tu tambah lagi dosa pergi curi jambu kebun cina.
nasib baik tak kena panah petir uols.
kalau tak, memang gempar lah Kampung Teroh, Karak dengan berita

"tiga kanak-kanak di panah petir kerana tidak mengaji dan ada hati mencuri jambu pula"

gitu.

so masa nak pergi kebun cina tu dengan satu tekad untuk mencuri 
(well masa tu tak fikir mencuri kot masa tu fikir alaaa nak ambil je uncle, kebun uncle banyak jambu apa salahnya berkongsi rezeki)
entah. masa tu tak fikir ianya mencuri. kot lah. kot.

masa dalam perjalanan, terserempak dengan si Apama ni lah.
kami bertiga ambil keputusan untuk taknak buat eye contact dengan Apama ni sebab takut.
tapi-----
kau pernah tak kau rasa taknak buat, taknak buat, tapi sebab kau degil, kau buat juga.
haaa begitulah.
aku yang terpandang Apama tu sebab entah rindu kot.
bila dia nampak je aku pandang dia, terus dia stat motor dia (mulut dia bunyi motor)
apa lagi, terus dia kejar kami bertiga.
ohmy.
tak cukup tanah lari memang laju gila ni kalau watson nyambek nampak kami lari dia pun tabik hormat lah.
memang laju.
berapa meter entah dia kejar tapi jauh jugaklah.
sambil lari sambil menjerit hahaha sengal lah.

agak-agak Apama dah tak kejar kami pun stop.
lepas tu gelak tak henti-henti.

padan muka.
dahlah tak mengaji.
niat nak mencuri.
memang tak jadilah kan nak ambil jambu uncle tu.
balik rumah je lah.

dulu Apama ni kuat gila mengejar.
sekarang dia dah tua. dah relaks relaks chill chill je bila jumpa dia boleh tepuk tepuk bahu dia hey bro kau sihat ok tipu takde der aku beraninya nak dekat dengan dia.

eh.
tadi ruffedge.
pastu merempan pasal rindu.
tercerita pulak pasal Apama.
oklah.
bye.
.

No comments: