Feb 18, 2015

Jangan kecewa sangat

sebenarnya sekarang, banyak benda yang buat aku kecewa.
kecewa tahap sampai aku persoalkan kenapa aku?
tapi aku mengerti, ini semua apa yang Allah bagi pada aku---untuk aku menjadi lebih matang dan yang paling utama----untuk lagi mendekatkan diri padaNYA.

tahun 2014.
pergi macam tu saja.
banyak sangat benda yang membuat hati aku menangis dalam diam.
sampai satu saat, aku rasa nak lari sekejap dari apa yang aku lalui tetiap hari.
aku berharap sangat aku mampu untuk berseorangan.
mampu tu bermaksud, berani untuk berseorangan, dengan keizinan abah.
hahaha.
aku tak rasa abah bagi aku berjalan sendirian ke tempat orang.
kerana aku masih lagi "anak kecil" dia.
takpelah.
aku pun tak berapa desperate sangat untuk bersendirian.
dapat lari ke KLCC lepas balik kerja duduk di taman sambil tengok air pancut berwarna warni pun dah kira ok bagi aku.

aku suka buat suatu benda dengan mengejut.
aku tak suka plan.
plan tu bermaksud (ah, perlu ke aku terangkan sesuatu mengikut definasi aku?)----
pagi aku rasa hmm nak pergi KLCC la balik kerja ni.
NO.
aku bukan jenis begitu.
kalau aku rasa nak pergi, aku pun pergi saja.
time balik kerja, melangkah kaki ke luar pagar opis, aku akan buat keputusan on the spot.

aku lagi senang begitu.
sebab pengalaman aku selalu bila plan tak menjadi hahaha.

ada sekali, aku lepak di alamanda.
datang seorang abang tegur aku.
ohya, aku pernah bagitau kot yang aku SELALU ditegur orang tak dikenali.
sama ada tanya kan arah jalan, toilet, surau, LRT dan nombor bas WALAUPUN ramai lagi manusia di sekeliling aku.
muka kaunter pertanyaan sangat.
ok berbalik kepada abang tadi, dia tegur

"abang tengok kau ni stress sangat ni. banyak kerja ke?"

aku? dah tentulah terkedu, buat muka terkejut, pelik dan tergamam.
yelah, out of nowhere, orang tegur kau begitu, dalam hati kata, eh kau siapa???
tapi untuk taknak nampak kurang ajar, aku cuba senyum dan jawab

"stress kerja je" jawapan aku panjang tapi lebih kurang ginilah ayat dia.

abang tu pandang aku

"kau nak stress apa. abang tengok muka kau ni, paling kuat pun kau stress sebab pakwe".

menyumpah aku dalam hati dengan abang ni haha pepandai nak buat kesimpulan dari riak muka aku yang tengah termenung tu.

pakwe apamendeee la abang?

dah aku malas nak layan, aku mintak diri untuk pergi, padahal aku beralih ke kerusi sebelah je hahaha.

aku bukan stress la abang.
aku suka je duduk sensorang memerhatikan orang.
kadang-kadang aku perlukan kawan. tapi ada masa aku nak sensorang.
yang aku stress kan, orang macam abang lah tegur aku tanpa bagi salam.
haha.

.

No comments: