Feb 8, 2015

Aku dan cinta

Bulan januari dah berlalu.
Bulan februari pun dah berada di tengah-tengah.
Blog aku tinggalkan macam tu je.
Kesian kau blog.
Dapat tuan yang pemalas macam aku.
Maafkan aku. Ceii.

2015 hadir dengan sedikit kejutan.
Sikit jela.
Tak banyak.
Walaubagaimanapun, aku dapat laluinya dengan sabar dan tenang.

Aku kenal orang baru.
I mean, kawan-kawan baru.
I am quite happy with that.
Aku jenis manusia yang susah nak cari kawan.
Tapi once aku dah berkawan, kau akan dapat tengok the other side of Reena hahaha.
Orang kata, masuk air sikit.
Tapi masih lagi Reena. Tak lari tune pun.

Cinta?
Hmmm. Baru baru ni aku lepak dengan adik aku, Farah.
Di KFC Karak.
Adalah a few things yang aku ceritakan pada dia.
Tentang hati.
Tentang rasa.
Tentang apa yang aku alami.
Well yes.
Seperti yang dijangka, Farah memang lagi matang dari aku dalam memberi nasihat.
Ayat dia selamba.
Tapi menusuk ke jiwa.
Kau rasa?
Opkos buat aku terfikir.
Sampai bila harus aku menggantung satu hati hanya kerana aku degil untuk masih rasa bebas?
Sampai bila aku nak bebas?
Aku patutnya dah bersedia.

Aku perlukan coretan yang panjang kalau nak bercerita mengenai "cinta".

Ada masa.
Aku cerita.

1 comment:

diana aziz said...

Bukalah hati if dah ada org yg sudi...