Jan 9, 2015

Aku sayang mereka sepenuh jiwa



hari ini hari yang teristimewa bagi ibu dan abah.
hari ulangtahun perkahwinan mereka yang ke 33.
Alhamdulillah.
Allah masih panjangkan umur mereka untuk terus sama-sama menjalin cinta.

tiap kali bercakap pasal ibu abah, memang aku akan bergenang air mata.
sebab entahlah.
aku selalu rasa, aku belum lagi jadi anak yang baik untuk mereka
*tears*
aku selalu rasa, cukupkah apa yang aku bagi pada mereka selama ini.
jawapannya, tak.

ibu abah, sepanjang hidup ini, di uji dengan pelbagai ujian.
terpaling hebat, kehilangan anak sulung pada tahun 2009.
yang lain-lain hanya sampingan.
tapi ibu abah tetap tabah.
tetap mampu tersenyum.

untuk aku, ibu abah sentiasa menyokong apa saja keputusan aku.
apa saja kehendak aku, mereka cuba ikot.
aku akui, aku anak yang degil.
susah nak dengar cakap.
terkadang melawan.
terkadang buat apa yang mereka tegah.
banyak sudah perkara yang buat mereka terluka kerana aku, mungkin.

Allah.
kau panjangkanlah usia mereka berdua supaya aku dapat membalas segala pengorbanan mereka.
bagilah kesihatan yang terbaik dan kau sinarilah hidup mereka dengan keberkatanmu Ya Allah.

aku sayang mereka.
sepenuh jiwa.

.

No comments: