Dec 3, 2014

Day 11 : Kenangan Lucu Zaman Kanak-Kanak

dua minggu kebelakangan ni, minggu agak emosi.
pelbagai perkara terjadi.
melibatkan semua menda. termasuk cinta. eii geli bulu ketiak taip cinta.
cinta.
orang kata, kalau dah bukan jodoh, dikejar macamana pun, dia tetap bukan untuk kita.
so ye. aku berpegang pada kata itu.
pada aku, takde jodoh, bukan dengan dia, so tak payah fikir dah.
move on.

ok.

kenangan lucu zaman kanak-kanak eh?
alaaa banyak yang dah lupa lah.
ada yang ingat tapi sipi-sipi je.

pertama.

ni ibu dan makteh yang cerita.
masa umur aku 4-5 tahun kot.
pergi jalan ke melaka.
aku masa kecik sampailah dah sekolah rendah pun, suka pakai gaun dan skirt.
kata girlie kan ahahah.
so takde pelik lah kalau aku berjalan pakai gaun dan skirt.
so masa ke melaka tu, aku pakai gaun kotak-kotak.
kiranya akulah kanak-kanak yang terpaling comel time tu.
perghh Suri Cruise pun kalah lah kalau dia tengok mau dia seret muka dia kat jalan raya.
tetiba------
ibu dan makteh gelak besar.
rupa-rupanya spenda aku, dah terlucut ke bawah. getah spenda dah putus hahahaha.
malu weh ibu kata.
semua orang pandang.
aku masa tu 4-5 tahun manalah tau sangat kan semua tu.
di tengah bandar melaka tu lah kejadian tu.
gila ah.
eh ni bukan cerita lucah tau.
sesiapa anggap dia lucah, something wrong somewhere letew.

kedua.

masa umur 5 tahun rasanya.
aku diikat di pokok oleh arwah abang aku.
lepas tu dia ambil sarang kerengga yang opkos lah ada kerengga tu, letak kat badan aku.
gila kuasam la Kamarul Azreen ni weh.
menjerit aku satu kuartes dengar suara aku.

pada aku, semua kenangan dengan arwah memang kelakar.
sebab arwah je yang rapat dengan aku.

.