Nov 18, 2014

Day 9 : 5 Lelaki Yang Menarik Perhatian Aku

sebenarnya ikot musim.
hahaha.
tapi ada dua jejaka yang sentiasa aku suka tak kira masa.

1. DAVID BECKHAM



yang terapat taulah aku suka gila seh kat mamat ni. gila pun tak segila aku haha.
aku start suka dia masa world cup 98 masa tu aku baru je form 1.
haih.
nak buat camne siapa suruh muka tu hensem sangat.
satu lagi, sebab dia suka buat rambut stylo.
aku suka kot lelaki rambut stylo.
tak jemu tengok.
masa dia kawen dengan Posh Spice (kini Victoria Beckham) aku macam, kecewa jugalah ahhaahah.
poyo.
tapi sekarang tidak lagi. aku suka pula tengok Victoria Beckham tu.
aku harap dia sanggup bermadu dengan aku.
punya minat, sampai segala jenis gambar di suratkhabar, majalah semua aku gunting dan simpan.
beli mags yang ada gambar / cerita dia.
siap beli VCD kisah hidup dia.
gila ah time tu.
sekarang?
biasa saja.
tapi still dia menarik perhatian aku.
eh bebaru ni dia ada datang Malaysia, kan.

2.REMY ISHAK

gambar daripada Instagram Rasmi Remy Ishak

gambar daripada Instagram Rasmi Remy Ishak
yes. the one and only pelakon lelaki Malaysia yang aku suka.
tapi tengok jugalah cerita dia. macam Cun tu berapa kali entah aku duk ulang.
kalau cerita tak best, takdelah aku memaksa diri untuk tengok hanya kerana dia Remy Ishak.
macam cerita di TV3 bebaru ni---Kasih Berbisik. aku tak tengok pun sebab tak best. haha.
aku tak suka cerita yang campur pelakon negara lain.
dan heroin dia aku tak kenal so aku tak tengok.
kesian Abang Remy. aku tak tengok drama dia.
takpe adik reena janji next drama adik tengok dengan kusyuk dan cemerlang kay.

ok dua je.
takde dah.
tapi memang artis/ celebriti jela kan dua nye pun.
sebab dah tu je yang selalu nampak di mata.
kat tv kat instagram etc.

orang biasa?
ada dulu. 
lepas tu dia dah takde dah pindah so aku lupa dah dia.

hahahah.

ni namanya entri pemalas.

.

2 comments:

diana aziz said...

Mana aci 2 orang je... hahahaha

Reena Kamarudin said...

hahahaha nak buat camne dua je yang menarik perhatian