Nov 5, 2014

Day 3 : Sesuatu Yang Menguatkan Aku

pertama

pemikiran aku sendiri.
yep.
selalu bila jiwa sentiasa terusik, aku selalu kata pada diri, reena, kau kena kuat.
apa pun yang terjadi kau kena kuat.

kedua

Ibu Abah.
tak terbanding rasanya kasih sayang ibu abah kepada aku dan adik-adik.
aku rasa, tanpa mereka aku rebah kot.
bila aku rasa sesuatu tidak memihak kepada aku, aku suka balik karak, tengok ibu, tengok abah.
layan ibu layan abah dan aku rasa lega sangat.
sekarang aku susah sangat nak cerita masalah pada ibu.
aku suka pendam.
dulu, ya. sekarang tak.
sebab aku rasa selagi aku boleh tanggung, aku diamkan saja.
tapi, dengan hanya berada di samping ibu, abah, buat aku lupa pedih itu.
pernah la sekali dua, aku memang tengah dalam keadaan sedih (perlu diingat eh, bukan masalah cinta. tak kuasa aku nak bersedih kerana cinta)
so aku decide untuk balik karak.

sesampai saja, bila tengok senyuman ibu, luruh segala sedih tu.
lupa terus.
dalam diam aku menangis hahaha hati tisu i know.
aku pikir, kalau ibu tau aku bersedih, mesti ibu turut bersedih.
so aku pendamkan saja.
tapi bila balik karak, takde masa aku nak bersedih bila ada adik yang gila-gila selalu menghiburkan.
dan abah yang suka mengusik.

ketiga

coklat. ye betul. coklat. selalu bila aku rasa moody tak bersemangat aku akan makan coklat. that feeling tak boleh nak dijelaskan dengan kata-kata. dan dan aku ceria semula. tapi idaklah tetiap hari. dan takde pun bekalan coklat dalam drawer aku. selalu aku akan turun beli kat kedai bawah opis kalau terasa nak makan.


keempat

keinginan untuk tahu apa akan jadi di masa hadapan boleh buat aku jadi kuat untuk meneruskan hidup ataupun rasa bersemangat. biaq pi lah hidup aku mendatar je pun. janji aku ok haha.

ok itu saja.

No comments: