Nov 4, 2014

Day 2 : 5 Cara Memenangi Hati Aku




Kemain ah weh. siapa yang reka blog challenge ni?
malu aku nak taip ni huhuhu
oklah.
nak have fun je kan. 

1. Kelakar

lolololol. manusia suka ketawa macam aku memang suka orang kelakar. tapi taklah ketawa 24 jam. tapi entah. orang yang kelakar mudah sangat mencuit hati aku. be it lelaki or perempuan lah. setakat ni kawan-kawan aku semua kelakar hahahah. boleh ngam. kalau lelaki kelakar? memang dia menang di hati akulah. tapi ni bukan lawak bodoh / double meaning eh. yang tu aku tak suka. 

2. Isu semasa

oh gosh. aku tak boleh blah kalau lelaki tu tak tau isu semasa. kalau kau rasa malas nak bukak surat khabar pun, kitakan dah ada segalanya di hujung jari. klik la weh. malas sangat apsal. tak perlulah nak tau deep deep. surface je pun dah ok. lelaki yang tau isu semasa, nampak bijak walaupun kau cuma lulusan darjah 3. aku ni kengkadang blur haha so kalau ada orang yang suka cerita pada aku pasal isu semasa, aku sangatlah suka hahaha. so di sini, jawapannya aku yang malas.

3. suka / pura-pura suka dengan apa yang aku minat

kalau kau tak suka pun takpe. kau pura-pura je suka. itupun dah cukup buat aku rasa ohhh emmm geee u so hot. eh taklah. tak payah nak omputih sangat. dulu, aku suka lagu indonesia. lagu dari band-band indonesia. so aku akan burn lagu-lagu ke CD. pasang dalam kereta ex aku. kalau keluar let say ke Melaka, perjalanan dalam 3 jam lah dari Karak, so sepanjang perjalanan tu aku akan pasang dan nyanyi lagu Indonesia. so dia mungkinlah dah sebati, dia boleh masuk dengan lagu-lagu tu walaupun dia tak suka. last baru aku tau, dia cuba menyukai dalam kepuraan sebab dia suka tengok aku teruja bila tau dia pun suka apa yang aku suka. ok pening. 

aku akan teruja  bersinar-sinar kalau ada kengkawan / lelaki idaman tau dan minat dengan apa yang aku sukakan. rasa macam dihargai sesangat. 

4. cakap tak kasar

aku kan, walaupun aku kasar hahaha, aku tak suka lelaki yang cakap kasar. i mean, bukan kasar nak gaduh-gaduh tu, tapi cara cakap. eh kau faham tak? kan ada stail manusia cakap macam nak gaduh kan. apa diaaaa?? nak apaaa?? hmmmm!! eii tak suka. aku suka lemah lembut tapi gagah bukan sotong. kalau aku tak dengar apa soalan kau, ulang 2-3 kali dengan sabar, jangan tengking aku tau. lemah semangat aku.

5. penyabar

ok ni paling penting. sebagai wanita di era globalisasi ini, adalah menjadi tabiat aku mempunyai pelbagai ragam. so tolonglah sabar. sebagaimana aku sabar (laa sangat) dengan perangai korang semua. hihi. kata kuncinya sabar. 

ok.
ni bukan apply untuk dimenangi oleh lelaki/cinta saja.
dalam persahabatan pun sama.
tapi dalam persahabatan aku tak letak pun syarat.
kau sekepala, then kita boleh jadi sahabat.
lagipun siapalah aku untuk meletak syarat.
aku cuma insan yang hina lagi takde apa-apa.

ok jumpa esok untuk Day 3.


No comments: