Oct 17, 2014

Kenangan yang takkan dapat aku lupa

ahh rindunya nak menaip nak merepek di blog ni
sumpah rindu.
cuma yelah, masa macam tak mengizinkan ewah macamkan busy kebenor.
sebenarnya lebih kepada malas.
dan terasa apalah nak di share sedangkan hidup bukannya happening sangat.
lagu tu jugak hewhewhew.

kerja macam biasa.
cuma aku dah takde bos kecil.
dia dah bertukar. ala siapalah lagi kalau bukan Encik S tu.
sampai hati dia tukar jabatan.
tak tahan dengan aku letew hahaha.
taklah.
dia ada bagitau aku yang dia suka cari banyak pengalaman.
so oklah tu.

aku pun ada niat nak bertukar tapi tu lah masih lagi stuck kat sini.
bila entah nak buat surat tukar.
bukan bosan ke apa. cuma nak juga cari pengalaman baru kan.
tapi sayanglah nak tinggalkan jabatan ni.
dah ada kawan-kawan baik yang ngam sangat.
partner in crime yang havoc.
nanti nanti kalau pindah, aku sebatang kara acanner?
loser je pi cafe sensorang nanti.
jadi budak nerd.
hehehe.
tengoklah camne sebab 20hb ni genap aku di sini 5 tahun.
inilah first jabatan aku.

ingat lagi, aku isi je borang online SPA8.
kali pertama.
sebab abah suruh.
aku tak tau pun SPA8 tu menatang apa.
yang aku tau tu kerja kerajaan.
tapi aku takde perasaan pun.
aku isi ala kadar je hahaha.
dalam hati mengomel lah sikit 

"abah ibu ni mementang dorang kerja kerajaan lagi nak libatkan aku kerja kerajaan juga"

gitu.

bila dah isi, memang aku takde berharap ke apa.
aku rasa aku lupa kot.
ye. aku lupa aku isi permohonan online tu.
zaman tu mana nak ingat. asyik bercinta je. asyik nak enjoy je.
so rasa macam, ahhh tak penting semua ni.
teruk, kan?
sedih lah zaman dulu punya perangai.

2 bulan ke sebulan aku dah tak ingat.
aku dapat panggilan temuduga.
temuduga SPA tulah. yang aku isi online tapi takde perasaan tu.
dapat pusat temuduga di Imigresen Kuantan.
bertolak pagi kot dengan ibu dan abah.
sebelum subuh.
sebab Karak-Kuantan 3-4 jam juga lah.
kena ada di sana before 8.
bila sampai je tengok dah ada 10-15 orang yang menunggu.

yang jahatnya, aku potong Q.
dari nombor belas-belas aku pi kedepan. no3.

so tibalah giliran aku.
aku masuk.
berdebar la jugak. tapi aku kan suka berlagak cool padahal.
ok. ada 3 panel penemuduga.
suruh aku perkenalkan diri.
dari mana. semua lah.
suruh pula aku speaking sikit-sikit. aish.
bila aku kata aku dari karak yang Encik tu kemain buat muka terkejut

"Karak? jauhnya. datang dengan siapa?"

"dengan mak ayah, encik"

"bertolak pukul berapa ni?"

"pukul 4 pagi, encik"

"awalnya. mak ayah awak sanggup berkorban hantar awak pepagi sebelum subuh. awak kena balas tau pengorbanan jasa dorang tu"

"kalau  encik nak suruh saya balas jasa dorang, encik luluskanlah interview saya ni. hehehe"

"hahahahah" 

panel gelak

sempat kau aku "hehehe" kat situ.
lebih kurang gitulah dialog aku.
heheheh.
bila ingat rasa macam apalah aku merapu kat dalam tu.
lama jugaklah kat dalam tu.

then dah setel. balik.
pun aku lupakan terus.
aku jenis tak suka berharap.
so aku teruskanlah hidup aku macam biasa.

then something big happened----abang aku meninggal pada tarikh 5/9/2009.
memang separuh jiwa pergilah.

aku ingat lagi, 2 hari selepas dia pergi, aku check result interview tu melalui SMS.
ha kau.
aku lulus kot.
tapi aku tak happy pun.
aku takde rasa apa-apa.
sebab aku masih dalam mood berkabung.
yelah, baru dua hari kot abang aku pergi.

aku duduk je dalam bilik.
aku diam.
sambil baca mesej tu berulang kali.
airmata menitik-nitik ni tanpa boleh di tahan tahan.
sebab aku ingat lagi, pagi aku nak pi interview tu, abang aku tunggu aku tau.

aku tanya dia 

"abang, kau rasa, aku boleh buat tak?"

"mestilah boleh punya kau kan pandai cakap"

so aku nangis nangis nangis lagi lagi dan lagi.

bila dah dapat kekuatan, aku ketuk bilik abah. siang masa ni tau.
waktu zohor.
abah tengah terbaring.
jiwa abah masih lemah masa ni.
aku datang.
aku tunjuk mesej pada abah. aku bacakan.
bila aku habis baca, diluar jangkaan aku, abah menangis, macam anak kecik.
sumpah aku tak tipu.
menangis mengongoi kau tau tak camne?
abah kata

"ya Allah, abang takde dah nak dengar berita gembira ni. abah dah hilang sorang anak, nanti Ngah pergi, lagi abah sunyi".

aku peluk abah.

Allah.
Allah.
Allah.

apa ni?
aku tak sanggup kot nak tengok abah nangis camtu.
aku taknak tengok abah nangis.
aku tak boleh tengok lelaki menangis, lebih-lebih kalau lelaki itu adalah abah.
aku jadi lemah.
tapi korang akan taulah camne, bila mak ayah kita dalam keadaan sedih, kita yang kena kuat.
walaupun itu hanya untuk pura-pura.
kuatlah, untuk mereka.

so a week after that, ibu mula temankan aku cari barang kelengkapan.
kitorang keluar. ambil angin luar.
percayalah. kehilangan itu buat kami taknak berada di rumah.
sebab di mana-mana ada dia.

so ibu belikan aku handbag. warna putih.
heheh itulah weyy first handbag aku yang macam pekerja opis tu.
handbag yang the real handbag yang betul-betul keperempuanan.
heheheh.

so 20hb Oktober 2009 aku pergi lapor diri ditemani ibu abah dan si dia.
si dia bawa kereta opkos lah mana aku tau jalan.
ke Putrajaya.
maka saat itu bermulalah kerja aku sebagai penjawat awam.

sebenarnya aku takdelah nak cerita pengalaman aku dapat kerja hahaha.
tapi entah melalut je aku ni.

ramai kata aku bertuah.
isi borang online kali pertama terus dapat interview terus berjaya.
aku akan kata, rezeki orang lain-lain.
:)

sepanjang 5 tahun baaaaaaaaaaaaaaanyaaaaaaaaaaaaaaaak gila kenangan.
banyak gila cerita.
yang manis.
yang pahit.
yang buat aku tergelak.
yang buat airmata mengalir laju.

ceruk mana je dalam Putrajaya ni yang aku tak pernah pergi.
sampai ke Presint 20 pun aku pernah pergi.
hahahah hampeh betul bila ingat.
member kata tunggu kat presint 20.
aku dan member lain pergilah cari.
sampai-sampai je eh ni ke presint 20.
apsal sunyi semacam.
rupanya tanah perkuburan.
siot betul.
waktu malam pulak tu.
nampak putih je batu nisan.

eh panjangnya aku menaip.
oklah.
aku nak balik dulu.
aku balik pukul 5.
saja extend sikit masa.
sebab rasa macam bosan pulak balik awal.

nanti kalau aku rajin, kalaulah, aku cerita lagi kenangan aku kay.
bye.

2 comments:

diana aziz said...

Sukeeee sangat baca blog awk.. cara awk cerita, menaip, teratur je... entri yg semua bahasa berterabur. pastu merepek raban lak tu.. T__T

Reena Kamarudin said...

diana : heheh mana ada awk. biasa je. camne saya bercakap macam tu la tulisan saya. tapi blog awak pun best. hari2 tunggu nak baca hehe