Oct 9, 2014

Saja meluahkan.

Tempoh hari semasa aku mengagah anak buahku, Sunan Andika, adik ipar merangkap bapak si Sunan bertanya

"Kakngah tak teringin ke nak anak? Sunan, tanya mummy bila nak kahwin"

I was like dangggggg.

Tersentak jiwa.
Bukan tersentap tau tapi tersentak.
Seperti jiwa direntap sepasang tangan yang ganas.

Buat aku terfikir.
Sampai bila aku nak tolak semua ini?
Sampai bila aku harus menidakkan satu ikatan halal?

Bukan.
Bukan aku tolak ikatan perkahwinan.
Cuma jodoh belum ada.
Ramai kata aku memilih.
Nak memilih tang manalah aku pun bukannya lawa.
Bukannya berharta.
Cuma aku boleh cakap cinta dengan aku dah jauh.

I dont wanna feel that kind of feelings anymore.
I dont want.

Aku selalu rasa bila aku involve dengan cinta aku akan terluka.
Be it cinta sebelum kahwin atau selepas kahwin.
Lagi takut cinta selepas kahwin.
Bagaimana jika aku tak dapat bahagiakan suami aku.
Bagaimana jika aku persiakan semuanya.

Aku ada berkawan dengan lelaki.
Tapi taklah serapat mana.
Baru-baru ni aku berkenalan dengan seseorang.
It went well until he asked me to marry him.
I was like wowww.
Secepat itu?
Tapi jiwa gembira tu takde.
Dan dia hanya berusia 23 tahun.
Aku takut.
Dia muda 6 tahun dari aku.
Aku takut dikecewakan.
Macamana kalau dia masih mahu playing around selepas berkahwin?
Haa takut.

Jujur aku bagitau aku dah lama tak jatuh cinta.
Last time aku jatuh cinta tahap gila adalah pada tahun 2007-2011 with the same guy.
Everytime he did something sweet aku akan katakan pada dia aku jatuh cinta lagi lagi dan lagi pada dia.
Yea.
I am sweet like that weeeee.

Dan maybe kerana itu aku susah mahu jatuh cinta lagi.
Or maybe seiring dengan usia sebegini aku sudah tidak mau bercinta.
Sebab pada aku semuanya buang masa.
Buang rasa.
Kahwin terus.
Kan?

But it is not easy for me ya.
I am not that type of girl who can easily accept the guy yang aku tak tau sikapnya.
Macamana lepas kahwin baru tau ketiak dia busuk makan berbunyi pengotor.
And even worse panas baran?
Haaaa takut.
Kalau yang pengotor ketiak busuk tu semua maybe lah boleh diubah.
Tapi kalau panas baran?
Nanti sekali aku menjawab sekali aku kena lempang.
Dahlah aku pun panas baran boleh tahan jugak sama level dengan John Cena.
Menjawab pun no satu.
Mihmih.

I know.
My ex pun dah ada hidup baru.
Tapi i dont give a damn pun.
Kau nak ada anak sepuluh pun aku tak peduli dah.
Masa mula-mula putus tu yelah aku selalu menyumpah dia mati pucuk tolong jangan ikot perangai ni hahah masa tu aku beremosi.
Tapi sekarang tidak lagi.
Betul kata orang.
Time heals almost everything.

Tapi sekarang ni aku tak pernah terbayangkan aku as a married woman.
Aku takut sangat pada komitmen.
Aku suka kebebasan.
Aku rasa aku tak boleh terikat.

Itu sekaranglah.

Tak taulah esok lusa camne.

Guy yang 23 tu pun ok.
Aku explain elok-elok.
Kami kawan dah hampir 4 bulan.
Dia ok.
Nampak matang.
Cuma tu la muda sangat.
Nanti aku dah tua dia muda lagi.
Hahaha.
Haaa cannot brain.
Dia kata dia ok dengan yang lebih tua dari dia.
Yela, dia oklah.
Aku ni?

So now kami masih berkawan.

Wow.
Susah ni aku nak cerita hal peribadi aku dalam blog kesayangan aku ni.
Tetiba malam ni aku rasa nak meluahkan apa yang aku rasa.

Oklah aku stop dulu.
Nanti-nanti aku buat sesi luahan lagi kay.

1 comment:

diana aziz said...

Ingat 1 je, kalau dah jodoh tak kemana. kawin dgn yg tua pn, belum tentu jgk dia tu elok.. istikharah. jodoh istikharah ni adalah jodoh terbaik untuk kite. In sha ALLAH.