Oct 29, 2014

Tak sengaja lewat depan rumahmu ku melihat ada tenda biru.

sabtu 25 oktober terpatrilah satu ikatan sah antara Pak Itam (aku panggil piktam) dengan isterinya.
Jodoh adalah kuasa Allah.
ini perkahwinan ke 3 piktam.
yang pertama, meninggal dunia.
kedua, bercerai hidup.

piktam dah 60 tahun.
ada anak sorang je, dengan isteri pertama.
isteri kedua takde anak.
so bagi aku, piktam memang patut kawen sebab nanti nanti siapa nak jaga dia.
dahlah anak sorang je.
nanti si Ayu tu dah kawen, piktam tinggal sorang.
bukanlah nak cakap Ayu tu takkan jaga dia.
kita tak tahu masa depan camne kan.

aku taknaklah nanti tengok dia bersendirian.
sedih kot.
so bila piktam ambil keputusan nak kawen, i am the happiest person on earth.
diharapkan ikatan kali ini berkekalan ke akhir hayat.
as usual, tak banyak pun gambar yang di ambil.
sebab sibuk. cewah. takdelah sibuk sangat.
dan semua pic aku ambil di instagram saja.


aku dipaksa oleh MakAnjang (adik abah) untuk bawa sirih junjung.
hentak-hentak kaki juga aku taknak.
tapi kau berani lawan MakAnjang?
petir kot hahahah.
sekali dia buka mulut setahun pedihnya hahah.
so bawalah aku.
masa nak naik kereta aku pass kat adik saudara aku.
masa tu dia tengah borak dengan kawan dia so dia leka.
aku buat-buat lupa.
sekali dia panggil aku. eh ingat pulak budak ni.
aku menonong je ke kereta.
tapi dikejarnya aku. hampeh betul. hahah.
ohya.
dalam keluarga kandung, aku cucu sulung (sebenarnya arwah abang aku. tapi dia dah takde, akulah kan)
so sebagai sulung, aku memang suka bossy sikit haha.
bengang je adik-adik saudara aku dengan aku.
masa aku kecik mak-mak korang rajin buli aku kan.
so aku buli korang pulak. hahah
nice sistem.


 hai. ni Sunan Andika. dah 6 bulan. rasa macam cepatnya si Sunan ni membesar. dah 6 bulan. pejam mata dah darjah 1. pejam mata, dah masuk U. pejam mata dah kawen. pejam lagi mata, dah mata aku tak buka-buka masuk kubur terus. sobss. cepatnya masa berlalu.


hmm yelah yelah. aku bawaklah. nyampah.
aku kan tak suka warna kuning. so not me.
tapi anak pengantin, Ayu paksa kami pakai.
oklah oklah, kasi can majlis bapaknya kan.



with Makteh (adik abah)
sayang Makteh.
Makteh very motherly walaupun Makteh tak kawen lagi.
aku janji dengan diri aku, aku akan jaga Makteh selagi nyawa ini dikandung badan selagi hayat ini masih berdiri cewah Black sangat.
tak pernah jemu menasihatkan, mendoakan dan memberi kata semangat.
nasi goreng boddo Makteh memang terbaikkkkk.
kitorang, anak-anak saudara dia suka gelakkan Makteh sebab Makteh kelakar.
Makteh relaks je bila kitorang gelak-gelak.
bukan membodohkan dia ok. cuma kata-kata dia, perbuatan dia tu mencuit hati.
hari tu Adam (adik saudara) kata, kalau Makteh ada facebook nama facebook dia Rawiyah Sempa.
Rawiyah nama Makteh. Sempa nama kampung yang Makteh duduk, Kampung Sempa.
lepas tu update pasal besi buruk.

"kurang asam punya India curi besi buruk rumah aku"

aku tokok tambah. satgi nak panggil Najmi (anak angkat Makteh) balik dari main, Makteh tulis je kat wall fb

"Najmiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii balikkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk"

redhoo je Makteh.
Makteh ni tak pernah berhenti mendoakan kebahagiaan aku. sepertimana aku sentiasa mendoakan kesejahteraan dia.
sayang Makteh.
muah ciked.




tengah tunggu pihak perempuan menjemput.
aku dah macam, alaa lambat lagi ke panas ni tak tahan. lapar dahaga semua ada.
dalam 15 bijik kereta jugalah yang berarak.
kemain.
macam anak bujang nak nikoh.
hebat piktam.


dengan adik saudara yang gila. kiri abi, adam. kanan syera.
abi kalau bergambar memang suka buat muka hodoh.
lempang kang.


dari kiri pakai spek, Pokde (adik tiri abah), adik aku Faeez, Yai (adik saudara), abi.
pokde tu antara bapak saudara paling sporting.
antara. sebab ramai yang sporting. so dia adalah salah sorangnya.


ok dah nak gerak dah.
aku paling depan ok.
tinggal rombongan yang lain kat belakang.
lepas tu pakcik jurucakap (wakil pihak perempuan) cakap kemain kuat 

"amboiiii lajunya dia berjalan, nak kejarkan apa"

semua orang pandang aku.

eh, dia tak tengok aku ni berlemuih dah ni hahahaha.
aku peduli apa.
janji aku nak masuk rumah nak kena kipas.



masa ni dah siap akad nikah dah.
yang kelakarnya, semua orang suruh piktam cium dahi miktam.
piktam taknaklah sebab dia malu dah tua kan.
tapi pakcik jurucakap yang kecoh tu hahah suruh juga. paksa juga.
sekali kau, piktam cium siap ada bunyi macam orang bercium tu hahah bunyi berdecit tu.
terus aku mimpi ngeri malam tu hahahaha.
geli pula aku bila pikir.
semua salah pakcik jurucakap tu.



the pengantins.
aku kira rapat juga dengan piktam ni.
sebenarnya dengan semua adik-adik abah aku ok. rapat dan sekepala.
bila dah besar ni buat kawan je.
piktam ni garang sebenarnya.
tapi aku dengan dia buat bro bro je. mati kutu dia.
opkoslah aku hormat dia.
alaa contohnya dia nak marah aku, aku buat sengih-sengih relakslah piktam sambil peluk bahu dia hahaha.
terus tak jadi orang tua tu nak marah.



miktam.
selamat datang ke keluarga kami.
happy go lucky boleh tahan.
gedik pun boleh masuklah dengan aku hahaha.
motip pegang perut?



balik tu terus pergi kuantan.
jauh ok. dalam 3 jam perjalanan.
tapi sebab aku nak tunjuk ibu satu tempat maka kena pergi juga.
nanti taklah ibu tercari-cari dengan abah.
macam biasalah, pergi Kuantan mesti singgah Teluk Chempedak.
sebab tu aku tak pakai baju kurung kenduri ni.
sebab ibu dah bagitau siap-siap sehari dua tu nak pergi Kuantan selepas majlis.
semua orang berpecah.
ada yang pergi Gambang Waterpark.
ada yang pergi Temerloh Waterpark.
pengantin?
entah kami tak ambil peduli.
pandai-pandailah bawa diri hahaha.

kami makan di Restoran Ikan Bakar Petai Ana kot nama dia.
oklah. bolehlah.
takdelah kebabom sangat.
tapi kau, perut kenyang sampai dah tak boleh masuk dah.

dan terimalah gambar terakhir sebelum aku tutup entri ni.
maaflah kualiti gambar tak ok sebab ambil kat Instagram je.
malas nak transfer.


kemain Sunan.
tampar nak?

gambar ni Mieya yang ambilkan.
oklah boleh diharapkan dah.

No comments: