Jul 11, 2014

Sebelas Julai.

pukul 12.05 tengah malam tadi
waktu landing nak tidur
sambil tersenyum aku bisik pada diri
"selamat hari lahir, aku"
lantas mata dipejam.

dan aku cuma tunggu seorang saja insan istimewa yang ucapkan.
kalau dia ucap, bermakna, hari lahir aku akan jadi lengkap selengkap lengkapnya.

pada pukul 5 pagi tadi, insan istimewa itu hantar mesej.
dan lengkaplah hari lahir aku.

sebab pada tarikh ni, 20++ tahun lepas, dia yang bertarung nyawa melahirkan aku.
dan dia tak pernah lupa.

terima kasih ibu melahirkan kakngah pada tarikh ini.

jangan pernah menyesal punya anak seperti aku.




.

2 comments: