Jul 9, 2014

Kerana Palestine, Hongkong dan Brazil


image googled



1. doakan untuk Palestine.
ini betul-betul meruntun jiwa aku. apalah dosa anak-anak kecil sehingga Israelaknat ni sanggup bunuh.
bila tengok tentera Al Qassam bersedia untuk melawan Israel tu, meremang bulu roma aku. macam tengok filem (yelah, tak pernah mengalami, hanya pernah tengok dalam filem omputih). padahal, itulah realiti. tak tertahan sedihnya bila fikir aku bangun sahur (itupun malas nak bangun lagi), anak-anak palestin berjuang untuk hidup. Allah. di bulan Ramadhan pulak tu.

tak sanggup rasanya aku nak tepek gambar mangsa Israelaknat ni. tak sanggup. kawan-kawan, bolehlah ambil tau perkembangan Palestin di AMAN PALESTIN ini.

sama-sama kita doakan, kemenangan berpihak kepada Palestin.

musykilnya, mana pergi negara arab semua? baring dalam selimut?




2. ini lagu daripada drama Hong Kong kegemaran aku.
pukul 7-8 di 8TV.
i tell you what, aku memang suka layan drama cina Hong Kong.
bolehlah tau a few words.
sebab bahasa diorang sama dengan bahasa cina sini.
mostly la.
that hero, perghh berdarah hidung.
nama dia Bosco Wong.

kau rasa? aku suka muka cina yang tak macam cina. eh tak rasis kan? hahaha (image googled)

tajuk drama ni Witness Insecurity.
sinopsis baca SINI

lagu ni best.
the best part is (paling sedih, episod last)
hero mati. dan lagu ni dimainkan.
i cannot tahan airmata. lol.

entah. memang dari duuuuuluuu lagi aku suka tengok drama/filem cina.
suka dengar lagu cina (sebelum munculnya kpop) heheh
tapi sekarang minat lagi.
walaupun aku tak faham sepatah haram lirik dia, aku suka je dengar.

3. bangun pagi tadi tengok penuh newsfeed dengan cerita Brazil kalah banyak.
walaupun aku tak minat sangat bola tapi baca tu adalah. dah kata tulis kat fb kan. 
tapi sebenarnya memang aku tak suka brazil pun haha. sebab asyik dia je menang. perempuan mudah bosan tau kalau menda sama je. aku sokong England tapi England dah kalah awal. tinggal Belanda dan Jerman jelah. jangan Argentina sudah. aku tak suka Argentina. diorang pernah buat Beckham aku dibuang padang. haha. aku ingat lagi tahun 98. baru je nak cuci mata, Beckham kena kad merah. i is marah zangat-zangat.




sama-sama kita doakan Palestine kembali aman. supaya diorang boleh puasa, boleh beribadah dengan aman.

dan satu lagi, kalau orang tu update pasal bola, tengok bola, tak bermakna dia tak ambil tahu pasal isu-isu Palestine ni semua.
kadang-kadang, sifat ambil berat kita tak payah nak dihebohkan sangat.
doa diam-diam sudah.

bye.

.

No comments: