Jul 16, 2014

Jodoh bukan bodoh apatah lagi hodoh

Bila berbuka sensorang, aku makan sesimple simplenya.
No nasi no mee no berat-berat.
Entah.
Takde selera hahaha.
Ikot suka tekak akulah nak makan apa.

Kalau di Karak ko toksah cerita lah.
Paling kurang mesti ada lauk ada sayur ada sambal belacan/tempoyak dan ulam.

Yang paling best, aku cuma perlu buat ayat ni
"buuuuu, kakngah teringin la nak makan ______ (apa-apa yang nak lah) berbuka nanti hmmmm sedapnya" sambil pejam mata hahah saiko.
Tuntas dan cargas ibu masak.
Ibu kan, memang kalau puasa dia tak bagi aku masak.
Sebab takut tak sedap hahahah nanti merosakkan masakan haha sampai hati.

Lagipun abah tu anje anje sangat.
Nak juga isteri dia yang masak.
Nanti ibu tanyalah
"bang, terung ni nak masak camne?"

"awak goreng je biasa-biasa. Nanti petai tu tak payah buang kulit"

Ha gitu.

Ibu mesti wajib mintak pendapat abah nak masak stail apa nak bubuh apa.

So itulah penjelasan aku kenapa aku tak masak.

Macam last saturday, aku cakaplah teringinnya nak makan "tempoyak daun-daun campur".
Hang tau dak padiaaa?
Alaaa gugel la eh.
Dia macam campur daun kaduk daun kunyit masuk terung pipit dan ada lagilah tanaman yang dicampur.
That's my favret.

Petang tu juga abah pi cari semua bahan kat rumah makteh.
ALLAH.
Terharunya rasa.
Nak nangis pun ada.
Abah ibu tak pernah hampakan apa yang anak-anak dia nak esp. bab makan.
So tengoklah badan anaknya ini.
Kihkihkih dah jangan kutuk.

Dan menda ni buat aku terfikir mampu ke aku jaga abah dan ibu suatu hari nanti bila mereka dah tak berdaya.
Menyediakan segala kelengkapan untuk keselesaan mereka nanti.
ALLAH.
Sayunya hati.

Sebenarnya banyak yang aku nak aku dapat.
Tak terkata.
Bukan dari segi makan je lol dari segi lain pun ada.
Tentang masa depan.
Tentang jalan yang aku pilih ni selagi terbaik untuk aku sendiri.
Sebab abah pernah pesan
"Ngah, buatlah apa yang terbaik. Bukan untuk abah bukan untuk ibu. Tapi untuk Ngah sendiri"

Amboi tersayu pulak.

Ok.

Part lain.

Last 11 julai besday aku.
Terima kasih yang tak terhingga kepada yang ucap di whatsapp, wechat, inbox fb dan wall fb serta text aku.
Wah retiss ke ko tu.

Setelah diteliti, 70% mendoakan semoga aku bertemu jodoh.
Alhamdulillah.
Terima kasih.
Aku hargainya sangat.
Siapalah yang taknak ada zuriat sendiri hahaha bukan pikir nak ada laki dulu terus pikir zuriat.

Yelah, siapa yang taknak kan.
Tipulah kalau aku kata, aku tak berdoa semoga dipertemukan jodoh.

Tapi yang orang lain tak tau, doa pertama aku adalah semoga pintu hati aku terbuka.
Then baru dipertemukan jodoh.
Yang baik.
Yang tak panas baran.
Yang boleh bimbing aku lagi dan lagi.

Yelah, siapalah taknak ciri-ciri camtu kan.

Dalam hidup ni aku pernah dipertemukan dengan orang yang salah.
Membina rasa cinta dengan orang yang salah.

Tapi aku hargai semua tu.
Sebab menda ni (putus cinta) mengajar aku yang dunia tak berakhir pun kalau takde dia.

Sakit kot putus cinta.
Dia bukan sakit sebab hilang dia tau.
Sakit sebab sakit hati hahaha.
Rasa gerammmm je.
Hahahaha.

Tapi sekarang aku dah ok.

Ok dahlah cerita pasal cinta geli geleman aku.

Ohya.
Pasal kes perempuan meroyan CDM25.
YAALLAH.
Urut dada aku tahu hahaha.
Awat la ganas naw naw dia tu?
Tapi kan aku rasa, kalaulah uncle tu diganti dengan abang sado tough macho ko rasa dia berani ke tak eh?

Aku kan, nak kata baik sangat tu taklah.
Yelah kang kata baik kang ko kata aku perasan.
Tapi aku pegang prinsip
"aku takkan buat orang lain seperti mana aku taknak orang lain buat ibu abah aku"

Ko tak payah pergi jauh.
Cuma pikir orang tua tu abah kita.
Nak ke kita, mampu ke kita tengok orang lain buat abah kita camtu.

Eii aku tak sanggup.

Ibu abah aku kot
Takkan nak bagi orang buli.

So apply kan la macam tu dalam kehidupan seharian.

Hmm oklah.
Aku sakit kepala ni.

.

No comments: