May 8, 2014

Kerana rindu tak terhingga

semalam baca entri kak pilla pasal rindu.
kalau tanya aku, pernah tak rasa rindu, jawapan aku sudah semestinya.
takde rindu yang terpaling hebat bagi aku selain rindu pada arwah abang aku.
hari-hari.
Tiap saat.
Tiap detik.

Doa untuk dia tak pernah aku lupa lepas solat.
Itu sajalah penghubung jiwa kami berdua.
Aku rasa dia dekat dengan aku bila aku dekat dengan Allah.

Nak kata aku poyo pun takpe.
:)

Bila aku rasa tak tertanggung beban di hati tentang hal-hal yang melibatkan keluarga, masa itulah, rasa rindu pada dia tak terkata.
Aku suka tengok gambar dia dalam henfon dan mengadu. Huhu.
Aku ceritalah apa yang terjadi.
Sambil airmata berjurai-jurai ni macam ayaq terjun huhu.

Aku selalu mengadu, aku tak kuat jadi kakak. Jadi anak sulung lepas dia pergi.
Aku rasa aku tak mampu.
Entah.
Maybe a bit childish tapi tak kesah lah kan.
Orang takkan faham sebab dia takde ditempat kita.

Selalunya lepas solat, sedekahkan al-fatihah dan surah Yasin, aku akan rasa rindu sangat.

Mulalah terbayang-bayang raut wajah dia.
Lawak dia.
Ketawa dia.
Suara dia menyanyi bila mandi.
My gosh.
Rasa nak tendang pintu bilik air kalau dia mandi.
Hingaq kau tau tak.
Selalunya dia akan nyanyi lagu "sinar matamu bagai api membakar" alaaa yang pernah awie nyanyi dalam hantu kak limah tu.
Tu memang lagu favret dia.

Stail dia kalau dia tengah bercakap kita kena alert.
Sebab bila kita tak dengar dan kita kata "hah apa dia?" dia mesti kata sori tiada siaran ulangan.
Masa tu rasa eii pakkal kau abang aku kalau tak heheheh.

Korang tau, dia kalau masak peerrghhhh memang sedap.
Yela belajar pun dalam bidang masakan.
Dia boleh buat sardin tu jadi 3 rasa.
Lepas tu nasi goreng dia sekuali pun boleh licin sekelip mata.
Dia suka makan.
Makan pula ya rabbi penuh menggunung.

Satu lagi kan korang dia pandai menjahit.
Comel je dia duduk atas kerusi sambil jahit seluar panjang guna mesin jahit ibu.
Aku pun selalu suruh dia jahit. Hehehe.

Dia abang yang baik terhadap kami.
Dan ya, dia bukan sekadar abang bagi aku tapi dia jiwa aku.
Bila dia pergi aku rasa separuh dari jiwa aku hilang.

Aku tak boleh tunjuk aku lemah depan ibu abah.
Sebab ibu pernah kata aku adalah kekuatan dia dan adik-adik.
So kalau aku lemah ibu dan adik-adik aku lemah.

Tapi dalam hati tuhan saja yang tau.
Betapa lemahnya aku ini.

Hari ni aku rasa rindu sangat dengan arwah.
Rindu sangat sangat sangat.
Sehingga aku tulis entri ni pun air mata tak henti-henti keluar. Aishhh.

Orang kata dah dah lah tu.
Dia pun dah lama pergi.
Ya.
Siapa kata aku tak redha?
Opkos aku redha.
Cuma salah ke aku mengimbau kenangan dengan dia.
Sebab rindu itu sentiasa ada.
Mana mungkin aku lupakan abang aku yang tuhan pinjamkan pada aku sehingga aku berusia 24 tahun.

Kami membesar bersama-sama.
Mana boleh lupa dia ikat aku kat pokok jambu dan letak kerengga kat badan aku.
Hahaha jahat.
Makteh kata aku menjerit tak ingat dunia.

Mana boleh aku lupa dia yang tolak basikal aku sehingga aku jatuh longkang dan aku rasa kepala aku kemik.

Mana boleh aku lupa aku dengan dia sama-sama terbalikkan tv ibu sampai pecah berderai.

Mana boleh aku lupa dia yang selalu mintak aku beli air kopi dan nasi lemak untuk dia bawa bekal ke tempat kerja.

Mana boleh aku lupa abang yang faham jiwa aku yang bertolak ansur dengan aku dalam apa jua keadaan.

Mana boleh aku lupa dia bagi aku rm50 4 hari sebelum dia pergi. Bila aku tanya untuk apa. Dia kata saja untuk belanja awak. Allah.

Mana boleh aku lupa beberapa jam sebelum dia pergi dia off kan henfon dia dan serahkan pada aku. Aku pandang dia. Dia kata dah takde apa nak ditengok lagi.
Allah.
Dia dah tau dia akan pergi.

Mana boleh aku lupa saat dia menarik nafas terakhir di sisi aku di dalam ambulans. Hanya aku dan dia.
Aku, yang Allah pilih untuk menemani dia di saat-saat terakhir.
Bulan puasa.
Saat nafas dia terputus, azan maghrib berkumandang.
Selepas tol temerloh. Di situlah hidup dia berakhir.

Allah pinjamkan dia selama 27 tahun kepada ibu abah.
Untuk dia berbakti kepada ibu abah.
Dan aku rasa jasa dia sepanjang dia hidup sudah cukup bagi ibu abah.

Allah.
Rindunya aku pada dia.
Rindunya aku pada sifat pelindung dia.

"Awak jangan risaulah, awak mesti lulus interview tu"

Itu kata dia masa aku balik dari interview kerja aku sekarang.

Dan ya.
Dua hari selepas dia pergi aku dapat surat panggilan lapor diri.

Abang.
Rindu sangat dengan awak.
Seribu tahun pun takkan padam rasa rindu ini.
Selagi masih bernyawa aku takkan lupa kenangan kita.
Selagi masih Allah izinkan aku akan jaga keluarga kita. Jaga ibu abah.
Awak jangan risau.

Allah.
Terima kasih pinjamkan dia sekejap.

Al-Fatihah.

No comments: