May 21, 2014

Kerana Abah Ibu sayang selalu

malam tadi tertidur awal.
kenapa ter?
sebab aku plan nak basuh baju, kemas bilik, gosok baju etc.
tapi aku tertidur dalam 8.45. 
itu last jam yang aku tengok la sebab aku membaca sambil baring.
sedar-sedar je dah pukul 3.27 pagi.
ohmy.
tetiba aku confuse. aku ni pengsan ke apa?
nak kata penat sangat tu takdelah.
cuma aku kurang sihat. suara pun nak taknak je keluar.
kalau aku cakap orang pun tak dapat beza eh ni ramli sarip ke reena ni.
gitu.

ok.
lama tau aku cuti.
isnin 12hb till 16hb.
cuti lelama pun aku tak suka sangat.
sebab rasa otak tepu je.

dah tu duduk kampung, ibu masak sesedap.
asyik makan je.
haaaa tatuittt berat naik mendadak.
terus hari ni diet semula kihkih tapi kita tengok sampai ke malam ke tak.

masa mula-mula diet, memang disiplin baq hang.
sekarang ni, why reena why?
takmaulah camni.
kata nak kurus cantik macam Queen Elsa.
eh?

hahaha.
aku pun dah gila. gila kat Frozen.
cantiklah suasana dia.
dengan ice castle dia. rambut dia.
let it goooo let it gooo.
sukaaaa.

khamis 15hb aku hantar ibu abah buat check up untuk warga emas.
ibu memang 3 bulan sekali buat.
yang liatnya abah.
ada jelah alasannya. ya Allah, memang payah sangat kalau nak ajak dia pergi klinik.
bercinta rasanya.
tapi ibu kata, aku kena paksa dia.
ibu kata, abah dengar cakap aku. so baiklah. kita guna kuasa veto.
suara kena tegas. tak boleh mengalah.

sampai je klinik, tengok dah ramai orang.
abah pandang aku, buat muka bosan.

"ramailah ngah. abah tak suka menunggu. tak payah la ye"

"sekejap je ni. bak sini kad pesara abah"

tegas. tak pandang abah.
aku ni mana boleh pandang muka. kang aku mengalah.
dah ambil nombor ibu abah, aku tengok eh tak lama je lagi giliran ni.
see.
Allah permudahkan.

bila abah dah keluar dari bilik rawatan, tersengih-sengih pandang aku.

"kolestrol abah tinggi, Ngah. lepas tu darah tinggi pun tinggi ni 180/110"
sengih.

"tingginya abah. itulah, kita kena check up supaya tau apa sakit kita ni. lepas ni jangan nak skip dah. ubat tu makan sampai habis"

"abah tak sukalah ubat klinik"

"abah, abah tau tak, ubat klinik kerajaan la terbaik. ramai orang berebut tau nak ubat klinik kerajaan"

ye ye je aku berebut.

itu aku tinggalkan kat rumah tu tak taulah dia makan ke tak ubat tu.
haih la abah.

ibu pulak kencing manis tinggi.
risau sangat aku ni.
orang tua kan, dah balik ke zaman bebudak. degilnya boleh tahan.
kita yang anak-anak ni pulak yang duk urut dada untuk bersabar. hahaha.

abah tu gout pun ye jugak.
selasa malam tu dalam pukul 11.30 malam aku dan ibu ke rumah sorang pakcik ni pergi beli ubat untuk gout.
sebab tengok abah macam tak tahan sangat dah.

dahlah kena ikut jalan kampung yang scary tu.
kena lalu simpang tiga yang gelap.
kau tau tak cerita kampung hantu-hantu jalan gelap tu kan?
ha camtulah kawasan kampung tu.
tapi demi abah, segala apa sanggup ku redahi haha.
terbayang je cik ponti melintas. ha takuuuuttt.

sampai je, pakcik tu bagi free tak payah bayar.
semoga murah rezeki dia. amin.

itulah kan.
bila mak ayah kita semakin tua.
sakit pening memang tak lari.
masa kita kecik, bila kita demam diorang la yang paling risau tak tidur malam.
ni tibalah pula giliran kita.

aku selalu terfikir, sempat ke tak aku ni jaga ibu abah.
cukup ke tak apa yang aku dah bagi selama ni.
memang bila pikir sensorang layan perasaan, aku akan rasa aku belum jadi anak yang baik.
sobsss.

ok, balik dari klinik tu, pergi beli barang dapur kat Bentong.
saja nak bagi ibu abah exercise sikit haha padahal aku yang kena exercise ni.



ni lah dia pakcik kamarudin yang takut sangat nak pergi klinik.
kalau anak-anak tak sihat, laju je dia hantar haha.
kalau giliran dia, alahai macam-macam alasan.
abah abah.
abah korang camni ke?

bukan aku tak berleter pasal pemakanan. macam gout tu.
ada makanan yang tak boleh makan.
aku siap print lagi bagi dia baca.
jawapan dia "semua tak boleh makan, jadinya abah nak makan apa?"

alahai. nak berlebih kang, dia ayah kan.
terasa hati pulak.
hehe so redha jela.
bila dia start sakit aku diamkan je haha.
agaknya itulah perasaan ibu abah masa aku zaman nakal-nakal dulu kan.

ibu pun sama.
kencing manis tinggi sangat.
pun aku berleter suruh pantang makan.
tapi ibu mendengar kata lah juga.
aku cakap no more air teh o semua tu.
minum susu. dia ok.

urut dada jela aku ni.
anak sulung kan. kalau tak aku yang pantau, jaga, siapalah lagi?

last-last aku cakap dalam hati, takpelah.
aku cuma boleh berdoa saja supaya sakit diorang tak teruk.

aku risau. aku jauh.
apa-apa jadi aku tak boleh nak ada on the spot.
aku taknak aku kecewa. aku taknak aku rasa terkilan bila aku takde time jadi apa-apa tu.
cuma hati ni tak lekang berdoa supaya dijauhkan la segala yang tak diingini.
semoga semuanya dilindungi.

.

No comments: