May 7, 2014

Kerana bahagia itu ada


kalau aku dah up pic pemandangan ni tandanya aku tengah stress.
sebenarnya takde lah stress mana pun.
biasa je.
cuma rasa bestnya kalau dapat lepak tempat macam ni. kan? siapa setuju angguk itu kepala dua kali.

impian aku nak bercuti sensorang masih tak terlaksana.
well ekceli aku tak tau pun nak pergi mana.
aku teringin pergi pulau.
tapi macam tak tau nak mula dari mana.
maksud aku, pulau mana?
apa aku nak buat kat pulau tu sensorang kan?
ke aku nak duduk ditepi laut, sambil baca buku?
eiii bestnya.
aku suka baca buku sambil tengok keindahan alam.

bukan aku taknak pergi dengan kawan-kawan masalahnya ada ke kawan aku ni?
hahahah. ayat nak forever alone ajenye ye.

dulu impian nak backpack dengan adik aku, farah.
dah dia kawen dan sekarang ada anak, memang payah la kan.

ok takpe. nanti aku fikirkan masalah aku nak bercuti sendirian time nak tidor malam kang.
kesian korang kena pikirkan untuk aku.
dah dah. tarik semula pikiran tu buang jauh jauh.

aku kan, selalu tak alert dengan keadaan sekeliling.
maybe aku cuma fikir diri aku sendiri or maybe aku cuma pandang satu hala saja.

contoh 1.

aku kan selalu guna lebuhraya plus nak ke putrajaya.
so satu hari tu aku terperasan, belah kanan aku ada tasik.
selama ni aku asyik pandang belah kiri je.
cantik tasiknya.
aku tak pernah perasan pun selama ni di sebelah kanan ada sesuatu yang indah menanti cewah ayat nak a samad said je. nyampah.

contoh 2.

aku dan dhiya kan memanjang ke PJ.
aku pun tak tau apa best nya petaling jaya tu.
asal petang je pergi sana. lepak sana.
tapi oklah. kang aku lepak pavilion hari-hari korang cebik aku hahaha.
satu hari tu aku jerit kat dhiya.
bukan jerit marah tau.
jerit eksaited

aku : u, sejak bila ada masjid kat sini (kat depan menara TM, ala yang dekat tulisan Bangsar South City tu)
dhiya : dah lama la u. selama ni kita lalu memang ada lah.
aku : yeke. semalam takde pun
dhiya : hahaha takkanlah dalam masa sehari masjid ni siap.

hahaha gelak bodoh.
aku ni apa jelah yang tak blur.
padahal korang tau tak boleh kata hari-hari kitorang lalu situ.
tapi apsal la aku tak pernah nampak masjid tu.

that's life kan.
kita takkan nampak kebahagiaan lain jika kita masih mengingati hal silam.
cuba cari pintu kebahagiaan kita sendiri.
maybe ada. kita saja yang tak nampak.

kalaulah aku perasankan tasik tu dari dulu lagi, mesti aku dapat hayati satu lagi keindahan ciptaan Allah.
tapi ya lah. sebab selama ni aku hanya pandang sebelah kiri.

kita selalu fikir hidup kita membosankan.
stress.
tak ceria dan so on.

cuba kita alihkan sedikit perhatian kita, kepada persekitaran kita.
you'll find it.

kalau selama ni makan di kedai masakan thai, cuba masakan western pulak.
manalah tau, boleh bagi satu pengalaman lain kepada kita.

aku menulis berdasarkan pengalaman aku.

aku selalu rasa hidup aku mendatar kadang-kadang.

tapi sebenarnya mind set aku.

aku adalah insan bertuah yang dapat spend time dengan ibu abah aku tetiap minggu.
sebab kampung aku dekat.
ada orang yang aku kenal, 3,4 bulan sekali baru boleh jenguk mak ayah.

so aku patut rasa bersyukur di situ.

lately aku banyak dengar tentang beberapa perkara yang berlaku terhadap kawan-kawan aku.
salah satunya, Farah Raihana.
mak dia, yang aku rasa seperti mak aku sendiri, Makcik Mastura sedang melawan kanser.
Allah.
dengar saja pun dah buat aku rasa sakit inikan pula bagi makcik mastura yang mengidapnya.
aku harap farah kuat. kuat demi mak dia.
sekarang dia ulang alik jugaklah hantar mak dia ke hospital KL.
marilah sama-sama kita doakan supaya makcik mastura kembali sihat seperti sediakala.
aku masih tak berkesempatan melawat makcik.
hari tu farah hantar pic makcik kat wassap, aku nangis.
aku tak boleh tengok orang sakit-sakit kuat camtu.
sebab aku teringat arwah abang aku.
:(

semoga makcik sembuh sepenuhnya daripada kanser.
semoga makcik kuat.

oklah.
gotta go.
oh by the way,
live life to the fullest.


No comments: