May 26, 2014

Kerana aku penat

kadang-kadang kan, kita penat bukan kerana kita yang buat ia jadi penat.
tapi kerana orang lain yang buat kita penat
ya.
terasa nak mengadu. nak bercerita dalam blog kesayangan ni.
aku penat :(
sumpah, aku penat.
penat dengan sesetengah manusia sekeliling aku.
bukan kata aku ni sempurna.
tak.
bukan.
aku banyak sangat kelemahan.
entah-entah aku pun buat orang lain jadi penat dengan kerenah aku, sikap aku.

hari ini, jiwa raga otak emosi badan aku semua penat.
sampai satu saat, aku rasa tak mau fikir apa-apa dah.
sampai satu saat, aku rasa nak telan pil tidur dan tidur lama-lama (bukan selama-lamanya ok T____T )

bukan aku tak cuba untuk ignore semua ni tapi tak boleh.
sebab aku bukan jenis pentingkan diri sendiri.
aku ter-masuk dalam semua cerita kerana sebenarnya akulah watak penting mereka.

tak tau la sampai bila harus bertahan.
harus ketepikan rasa sendiri untuk beri sedikit bahagia kepada orang lain.

.



No comments: