Apr 22, 2014

Kerana selamat datang Sunan Andika!

Terlebih berfikir pasal sesuatu.
Sehinggakan menjahanamkan mood.

Oh hai.
Maybe some of my friends di facebook taulah yang aku dapat anak buah baru.
Anak adik aku, farah.
Ya.
Dia dah bersalin awal pagi ahad 20 april.
Eh ke 19 april.
Arghh cannot digest.
Hahah.

Dia melahirkan (ayat skema) seorang bayi lelaki yang demok yang tembam yang dagu kecik besar kacang cap jari.

Masa adik ipar aku send pic kat whatsapp aku terus sebak.

Hey.
Itu awak.
Awak yang buat adik saya gemuk tapi jelita.
Awak yang buat saya hilang kawan ke hulu ke hilir cari barang di karak.
Awak yang buat saya sepi.
Awak yang buat adik saya yang tangkas yang sentiasa buat apa saya suruh--termengah-mengah bila berjalan.
Awak yang mengisi ruang perut adik saya yang selama ini cuma ada lemak tepu.

Hey itu awak.
Lama saya tunggu awak keluar.
Saya dan mama awak rapat sangat.
Semua benda saya luahkan pada dia.
Tapi lepas ni saya fahamlah kalau mama awak takde masa untuk saya.
Sebab saya suka kalau dia dapat jadi mama yang terbaik untuk awak.

Hey awak yang diberi nama Sunan Andika.

Awak mesti tertanya-tanya why on earth, mama papa awak pilih nama tu.
Eh papa ke? Ke abah or ayah? Ke babuji? Ke babu rao ganpath rao?
Ok takpe.

Awak tau kenapa?
Sebab saya dan mama awak suka sangat sangat sangat sangat suka dengan watak novel Bagaikan Puteri oleh Ramlee Awang Murshid.
Novel tu novel bersiri.
Watak utama dia Laksamana Sunan.
Gah kan nama dia?
Laksamana Sunan seorang yang warak yang disegani.
Pandai ilmu persilatan.
Ya awak.
Saya dan mama awak jatuh cinta dengan watak tu.
Jatuh cinta tahap berangan tiap malam sambil dakap novel di dada.
Ya. Saya dan mama awak memang sengal.

Tu belum lagi cerita tahap angau kat David Beckham.
Rasanya kalau boleh tu, mama awak nak letak kot nama beckham. Haha.
Tapi sebab tak boleh kan.
Eh tapi atok awak pernah tau, koyakkan poster beckham belakang pintu bilik kami.
Atok jeles sebab saya dan mama awak tak tampal gambar dia.
Tapi atok tak tau yang saya simpan gambar dia dalam purse.

Jadi mama awak ambil keputusan untuk namakan awak dengan nama watak tu--Laksamana Sunan.

If one day, seseorang tanyakan awak kenapa nama awak pelik, awak campak novel tu kat dorang like a boss ok. Hehe.
Ok jangan campak. Tak baik campak barang. Awak bagi elok-elok sambil tundukkan muka.
Tak salah jadi orang yang merendah diri.
Orang tamak selalu rugi.
Tetiba.

Sunan andika.
Saya makcik awak tau. Makcik sulung awak.
Awak boleh panggil saya mummy.
Sebab awak juga anak saya.
Saya sayang awak seperti nyawa saya sendiri.
Awak jangan pelik tau.
Kadang-kadang perangai saya luar jangkaan.
Pelik dan gila.
Ah, tanya mama awak lah.
Memang lah orang luar tengok saya sopan baik segala, tapi mama awak taulah saya gila camne.
Sebab mama awak pun gila. Hahaha.

Pasal tokwan.
Tokwan nenek yang sangat baik.
Ibu yang sangat baik yang sangat kami sayang.
Nanti awak taulah betapa kelakarnya tokwan ni.
Dia selalu salah cakap.
Tapi muka konfiden.
Nanti atok akan gelak kuat-kuat sambil di koirkan oleh gelak saya dan adik adik saya.
Tokwan comel.

Sunan,
Awak jadilah anak yang baik ya.
Anak yang soleh.

*tears*

Awak tau, lately perasaan saya ups and downs.
Tak semangat.
Hilang fokus.
Fokus cuma bila makan saja.
Tapi bila tengok pic awak, terus rasa bahagia.
Terus rasa nak makan dan makan.
Hahahaha. Mummy awak gemuk kbye.

Awak mutiara.

Selamat datang sunan ke keluarga mohamedians.
Selamat datang ke keluarga Kazan (Kamarudin+Zan).
Awak tanyalah paksu awak nanti happening tak Kazan?
Hahaha.
Nanti paksu awak akan ceritakan.
Ohya paksu awak lagi gila-gila.
Kadang-kadang saya rasa nak belasah je dia.
Tapi selalu je saya belasah.
Satgi dia belasah saya semula.
Pastu saya yang menjerit.
Pastu atok marah paksu sebab buat saya.
Padahal saya yang mulakan.
Itu maksudnya, paksu awak sanggup dimarah demi kakak-kakak dia.
Tapi jangan ikot perangai kasanova paksu.
Ikot sifat baik-baik saja.

Sunan andika.
Jaga mama awak ya nanti.
Jangan bagi airmata dia jatuh walau setitik pun kerana setitik airmata pontianak jatuh ke tanah dia akan berubah menjadi orang lain. Eh. Itu dialog filem.
Jangan tau.

Ohya.
Nanti bila mama awak izinkan baru saya tepekkan gambar awak dalam blog ni.
Sekarang belum lagi.

Selamat malam sunan andika.

2 comments:

diana aziz said...

Tahniah! Awak dah jadi mak ngah.. heheh

Reena Kamarudin said...

terima kasih diana. tapi kita mmg dah lama jadi makngah. ni anak buah ketiga :)