Apr 17, 2014

Kerana nyawa milik Allah

hari ni seluruh opis aku berkabung.
kerana kembalinya rakan sekerja ke rahmatullah petang semalam.
Allah.
sangat memberi kesan.

semalam sewaktu hampir sampai rumah, aku dapat whatsapp daripada Linda rakan seopis.
dia tanya 
"reena, betul ke razie meninggal?"
aku terkejut lah kan tetiba tanya camtu.
aku tak tau apa-apa.
aku tanya razie mana sebab ada dua razie kat opis aku ni.
dia kata razie pemandu.
lepas tu watie telefon bagitau.
sah. memang betul.
watie kata ada kat hospital putrajaya.

kes. eksiden dengan van pekerja di bulatan putrajaya tak jauh dari opis aku ni.

lemah lutut aku.
aku kalau berita buruk memang lemah lah satu badan.

so decide dengan dhiya untuk pergi hospital.

hari ni (baru saja dalam 11.15 pagi) arwah selamat dikebumikan.

arwah masih baru di opis. bulan 5 ni genap setahun.
tapi dia memang seorang rakan sekerja yang baik dan peramah.
suka bergurau dan menegur.
yelah kadang-kadang aku ni malas nak senyum.
so selalu dia tegurlah cuba senyum sikit baru comel.
lepas ni takde dah nak panggil aku comel. motip? sangat.

semalam pagi dia ada tegur aku tapi aku langsung tak pandang muka dia.
rasa macam takde mood.
entah. selalu aku senyumlah jugak kalau malas menjawab.

betullah. orang baik-baik bila dia pergi, kita akan rasa sangat kehilangan.

walaupun aku tak rapat sangat dengan arwah (dia pemandu jabatan so jarang di opis)
tapi meja dia selang satu je dari meja aku.
tapi dia baik.
semoga dia ditempatkan di kalangan mereka yang beriman.


Putrajaya: Seorang kakitangan Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) maut apabila motosikal ditunggangnya merempuh sebuah van penyedia perkhidmatan pembersihan yang tiba-tiba membuat pusingan U di Persiaran Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini, petang kelmarin.Dalam kejadian jam 4 petang itu, mangsa dikenali sebagai Mohd Razie Jantan, 31, maut serta-merta di lokasi kejadian akibat cedera parah di kepala dan beberapa bahagian badan.Kejadian berlaku apabila motosikal Kawasaki Kips 250 ditunggang mangsa merempuh bahagian belakang van berkenaan yang tiba-tiba membuat pusingan U di tempat tidak sepatutnya berhampiran susur masuk ke sebuah hotel berdekatan.Rakan mangsa, Mazral Abdul Manaf, ketika ditemui di lokasi kejadian berkata, mangsa dipercayai dalam perjalanan pulang ke rumah sebelum gagal mengelak van berkenaan ketika berada di lorong kanan.“Arwah yang gagal mengelak van itu meninggal dunia di tempat kejadian dan motosikal yang ditunggangnya rosak teruk,” katanya.Beliau berkata, mangsa yang baru bekerja kira-kira setahun di SPP selain mempunyai seorang isteri dan anak.Sementara itu, jurucakap polis ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.


hari isnin tak silap ibu mesej bagitau anak jiran meninggal.
kes lemas di gambang


KUANTAN - Seorang pelajar Kolej Matrikulasi Gambang ditemui mati lemas selepas dipercayai tergelincir ke dalam tasik dalam kawasan kolej berkenaan, petang kelmarin.
Mayat Muhammad Ely Bukhari,19, dari Taman Sentosa, Karak ditemui sepasukan anggota bomba yang melakukan operasi mencari dan menyelamat di tengah tasik yang kedalaman empat meter kira-kira jam 9.52 malam semalam.
Mayat pelajar jurusan fizik dan sains komputer itu yang ditemui lengkap berpakaian dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) untuk bedah siasat sebelum jenazah dituntut ahli keluarganya untuk urusan pengebumian.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Taman Tas, Sufian Mohd berkata, dalam kejadian kira-kira jam 6.30 petang itu, mangsa bersama enam rakannya dipercayai beriadah berhampiran tasik berkenaan sebelum dia tiba-tiba tergelincir lalu terjatuh ke dalam tasik.
Menurutnya, seorang rakan yang melihat kejadian cuba membantu menyelamatkan mangsa bagaimanapun usahanya gagal memandangkan tasik agak dalam mencecah lima meter lalu meminta bantuan.
“Pihak bomba menerima panggilan daripada orang awam berhubung kejadian kira-kira jam 6.35 petang.
Susulan maklumat itu, 14 anggota bersama sebuah jentera dikerahkan ke tempat kejadian bagi melaksanakan operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa,” katanya.
Sufian berkata, operasi SAR turut melibatkan polis serta Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (Jpam).
“Anggota bomba  tiba di lokasi kira-kira 20 minit kemudian dan mengambil masa lebih dua jam mencari mangsa sebelum mayatnya ditemui,” katanya.
Beliau berkata, siasatan awal pihaknya mendapati, pihak pengurusan kolej hanya membenarkan kawasan tasik itu digunakan untuk aktiviti riadah.
“Difahamkan pelajar ditegah mandi di tasik itu bagaimanapun mereka dibenarkan menjalankan aktiviti air dengan pemantauan daripada individu yang bertanggungjawab saja,” katanya.
Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Kuantan, Superintendan Abdul Aziz Ahmad ketika dihubungi berkata, punca kematian mangsa disahkan akibat lemas dan tidak melibatkan sebarang unsur jenayah.
Menurutnya, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut memandangkan kejadian satu kemalangan yang tidak terduga.
“Saya difahamkan pihak kolej mengambil langkah keselamatan sewajarnya dengan meletakkan tanda amaran di kawasan tasik itu bagi menghalang pelajar mandi bagaimanapun dalam kes ini mangsa dipercayai tergelincir sebelum terjatuh,” katanya.
dari dia kecik dia memang duduk karak.
so memang kenal sangat dengan mak ayah dia yang sangat baik dan peramah.


gambar mangsa. good looking sebab mak dia asal england.
dua kematian dalam seminggu.

sesungguhnya Mati ini Allah tak cepatkan dan lewatkan walaupun satu saat.

Al-Fatihah untuk Mohd Razie Jantan dan Ely Bukhairi.
tenanglah kamu berdua di sana.

kami pasti menyusul bila tiba masanya nanti.

.

No comments: