Apr 15, 2014

Kerana hari tak sihat saya

semalam memang hari tak sehat aku.
memang sakit kepala stok macam nak kena hentak ke dinding sangat.
dari pagi bawaklah ke malam. ya Allah. engkau je yang mengerti.
aku ni kan, mana boleh dapat berita mengejut be it sedih atau gembira. itu jam juga menangkap ke kepala.
angin pun ya jugak.
nak sangat diet kan. sebenarnya diet takde hal sebab diet aku still makan macam biasa cuma takde nasi tepung mee.
lauk semua bedal macam nasi.
maybe la semalam memang ditakdirkan hari sakit kepala aku.

petang tu lepak makan mamak dengan dhiya.
order nya dah lama. tapi sebab semalam ada borak sikit dengan member lama tu yang makanan tu hampir sejam tak berusik.
kau gila. aku dah la lapar menggila. tapi angin dah terjah satu badan langsung aku takde selera.
sebab dah order aku telan jela. itupun tolak tolak dengan air halia.
ye. jenis aku nak buang angin minum halia.
lantaklah nak kentut ke nak sendawa ke. jangan dikhalayak ramai sudah.

balik rumah naik lif. nak menapak tu dah tak mampu.
rasa nak pengsan.
sampai dalam bilik makanan yang aku makan tu dah nak terkeluar.
berlari aku ke toilet.
hambik. segala isi keluar. berdenyut denyut kepala guwa wa cakap sama lu.
menangis juga aku dalam toilet.
entah kenapa sakit dia lain macam.
aku memang ada migrain.
tapi ini bukan migrain.
sebab migrain ni akan ada zigzag kat mata selama 5-10 minit.
bila hilang baru kepala akan sakit menggila.
akan elok bila dah muntah.

ini sakit kepala berserta angin.
 
syera suruh aku makan nasi. ok makanlah aku nasi.
tak sampai 5 minit nasi dalam perut, berlari dan muntah lagi.
so aku makan panadol.
dan tidur.
terjaga dalam 10 camtu sebab syera gerak.
dia kata aku ngigau. hahaha.
sampai mengigau aku ni.

tidur semula. then pukul 11 bangun. sakit kepala dah hilang.
terus rasa segar.
dengar syera dok gelak-gelak.
rupanya dia tengok Ke Korea Ke Kita. alaa yang Wak Doyok dengan Myo Oh Chentaku.
aku memang suka juga cerita tu sebab dua lelaki ni kelakar.
selamba je cakap bahan membahan. si wak tu konfiden je ayat dia.

ohya. lepas tu aku pun buat milo kosong dan makan roti.
barulah tak muntah.

dan hari ni pun rasa nak muntah lagi.

so itulah dia cerita tak sihat saya.

ok.

.

No comments: