Apr 8, 2014

Kerana musim pala pala sakula aaron kwok dan kau yang slow

sekarang musim bunga kan?
cantik sangat.
bunga-bunga cinta sangat feeling dia.
aku yang tak suka bunga pun boleh tergoda.
indahnya ciptaan Allah.

gambar dari IG je. hewhew.
see.
bersepah kan.
tapi kalau bersepah sebab sesuatu yang cantik takpe. nampak cool.
kalau tu daun derrr tak suka.


hahaha ikan sardin.
sebab sabtu ahad tu aku dan syera tak balik karak so aku masak.
gigih tau hari jumaat pi beli sardin tin, bawang, cili, minyak masak.
rumah aku takde peti ais dah rosak.
tanya syera nak makan apa. dia kata ayam taknak dah jemu.
ikan? errr. aku tak reti nak pilih ikan. bukan tak reti tapi malas kot.
so kita beli ikan sardin je. ikan la juga kan.
waktu ibu tanya aku masak apa, aku bagitau sardin terus ibu kata 

"hmmm sedapnya kakngah masak sardin.
lama tak rasa sardin sedap kakngah"

iyeke ibu ni?
musykil sangat ni bila dia dan abah merindui masakan sardin aku.
i was like, ibuuuu sardin je kot apa yang sedapnya.
tapi kan, kan, kan, sebenarnya pada aku, memang sedap pun aku masak sardin hahahahaha.
aku ada resepi rahsia.
hahah poyo pompuan ni nak resepi rahsia segala.
masak sebulan sekali ada hati nak berahsia.

tapi aku tau, walaupun aku jarang masak, tapi aku masak sedap.
sebab everytime aku masak, aku mesti tanya ibu abah dan adik-adik

"sedap tak? sedap tak?"

dan mereka mesti kata sedap sambil tambah nasi.

perghhh.

hahaha.

so jangan pandang rendah tau pada seseorang haha. tetiba.

macam semalam.
adik gagah perkasa menjual mee, nasi lemak, nasi goreng dan kuih muih.
nampak macho gagah perkasa.
tapi bila time buat kerja, i mean membungkus nasi goreng yang aku minta, gosh, slow motion gila.
memang slow sangat.
masa dia nak ambil senduk dari bekas tu pun slow ya amat.
sampai aku rasa nak tarik tudung aku depan dia dan cakap kill kill die die.
dia tak tau ke aku (dan semua yang membeli) nak masuk opis.
boleh dia buat gerakan slow ala-ala the matrix hahaha.
tertekan jiwa raga aku tau.

pagi tadi aku nak beli, tapi tengok dia yang jaga (bukan ayah dia, bukan adik dia) terus aku matikan niat nak makan rendang daging yang sedap tu.
dari aku sakit hati menyumpah dalam hati baik aku elakkan diri hahaha.

so satu pengajaran.

kalau kita rasa perkara tu akan menyakitkan hati kita, lebih baik kitalah sendiri yang menjauhkan diri.
jangan lagi kau tayang muka kau di situ.
nanti lagi sakit hati.

apply dalam kehidupan seharian.

ok.

.

No comments: