Apr 10, 2014

Kerana aku mahu gembira. #projekgembiraReenaRai

semua orang mahu gembira.
mahu bahagia aman damai sentosa sentiasa.
tiada orang mahu sengsara, kan.

tapi setiap dari kita mana boleh lari dari rasa duka.
bohonglah kan kalau korang sentiasa rasa gembira.
paling tidak secuit hati terguris juga.

aku tak terkecuali.
aku rasa kan, hidup aku penuh dengan drama.
tapi, seperti yang aku kata, aku memang tak boleh lari dari merasa jerih perih kehidupan.
tapi tau tak, aku sedaya upaya mencari sedikit rasa gembira rasa bahagia, walaupun the whole day tu hampir buat aku lemah.

dan oleh itu malam tadi aku telah mengheret teman baikku, Farah Raihana untuk membuat satu projek bernama

#projekgembiraReenaRai

wah.
siap berhashtag bagai.

ok projek ini tak perlukan duit pun.
apa yang kami lalui, even makan aiskrim asalkan buat kami gembira, kami akan share di instagram.

sebab aku percaya, takkan satu hari suntuk yang dirasakan "buruk" sangat tu, takde langsung perkara yang
membuatkan aku gembira.



so ini Gembira 1.

mula-mula rasa macam ohmy hujan lebat habislah basah baju.
mesti satu badan akan basah.
tapi, sebenarnya inilah yang aku suka.
bermandian hujan.
seperti zaman dulu-dulu dengan adik-adik.
tak kisah dengan satu badan dari tudung sampailah ke kasut basah.
air pula naik sehingga paras buku lali.
but it was fun. at least.

semalam memang hari yang gloomy.
aku cuma duduk buat kerja di work station tanpa mempedulikan hal sekeliling.
sesuatu menganggu fikiran.

aku dapat rasakan, sampai aku nak tidur pun mesti aku moody.
tapi dengan satu perkara yang simple saja, boleh tukar mood aku mejadi happy.

throwback.
masa dulu.
sepanjang jalan perumahan aku dan adik-adik berlarian mandi hujan.
sebab aku kan degil.
aku tak takut kena marah dengan abah.
sebab aku rasa abah takkan marah aku hahaha.
aku paling suka letak kepala atas laluan air dari atap.
memang perrghhhh.
rasa ditekan tekan kepala kau.
mati segala kutu lemas.

jomlah korang.
buat projek gembira.

kita gembira sama-sama.
our way.
tak payah hirau manusia yang takkan henti mulutnya.
masalah yang takkan habis datangnya.

kita gembira cara kita.
cara yang simple.

.

No comments: