Mar 31, 2014

Kerana kita rindu awak tau.

hai.
lamaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa nya tak menaip merapu kat blog kesayangan ni.
well sebenarnya ada je aku taip/tulis (boleh tak aku nak guna menulis. terasa macam novelis giteww) tapi semua save as a draft.

well mac ni terlalu kelam kabut.
kursus non-stop.
tapi aku suka je.
sebab aku kan suka busy. takdelah rasa masa lambat berlalu.
tapi aku tak suka busy disebabkan kesalahan orang lain.
T________________T

bulan mac ni memang bulan tak tentu arah aku kot.
rasa macam woii woii slow lah sikit. tak larat ni. hahaha.

hidup macam biasa.
ada turun naik.
kebanyakkannya mendatar.
lepas tu naik balik.
lepas tu turun semula.
tapi yelah, sebagai manusia yang cuba untuk positif, aku cuma mampu menghela nafas yang panjang dan kata
SABAR.
semua ini akan terbayar.
segalanya harus sabar.
jangan nak meroyan tak tentu hala.

adik aku, Syera tinggal dengan aku buat masa ni.
saja jelah buat teman aku.
mula-mula kan, aku memang kekok sangat-sangat ada orang lain dalam bilik aku.
yelah, selama ni tinggal sorang je boleh berbebasan sendirian.
ni ada Syera aku rasa janggal hehe dahlah bilik agak kecik. barang banyak.
tapi kan, lama kelamaan aku rasa seronok sangat.

Rasa hidup lagi terisi.
pagi-pagi lepas bersiap semua aku akan turun bawah belikan dia breakfast.
turun tangga tau. tingkat 5.
lepas tu naik tangga semula untuk bagi dia breakfast tu.
dah bagi, turun semula.
mengah hokay. tercungap-cungap aku.
rasa nak putuih napas.
aku memang tak bagi dia beli sendiri, pergi kedai sendiri.
sebab aku memang protective sikit. eh ke banyak. haha.
aku kakak yang saiko.
aku juga tak bagi dia masak.
sebab aku takut dia tak pandai guna dapur gas. nanti tak tutup api ke lupa ke camne.
dan untuk pengetahuan korang umur dia 22 tahun.

aku masa 22 tahun semua aku buat.
masak (ok ok masak tu maksudnya masak nasi dan benda-benda bergoreng la seperti masak kicap or berlada), pergi kedai semua.
yelah 22 dah cukup besar kot.

tapi bila tiba tang adik, aku memang NO NO.
biar aku buat. biarlah aku turun pi kedai banyak kali sebab lupa beli roti pun.
aku tak kisah.
namanya aku nak suruh dia pergi turun kedai, memang tak.
tapi itu kalau dorang dalam jajahan aku.
kalau kat jajahan dorang, lantak korang la kan sebab kawasan sendiri mesti sendiri tau.

bukan apa. aku risau lah. sebab zaman sekarang banyak sangat penjahat.
kalau jadi apa-apa, mau aku kena dengan ibu abah.

hari tu la, aku masak nasi pepagi.
periuk letrik aku dah hantar balik karak. sebab aku tak guna pun periuk tu.
so bagi ibu guna.
nak lah masak nasi untuk syera.
dok la aku tergaru-garu camna nak masak guna periuk atas api ni.
aku tau cara nak masak. cuma aku takut tak reti nak agak bila dia kering.
lagipun aku nak bersiap sekali.

tengah pakai eyeliner tetiba aku cium hangit. hahaha.
berlari aku tengok nasi.
memang hangit pun tepi-tepi tu dah coklat.
sekali kau, mentah nasi tu.
terus aku rasa tak berguna. nak menangis sebab nak bagi adik makan, tapi jadi camni pulak.
aku ambil air aku tuang dalam periuk.
Oklah result dia walaupunnnn hahaha.

Syere pi cerita kat ibu.
Ibi cerita kat abah.
Abah dok gelakkan aku.

Remaja macam aku haruslah tak reti cara tradisional.
Mungkin aku terleka.
Kalau aku alert ok je kot.
Sebab dulu rumah nenek masak camtu ok je aku rasa.


Syera kuat makan.
Badan kecik tapi banyak betul dia makan.
Petang pukul 6 makan nasi.
Nanti malam lepas isyak sambung makan nasi lagi.
Dah nasi roti lagi.
Otometik aku pun terjoin sekali haha.
Habislah diet aku.


farah sedang sarat.
akulah kakak yang paling tak sabar nak tunggu SA keluar. or maybe Baby SA, nak jugak tiru retis kan. hikhikhik.
nama SA tu farah dan suami dia pilih.
tapi atas cadangan aku juga. (nak juga publisiti. ambiklah reena. ambik. nah piala atas kepala)
mengah je dia aku tengok. nak berjalan pun tak larat sebab my god perut dia besar sangat ok.
apa pun semoga semuanya berjalan dengan lancar.



kat atas ni masa kitorang duduk lepak taman jogging.
tidaklah jogging. just duduk sambil merapu.
ada sorang pakcik tu sejibik macam abah.
time tu juga aku dan syera jerit rindu abaaaahhhh. hahaha.
memang betulkan, bila berjauhan, apa-apa perkara yang secara sengaja atau tak sengaja berkait dengan seseorang yang kita rindu itupun dah cukup buat kita kan.
dapat tengok kereta yang sama pun jadilah kan. ok ini Dhiya punya stail. aku tak.

saja jelah. saja je.

sabtu ahad baru ni i mean semalam ahad dan sabtu eh korang faham tak ni, semua ada di karak.
ketiga-tiga adik aku ada. farah, syera dan faeez.
you know what, itulah satu saat yang membahagiakan aku.
memang kurang sorang (abang, we miss you. walaupun kami berempat je, tapi kami tetap rasa kau ada. tau tau tau? jangan rasa terpinggir tau. ALFATIHAH untuk awak, abang)

bila berkumpul berempat faham-faham jela kan.
lawak sinis, kutuk mengutuk, gelak galak semua cukup.
syarat dia telinga kena tahan.
aku rasa lawak kami ni kami je yang faham kot.
kalau orang luar maybe tak.
kalau faham, ok kita boleh geng.
nak pulak si faeez. ayat dia banyak troll.
rasa nak lempang je.

ohya pasal MH370.
mood aku, hari-hari aku memang suram sebab kes ni.
memang aku tak kenal sorang pun dalam plane tu but still aku rasa sedih sangat.
bila PM umum yang MH370 has ended tu, ayat tu buat aku lemah longlai kot.
memang aku menangis.
mana lah perginya kan?
baliklah :(

eh oklah.
macam dah panjang sangat ni.

aku suka menjadi kanak-kanak semula. masa ni berebut dengan sorang budak kecik.
hahah mestilah aku yang menang. tapi aku taklah kejam sangat.
dah 20 minit aku bagilah kat dia. kau gila. mak dia usha panas je aku.
kang kang kang dia smackdown aku, tak sempat kawen.
but yes.
sekali sekala jangan stress kan sangat kepala dengan hal dewasa.
go out.
have fun.
tengok kanak-kanak ceria main kejar kejar main buai.
join them.
mesti rasa a bit happy.
tak salah sekali sekala jadi kanak-kanak, kan?

ok daaaaa.

.

2 comments:

Unknown said...

alahai..nak kakak jugak..i x dak kakak..tp klo ada kakak mcm akak ni mmg awesomee laaa!!!woooo

Reena Kamarudin said...

alia azman:

yeke? jangan menyesal tau haha