Feb 17, 2014

Kerana kayuh laju-laju biar jauh

Esok (atau patutnya hari ni sebab hari ni dah isnin tapi biasalah selagi belum subuh aku tetap panggil esok) aku cuti.
Saja.
Sebab rasa penat.
Bukan penat buat kerja opis.
Tapi penat apa entah.
Aku siap janji dengan dhiya nak cuti sama-sama.
Tapi minah tu bukan betul sangat pun. Dia mesti kerja esok.

Balik karak ni banyak pula berita tak terduga.
Terkejut saya. Heh.
Kalau jadi, kenduri lah family aku tak lama lagi. Heh lagi.
Benda ni tak pasti lagi.
Kalau dah pasti akan aku ceritakan di sini. Bukan cerita keaiban sesiapa.
Cerita enak mungkin.

Dua hari lepak petang di rumah makteh.
Dua hari juga lah aku kayuh basikal. Lama dah tak bawa basikal.
Itu jakunnya lain macam sikit.
Penat weh kaki.
Laju gila degup jantung aku.
Petang semalam bawa sampai depan mak mentua tak jadi aku.
Senyum je dia tengok aku.
Aku kan kekok.
Malu pun ada.
Malu sebab dulu menggatal dengan anak dia.
Dulu punya cerita lah.
Tapi aku pun balas je senyuman dia.
Yelah.
Hidup sekampung jangan sombong.
Ye dak?

Hari tu aku mimpi seorang kawan lelaki aku.
Mimpi biasa-biasa je.
Eh tapi ada ke mimpi luar biasa.
Maksud aku, sekali lalu je muka dia ada dalam mimpi aku tu.
Tu yang aku pelik.
Takdelah aku pikirkan dia.
Dah dekat 8 tahun aku tak jumpa dia weh.
Dan aku langsung tak ingat dia dah.
Tetiba nak mimpi segala.

Aku apa lagi.
Carilah fb dia.
Puas juga masuk sana sini punyalah nak cari hidup lagi ke dia ni.
Akhirnya jumpa.
Aku add.
Tapi dia tak approve pun.
Tak ingat aku lah tu.
Sampai hati hahaha.

Takpelah.
Kalau tak ingat aku tak kesah pun.
Kita mana boleh harapkan orang ingat kita selalu ye tak?
Sedangkan yang dekat pun payah nak ingat kita apatah lagi yang jauh.

Ohya.
Siang tadi aku pi selongkar barang lama.
Ha engkau.
Aku jumpa berlambak diari aku.
Diari masa umur remaja 19-21 tahun.
Bila baca diari tu aku rasa gosh teruknya emosi aku dulu hahaha.
Semua benda nak cerita.
Kelakar sangat.
Rasa nak lempang muka sendiri.
Aku dapat rasakan aku yang dulu memang lain dengan yang sekarang.
Malu weh baca diari sendiri.
Teruk kebenor emosi dulu.

Bila dah semakin remaja ni hahaha nah pipi lempang cepat, aku makin tak peduli hal remeh temeh.
Kalau dulu mungkinlah hal tu pada aku besar sangat sampaikan kena pikir dengan deep sekali.
Sekarang?
Aku malas.
Siapa yang taknak kawan dengan aku.
Siapa yang burukkan aku.
Yang suka aku.
Malas.
Sampai satu saat dalam hidup kita manusia normal semua tu doesnt matter.
Apa yang kita lebih tumpukan adalah hal-hal berkaitan dengan keluarga.
Pasal mak ayah kita.
Kesihatan dan kesejahteraan mereka.

Senang cerita seiring dengan kenaikan umur la kan.

Ok bye.

.

7 comments:

diana aziz said...

Ehem...ehem.... ni berita nak kawen lerr tuuhhh kannn...

Nisa Orked said...

hihi. Dah tak simpan diari dah ke? Nisa singgah sini n follow :)

Suria Amanda said...

sabar dik sabar...yang berlalu biarkan berlalu...x guna di kenang...ok?

Reena Kamarudin said...

diana:

hahaha lebih kurang la tapi bukan saya

Reena Kamarudin said...

nisa orked:

ok tq. diari ada lagi simpan hehehe

Reena Kamarudin said...

nisa orked:

ok tq. diari ada lagi simpan hehehe

Reena Kamarudin said...

kak suria:

sentiasa bersabar kak :) tq kak