Feb 19, 2014

Kerana thank you abang dan mati lemas


korang nak tau tak, aku baru perasan menda ni.
macam ni.
hari tu aku mintak tolong ibu belikan aku topup.
lepas tu ibu text aku tanya dah dapat ke?
kau tau aku balas apa?

"dah dapat tq abg"

ABANG!!!
abang ok, abang!

tapi aku baru perasan tadi yang aku balas tu.
padahal mesej tu minggu lepas punya.
my gosh.
malunya dengan ibu.
camne boleh tersalah taip ni?
kalau abang aku masih hidup bolehlah ibu anggap aku ucapkan terima kasih kat abang aku tu.
haish.

aku syak ibu perasan tapi buat-buat lupa je.
takpun ibu memang tak perasan.


aktiviti petang bila di karak.
lepak rumah makteh sebab rumah makteh kawasan kampung yang luas.
kalau rumah aku, perumahan je bosan kot.
best tau rumah makteh.
kawasan kampung lepastu pemandangan hijau dan cantik je.
eh nantilah aku ambil pic keliling kampung then aku blogkan ok.

kat kampung ni ada homestay.
in fact beberapa meter dari rumah makteh pun ada homestay.
so sesiapa rasa nak melepak karak, bolehlah stay homestay.
nak stay rumah makteh pun takpe tapi bayar la kat aku hahaha gurau je.
karak tu takdelah ada apa sangat cuma ada pompuan nama reena je mihmih.
tapi dari karak kau boleh ke Pusat Gajah Kuala Gandah.
takpun Deer Land.
apa lagi eh.
air terjun pun banyak.
air terjun rahsia pun ada tau.
ekceli taklah rahsia mana tapi tak ramai tau.
aku boleh bawakkan cewah kalau mandi air terjun akulah orangnya hehehe.
orang kampung kot mesti suka mandi sungai.

apa? karak ada hantu? yelah kot.
hantu kaki dua banyak sangat T_____T
kat mana-mana pun ada syaitan betul tak.
sibuk kacau cucu Adam.
dah dah. mana ada hantu.
KRU menipu benor.



hari isnin petang.
aku ajak abah dan ibu pi temerloh nak tengok air sungai pahang menyusut.
abah geleng kepala je dengan aku.
time sungai melimpah ruah pun aku sibuk nak tengok.
time kering pun nak tengok juga hehe.
memang surut uols.
time musim banjir, air paras tulisan Temerloh tu. takdelah tutup tulisan tu.
cuma di kaki tulisan tu aje.
kalau normal maybe paras tebing tu.
tak nampak der pasir tu semua.

aku tengok ramai yang mandi di seberang sana.
memang syok je.
masa tu dah nak 6.30 petang.
aku nampak ada bebudak dah ketengah dah.
abah siap cakap "hish bebudak ni, situ pasir jerlus"

tak sampai 5 minit abah cakap dengar kecoh.
rupanya budak yang kitorang tengok tu salah sorangnya dah lemas.
ada pakcik yang borak dengan abah kata dia dah larang bebudak tu pergi ke tengah.
tapi masing-masing degil.
mayat budak tu dijumpai oleh penduduk kampung yang kebetulan pasang pukat.
Innalillah.
berdebar dada aku kot.
menda depan mata.
walaupun nun jauh diseberang, aku nampak ok kelibat sorang-sorang yang mandi.
aduhai.
pakcik tu kata walau permukaan air nampak tenang tapi kat bawah tu air laju.
pakcik tu taulah kan sebab dia orang situ.
loghat pahang dia pun pekat.
suka je aku dengar.



ini keratan akhbarnya.
hensem budaknya.
dah tiba ajal dia kan.
Al-Fatihah.
semoga rohnya di cucuri rahmat.

tidaklah ku sangka ketenangan aku tengok sungai jadi macam ni.
live pulak.

ok.
bye.

.

4 comments:

diana aziz said...

"Ok abg"???

Teringat pulak kes salah hntr mesej kat bos dengan ayat "ok abg"... tersentap jap org tua tu smpai menggelabah delete mesej takut bini nampak. hahaha..

Reena Kamarudin said...

diana aziz:

hahahaha itulah.
kita ni cuai kot. bukan sekali salah hantar mesej ok.

anajingga said...

seronok tengok reena bersantai dengan beskalnya ronda2 kampung...

Reena Kamarudin said...

anajingga: heheheeh memang best