Feb 14, 2014

Kerana hujan dan masalah

Semalam.
Keluar je opis tengok hujan.
Dalam opis memang tak nampak apa lah.

Payung takde.
Dhiya pandang aku, aku pandang Dhiya.
Kami ambil keputusan redah.

Sekumpulan manusia yang sedang berteduh di bawah bangunan memandang kami.
Mungkin pelik.
Atau mungkin sekadar pandangan kosong.

Kami berdua mengambil keputusan (walaupun keputusan itu tak diluahkan secara terus cuma dari gerak hati) untuk berjalan slow and steady.

Menghayati setiap titisan hujan tersebut membasahi tudung telus ke ke kulit kepala.

Apa yang nak dikejarkan?
Hujan adalah air.
Bukan api.

Masalah.
Buat apa terlalu memikir.
Buat apa mau lari.
Kalau lari ia tetap nama masalah.
Tetap datang hurung.
Go with the flow.
Lalui juga.

Tiada manusia yang suci daripada masalah.
Takde yang kebal.
Hadap saja.
Anggap ia titisan hujan.
Yang akhirnya akan kering juga.

Tapi kenalah tanggung risiko.
Sakit kepala atau demam.

2 comments:

Tetamu Istimewa said...

Assalamualaikum, singgah dan follow di sini. Jemput ke blog saya pula ya. Terima kasih.

smbotak said...

...deep!