Feb 12, 2014

Kerana jogging setahun sekali

korang nak tau tak, malam tadi aku mimpi Jep Sepah minat kat aku T_____T
kitorang macam duduk dalam satu tempat macam bilik darjah lah.
lepas tu kan, aku cakap kat Jep

"saya nak air lah. belikan yang coklat tau"

Jep pun pergi beli.
lepas tu semua orang kata wooo woooo Jep suka Reena.
Jep apa lagi senyum simpul la. aku pun malu-malu kucing la kan.
masa tu rasa bahagia sangat
what the fish weh aku mimpi Jep pulak?
memanglah aku suka lelaki kelakar. sebab pada aku, lelaki kelakar ni seksi :p
tapi takdelah sampai pikir nak bercinta dengan artis.
sesuatu sangat mimpi camtu.

aku selalu jugak mimpi artis.
masa zaman gila boyband, aku boleh termimpikan salah seorang anggota 911.
mimpi aku berdating dengan dia.
tak memasal je kan aku kapel dengan mat saleh.
artis pulak tu.

berbalik kepada mimpi Jep tu kan.
pagi tadi terus aku buka youtube tengok maharaja lawak mega.
haih.

sekarang ni semua orang cerita pasal Ariana Rose dengan Bukan Aku Tak Cinta (alaaa yang Nelydia dan Shanaz tu).
Puan aku sampai terkejar-kejar nak balik kerja sebab nak tengok cerita Ariana Rose.
aku sampai sekarang tak boleh nak terima hakikat kenapa semua orang (perempuan terutamanya) suka dan obses dengan cerita bersiri tibitiga.
asal ada drama terbaru mesti semua orang macam wahhh nak suami macam dia lah, sukalah, sweet la, bahagia lah.
aku? opkoslah aku suka cerita romantik.
kalau aku melayan cerita Ariana Rose tu gerenti aku pun suka gila kat Keith Foo sebab dia memang hot pun.
dahlah hot, hensem pulak tu, suara macho.

tapi satu jelah kenapa aku tak terperangkap dengan sindrom wah wah tu semua sebabnya
aku tak suka drama bersiri.
aku tak suka nak follow satu cerita tu dengan sabarnya.
dan sebenarnya aku takde masa pun nak melayan sebab aku banyak habiskan masa di luar.
kalau balik rumah pun, aku memang tak tengok tv.
kalau tengok pun maybe drama yang 2 jam tu.

sebagai contoh drama Remy yang Ku Cinta Kau Seorang.
sebenarnya ada je episod yang aku termiss.
sebab maybe time tu aku keluar.
dan takdelah aku gigih nak tengok kat Tonton semula.
kecuali kalau dah ada mood sangat dan bila aku rindu abang Remy hahaha mehlah lempang, maka ya aku akan buka Tonton.

Drama Jiwa malam tadi.
pun aku tak tengok sebab aku dah tidur hahaha gila penat tidur awal.
takdelah aku gigih tahan mata semata-mata nak tengok Remy.
walaupun my goshhhh aku memang suka sangat dengan dia.

aku rasa sindrom aku melayan drama bersiri ni ter-stop setelah habis cerita Yo Soy Betty La Fea.
tak silap aku sebelum tu drama Mis Tres Hermanas.
aku layan ok. 
in fact, aku suka sangat drama Mis Tres Hermanas tu.
Scarlet Ortiz tu cantik sangat.
dia pegang watak Lisa Estrada bercinta dengan Ricardo.
ohmy Ricardo tu......buat hidung berdarah kot.

aku dah tak suka drama bersiri sebab aku benci menunggu.
lepas tu rasa macam bengang sangat bila drama habis time ada perkara penting nak berlaku.
tak tenang memikir.
kalau drama Indon lagi hebat.
bila kamera zoom in je muka pelakon dia sambil buntangkan biji mata, tandanya nak habislah tu sambung esok. lagi parah kalau tunggu sambungan minggu depan heheheh.

sejak itu, manusia kurang sabar macam aku adalah tidak layak untuk menonton drama bersiri huhuhu.


Lisa Estrada or Scarlet Ortiz

oh my Ricardo

ok semalam aku jogging tau.
ye aku tau. setahun sekali punya aktiviti kehkehkeh.
biasalah kalau jogging mesti ambil pic banyak dari buang lemak T_______T
sebab tempat aku jogging tu cun sangat. tak boleh tahan tengok.



konon nak panjat atas tu makanya kau tu berat. kau faham tak kau berat, reena. hehehe.
ok sebenarnya aku nak cabar diri aku. aku kan takut pada ketinggian.
memang takut tahap kronik.
panjat tu pun aku dah tertelan-telan ailiyo.
seram sejuk badan semua.
belakang aku tu gaung ok tapi takdelah gaung terus.
ada lagi tanah rata.
kalau aku jatuh pun, aku jatuh atas tanah rata dulu baru golek-golek ke dalam gaung.
masa ni aku dah terjerit-jerit kat dhiya suruh pegang aku.
minah tu sibuk ambil pic.


ewah.
padahal rasa nak meninggal dah berdiri atas tu.
serius weh.
tempatnya taklah tinggi.
tapi sebab aku sangat fobia pada tempat tinggi jadi semua jadi nampak extreme sangat.


ada kata aku nampak kecik dalam pic atas tu.
ok let me tell you, aku tak kurus lagi.
masih dalam proses diet.
cuma adalah hilang berat badan pi mana entah dia pi market kot.
so jangan kata aku kurus.
aku masih berat. hehehehe.
aku jogging untuk sihat. bukan nak kurus sangat.
i is tak suka kurus sangat (cey ayat sedapkan hati sendiri padahal tertelan ailiyo tengok kek coklat. tak boleh makan sebab diet huhuhu nak makan boleh tapi kena sorok-sorok nanti Oni kutuk aku kata aku cheat cheat cheat)





aku selalu lah berangan dengan dhiya.
nanti nak buat birthday party kat Bukit Saujana Hijau ni sebab ada pondok-pondok yang cantik.
nak jemput kengkawan terapat je yang tak rapat kita jamu mata dorang kat instagram je hehehe
padahal kawan terapat ada la 3-4 ketul je.
ada hati.

masa jogging semalam ada kapel tu ambil pic siap photog sekali.
maybe ambil pic pre/post-wed.
tapi memang pun tempat ni cantik untuk ambil pic.
aku kalau ada kamera DiSeLaR tu memang kerja aku ambil pic pemandangan sajalah.
sebab aku suka ambil pic.
tapi apa boleh buat. 
sekarang hanya ada kamera henfon saja.
so muka sendiri la banyak mihmih ok tak alasan tu kenapa aku selalu selfie :p

oklah bye.

.

No comments: